28 January 2012

bersihkan nama kita :)


Assalamualaikum :)
tiap kali salah seorang geng aku cakap " betul2 rindu " , 
otomatikly aku rasa sebak samapi kadang2 tu nangis ! 
sebab aku lagiiii rindu korang :]

bulan 3 nanti ada pengesanan march ! lambat tak lambat , lagi sebulan lagi masa untuk aku get ready . apa-apapun aku always sedar insyaALLAH sampai SPM aku sedar , walaupun aku kadang2 mudah sangat habiskan masa dengan berinternet . insyaALLAH aku akan kurangkan . ALhamdulillah dengan mila tukar p/w fesbuk aku , aku tak terikat sangat nak online tambah lagi kerja sekolah aku bertimbung-timbung . tapi 1-2 hari ni aku boleh bukak fesbuk , lalai la sikit tapi Alhamdulillah homework tu aku buat la . apa yang aku nak sekrang ni , aku nak bersihkan and nak buktikan bahawa aku yang selama ni bermasalah sepanjang aku ambil udara kat mada , aku tetap boleh baiki diri aku dengan belaja betul2 ! Alhamdulillah setakat ni aku duk dalam matlamat aku . even sebanyak mana pun homework yang ada , aku usaha , aku paksa siapkan jugak hari yang ada subjek tu . tapi ada jugak la yang tak siap kan ! and kalau cikgu lama2 mengajar aku , aku memang betul2 perfectkan kerja aku . . aku tak mengharapkan pujian tapi aku nak buktikan macam nasihat K.za : tahun ni ustazah mintak awak naikkan nama awak dengan belajar , bukan dengan masalah2 disiplin gini ! 

our's geng , madana . . .
kalau sepanjang kita saem , ada terasa
sorry to say !
InsyaALLAH rezeki berpihak pada kita
pada fatin ,
fatin tahu sep kita dah tobak blako ,
doakan fatin deh , insyaALLAH takda da msalah nanti
and jangan korang ajak fatin lagi sehingga habis spm fatin nanti 
baru kita reunion :)
luv and miss you all much




khas tuk geng kita !
lirik yang sangat bermakna antara
persahababatan ang pak 'cintun'

antaranya liriknya :
cinta masa sekolah yang pernah terjadi
that was the moment a part of sweet memory

. . .

bergegaslah kawan tuk sambut masa depan
tetap berpegang tangan, saling berpelukan
berikan senyuman tuk sebuah perpisahan
kenanglah sahabat kita untuk slamanya

. . . . .

tata miko , k.tin saye miko :)






Miko dah takde :'|









 last day dia kena langgar ngen kereta or motor itu aku tak pasti ! sebab time dia tak bernyawa aku tak tengok dia sampai abang aku tanam dia , aku tak tengok buat kali terakhir . tapi sedih tu tak boleh lari la kan ! hampir setahun dia , aku sefamily jaga ! celoteh dia buat aku and adik sayang dia . dia comel sama macam mak dia . kalau kira2 hampir 2-3 tahun aku bela kucing , tapi Miko yang the last , takde dia takde kucing aku . sedih-sedih ! sebelum dia pergi , dia sakit-sakit . . asyik bersin je and abah aku jaga dia , bagi ubat2 . sampai umi sebelum pergi KL cakap : jaga anak2 molek , jangan jaga 'anak' kucing ! hahaha , apa la umi ni . kesian Miko , badan pun tak larat la macam orang demam . petang sebelum dia pergi, aku belai , aku cium dia . Ya ALLAH tak sangka Engkau tarik dia secepat ni . dia sebahagian family aku :')


takde miko , tak guna la bekas makanan ni .
umi aku cakap kat adik aku ;
kalu na boleh 5A , umi beli kucing parsi ko na ! 

26 January 2012

ijtima' muslimat pas !

assalamualaikum . . sehat tak ?
alhamdulillah aku rasa sihat dari 2 hari lepas tu , masing2 selsema sekarang. huhu
pagi tadi , budak2 asrama habed rong-call dorang masuk la kelas masing-masing and inform yang semua budak banat akan pergi PUTIK kecuali form5 and form6 ! ada la beberapa orang tu nak sangat pergi sebab tak siap homework ( aku pun tak siap jugak) haha , kira nak lari ni ?! tapi aku lansung tak berminat nak pergi . sebab dorang cakap ada ceramah2 kat Putik tu , tu yang aku tak nak pergi ! lepas tu salma and ain pergi la naik pejabat cakap yang kiteorang ni nak pergi jugak and ust.Nik Rahim bagi lampu hijau ! and macam biasa . . budak2 kelas aku suka sangat buat2 citer yang sebaliknya bila dapat keputusan , so salma masuk kelas cakap yang kite tak boelh pegi , HAHA . . lega tak payah pergi ! tapi dia tipu , sebenarnya boelh pergi . and belajar PQS setengah jam ustazah pun panggil2 pegi ngen sebuah bas . . . terpaksa !!!! pergi2 dapat goody-bag and tengok la "Ijtima' Muslimat Pas . . . . . . . " . . politik ! kua3 . . first time ni masuk tempat politik . macam tak percaya la kan ! ye la selama ni mana la aku ambil tahu semua ni . hari ni ALLAH izinkan aku mencuba sesuatu walaupun terpaksa tapi tersentuh . duduk kat kerusi dari jam 9-12.30tghari ! adoyai ~ tak pasal-pasal tahu politik . sekolah aku je yang join yang lain aunty2 , YB2 and datin2 ! apa yang dikatekan oleh Yb2 kita , kita kena selamatkan Malaysia . kalau kita tak menang tak pegang kali ni Malaysia akan bankrap 2015 nanti ( ramalan pakar ekonomi Malaysia) . and duit kita ni tak de nilai dah ! ada Yb tu , dia pergi Tokyo, dia beli salad + jus dengan harga duit kita RM82 ! huhu . . rendahnya nilai mata wang ringgit kita sekarang . dengan Thai pun Thai lagi tinggi . dengan hutang negara nya berbilion-bilion ringgit ! and ada Yb citer lagi yang Rosmah pergi shopping Australia kat 1 butik ni dengan 60 pasang baju sekali beli ! hemmm . . pembaziran ditabu-tabur . and senang-senang je dia beli kita dengan RM500 tu RM200 tu and Rm100 tu untuk kepentingan dia. dia tabur je duit tu sedangkan duit tu duit kita juga asalnya . . . duit tol , duit cukai and apa2 je la ! so , pangkahlah [X] bulan ! solat hajat la banyak2 agar kali ni kita dibawah Pas bukan lagi dorang . membangun bersama Islam :)

23 January 2012

sibuk itu kebiasaan bagi seorang pelajar

assalamualaikum :)

sihat ke awak yang sedang membaca tu? alhamdulillah xsihat sikit fatin kali ni , macam demam je rasa . tapi bersyukur la jugak daripada orang lain sakit teruk lagi! huhu . weekend ni aku boleh on9 FB ! hampir sebulan sudaa 'puasa' FB . haha . tak sabar nih ! waaa ~ keje sekolah sekarang bertimbung-timbung , banyak sangat . nasib baik la hari ni dapat cuti sari sempena raya cina ! fuu~ xlarat xlarat nak habiskan omwork tu . banyak buat aku tension sampai nak demam ni ! tapi nak buat macam mana ?! dah tanggungjawab , amanah seorang pelajar . bak kate cikgu kerja banyak tu biasa la bagi pelajar ! tahun ni memang terbaik la cikgu2 yang mengajar . sampai ada sedikit penginsafan tusuk ke dalam hati , hebat kan ustazah2 aku ni ?! haha . tak perlu cakap pasal apa tapi yang penting tu subje PQS & PSI . terbaikkk ! haha . ada lagii . . sejak aku belajar tahun ni kan , aku tak tahu la kenapa ustaz/ustazah suka cakap bab perkahwinan kat kelas aku . dah la ada subjek 'pra-stam' yang kena belaja , feqah , ulum AQ & hadis ! feqah tu jelas2 1 buku kursus pasal perkahwinan , diajar oleh Ustaz Nik Rahim . terbaikkk ! haha . first2 belajar tu ustaz cakap kat aku "rugi mu tak nikoh fatin !" hahaha . . tak boleh blah la ayat ustaz ni! sikit2 aku yang dia tegur . muka aku ni muka kahwin awal ke ?! ^_^ kelmarin belajar subjek PQS bukan bab kahwin tapi ada la usur suami-isteri . and then ustazah Aisyah pergi tanya "awak nak kahwin umur berapa ?" what ?! aku tak pernah nak terfikir benda ni . hahaha . sporting gila la ustazah ni . sengih2 kiteorang ustazah tanya satu kelas . ustazah tanya semua 1 kelas  ! adoyai . . aku pun jawab la ** ! haha . tu pun spontan . ustazah pun cakap lagi yang kita ni kena ada matlamat nak kahwin bila and nak suami macam mana(doa khusus ciri2 yang kita nak) and kalau boleh anak kita nak berapa orang ?! adoyai . parok la ustazah ni ! sakit pipi aku duk sengih gelak ngen perangai dia . hahaha . tapi ustazah la yang terbaikkk ! habis bab tu . kelmarin juga my friend cerita kat aku yang ada la seorang pemimpin banat ni cakap kat junior macam ni "saya tahu sebab apa sampai sekarang awak takda jawatan !" ya ALLAH terkejut aku . tak sangka bila manusia dapat rezeki dari Tuhan begitu hebatnya dia bangga diri . sedangkan time tu budak junior tu letak kunci kat katil dia, tapi takda time peminpin banat tu cari . lepas tu tiba2 dia naik angin cakap junior tu kurang ajar ! dunia . . dunia . bila dapat jawatan terus tak ingat rezeki tu dari siapa . dia tak perlu persoalkan kenapa budak junior tu takda jawatan sebab tu bukan rezeki budak tu and siapa dia nak bangga sangat dengan jawatan(rezeki) dari Tuhan tu . aku just cakap , 
ALLAH tu Maha Adil :)

16 January 2012

alhamdulillah buat kali kedua aku dilindungi olehNYA

assalamualaikum :)
aku sedang walking2 internet , alang-alang cari soalan nak study , aku singgah la kat blog yang berhabuk ni! fuh-fuh , tiup2 sikit ada habuk tu ! anyway alhamdulillah study setakat ni beres hope sampai spm la kan?! harini aku pergi jumpa 'bonda' aku, dia yang panggil aku . mula-mula tu macam rimas je la kan because aku baru je nak start belaja time tu. tapi pegi je la dengan rela hati ! dalam hati aku dah agak kenapa dia nak jumpa aku . . chill la ! and then dye tanya aku macamana study ? ok ke ? and aku jawab dengan positif. that is our opening . . and then dia tanye la apa yang terjadi dekat aku hujung tahun 2011 , aku pun jawab dengan jujur . dia just 'memuji' apa yang aku pakai time tu , haha ! nonsense. then dia bagi aku nasihat ,. banyak la jugak ! huhu . dia cakap lagi yang sebenarnya aku kena naik kat 'atas' tu tapi uncle tu cakap kat bonda " xpe la , kalau dia(aku) buat lagi, baru kita ambil tindakan!" lepas aku dengar tu , YA ALLAH kau lah MAHA melindungi aku ! kalau kira aku memang kena tindakan because ini kali kedua aku buat perkara sama tapi situasi lain. alhamdulillah :') . . tapi nasihat bonda yang perlu aku pegang sekarang "fatin , ustazah minta sangat2 enti jangan ulang lagi tahun ni , ustazah mintak sangat2. . " bertubi-tubi dia bagi nasihat, sikit pun tak meluat semua tu . aku ni memang suka dengar nasihat orang , aku akan guna cuma cepat atau lambat je. 'date' yang sesingkat 15-20minit tu bermakna sangat ! aku balik rumah, tengok umi aku , aku terus menangis . . and dalam hati aku " i won't disappointed you,umi " .

YA ALLAH . . ALHAMDULILLAH
ENGKAUlah MAHA melindungi aku . . .
cuma aku je yang mudah terlalai tanpa bersyukur !
ampuni aku :'|


* aku just meluah apa yang patut ! xperlu memandang remeh apa yang betul tapi betulkanlah apa yang patut diperbetulkan . i'm okey right now .


5 January 2012

aku , sekolah and hari orientasi !

assalamualaikum pembuka bicara :)

hecece . nampak ! rajin aku update ni.
nak cerita minggu permata sekolah . . bosan !

1st day :
punya la suka datang sekolah. excited! tapi tak suka tengok budak baru ! terlampau ramai kot yang baru masuk. bukan budak-budak form 1 tapi form 2 and form form 4 pun ada. form 5 ada pelajar baru? hampeh . hari 1st day ni jugak yang datang sekolah aku,Salma and Ummi. huuu~ memang boring gila la. and kiteorang makan muffin yang aku masak :) , dapat komen yang memberi semangat ! memang ngantuk gila la hari tu, ye la macam kejutan budaya la pukul 6 kena bangun pergi sekolah . haha , selama cuti pukul 10 tu common dah! aku baru je nak duduk kat meja nak tidur , ustazah mintak tolong . . baru jah nak duduk salma ajak pergi situ-sini, adoyai sabar je la! memang confirm la tak belajar hari 1st ni, sibuk dengan budak baru nak daftar and hari tu sibuk ambil buku teks . alhamdulillah pukul 1tghari tu boleh balik dah, balik makan solat tidur and asar baru bangun ! haha

2nd day :
aku plan nak ponteng sebenarnya hari tu. tapi umi yang push aku sruh pegi jugak. adoyai ! berapa kali dah aku cakap yang sekolah ada program orientasi (aku cakap aku dah cukup kenal la mada tu . .haha) and buat habis minyak kereta je hantar aku pegi sana ! 2nd day, ada slot la. memang sejam2 la boleh dengar cikgu-cikgi membebel and tazkirah also . hoho . memang boring gila la duduk dalam dewan tu. sabar je la.

3nd day :
bangun2 tidur lagi perkra yang ada lam otak aku "malasnya pegi sekolah, ngantuk !!!" haha , pukul 12 setengah baru tidur , mana tak mengantuknya ? hari ni ada pengisian yang mendatangkan faedah and buat aku suka ngen slot tu . . slot 'strategi pembelajaran berkesan'. haha , cikgu baru yang handle ! enjoy la dengan slot tu.and ia memberi aku semangat and lain slot tu, buat aku boring ! and terpaksa menadah telinga. hari ni jugak 2x 2cikgu yang dalam slot berlainan cakap pasal nik amalina yang best student 17a1 2005 tu kejutan budaya kat Scotland dengan pakaian 'sexy', nak tahu cerita dia taip la kat google ! malas nak cerita pasal orang kali ni. alhamdulillah , cikgu2 sekolah ni bertambah and mudir ambil cikgu berpengalaman . 17 ustaz and 13-14 ustzah/cikgu .

orintasi ni sampai isnin minggi depan! tahu tak, aku jealous sekolah adik aku dah start belajar sedangkan aku still relax dengan orientasi , aku memilih duduk dengar cikgu mengajar daripada duduk berjam-jam lamanya dengan slot2 tu . boring doel !

2 January 2012

selamat tahun baru .

assalamualaikum semua :)

oh ! macam tak percayakan masuk tahun baru ? cepatnya masa berlalu tak pernah menghiraukan kita , tapi kita yang kena peka dengan masa :)

well ! cakap pasal tahun baru , semua mesti nak barui hidup mereka dengan cara mereka sendiri. termasuklah aku ! hmm . tahu tak ? dalam hati aku ni sayu je bila masuk tahun baru. aku takut nak jalani masa akan datang. aku bukan kategori kanak-kanak tapi REMAJA kot. huhu. apa yang selalu berlegar dalam diri aku ni, periksa SPM yang tahun ni akan aku tempuh ! doakan aku berubah. susah la dengan perangai 'comot' aku ni. pemalas je penyakit yang aku benci tapi susah nak hapus. sedih la. aku harap tahun depan , aku kat mada takda masalah apa. aku malas nak kusutkan kepala aku yang tengah serabai dengan spm ! xoxo. tahun ni pun insyaALLAH kalau takda apa-apa halangan , aku dapat kakak ipar! teruja la . . 1st kakak ipar ni. facebook aku pun aku dah suruh kawan aku manage. sebulan sekali only. aku nak urangkan ketagihan la. aku tak harap diri aku ni akan bertahan kalau bukan orang lain manage facebook aku, kejap-kejap nak online , hakikatnya benda tu buang masa je! kan-kan-kan? biarlah kawan aku je yang sibuk dengan facebook, dorang dah khatam spm pun. aku je yang muda lagi! haha. aku pun nak jadi orang yang postif bukan orang yang emo seprti aku yang sebelum ni . emo-emo ni makan diri je , taksedap badan tau! lebih baik jadi cool dengan mengingatiNYA . think positive and you are in the peace :)

takda dah mengingati si dia !
 saya bercinta dengan buku la pulak ~