13 February 2013

sibuk teh !

assalamualaikum !
esok aku dah masuk kem ter'chinta' , Padang Kacong ! adoyai Padang Kacong . aku tak habis nak enjoy lagi duduk kat rumah ni. balik rumah pun , ummi aku buzy je memanjang dengan abang aku yang buat persiapan kahwin . kiranya aku ni tak cukup kasih sayang la balik ni. haha , kesian la . aku ajak umi aku pergi beli barang-barang . "ummi jom la gi keda , ore xjale lagi balik ni , jom la umi" (sambil tarik kain umi,haha) buat macam budak-budak je . sejak balik ni , aku la manusia paling buzy dalam rumah aku , selepas ummi and abang aku la. aku kerja OT untuk online , bila offline pulak , sambung textim kawan-kawan pulak ! aku pun pening sebenarnya . memang buzy la sikit , nak urus baju jerseynye , nak reply kawan-kawan yang meluahkan perasaannya , nak layan kawan-kawan yang happy-go-lucky nya ! hai . memang buzy ngen online and textim je la . haha . aku sebenarnya takut jugak ummi aku syak apa-apa kan, maklumlah balik plkn tak boleh lepas handset di tangan . tapi don't worry ummi , fatin tak buat balik kekasih tak halal ! haha . buang masa sajo . aku nak pergi shopping barang-barang nak pergi esok , nak beli mp3 , nak cari novel . tapi bila ummi nak bawak aku ni ? malam ni aku paksa jugak dia. hehehe . aktiviti PLKN lepas ni penat sikit , boleh main flying-fox and the geng , kem wirajaya nya . nak belajar swimmingnya (ganti aktiviti kayak , kem aku ada je kayak , cuma pihak JLKN dapat banyak aduan pasal kayak , banyak negatif, aku nak kayak , aku jugak nak belajar berenang! nak 2-2) . kelas ketatanegaraan pun tak habis lagi. aku bohsan dah duk kelas kanak-kanak ribena tu .

aku ingin memilikinya , aku ingin mencintainya :
(ikut rentak lagu aku suka dia , ainan tasneem) 

ini bukan novel , tapi macam buku motivasi dan aspirasi la !

ini novel , aku baca sinopsisnya pun dah best !
of course aku nak memilikinya .


sekarang , aku tak tahu la kenapa aku ni suka cari novel or buku c-i-n-t-a !
sentimental betul .
nak cari cinta high class kan , kena kaut cinta Ilahi dulu .

11 February 2013

jagalah dirimu kerna imanmu begitu berharga

assalamualaikum all baby boo 
haha
ambo tokse cakap banyak , cuma nak share sepatah dua .


reply kepada lagu 'sayang by shae' :

sayang aku baik selalu
janganlah kamu risaukan aku
ku harap kamu pun baik di situ
kerna diriku selalu mendoakanmu
sayang
jangan talipon aku
nanti habis pulak kereditmu
kalau kamu rindu akan diriku
luahkan saja di dalam doamu
sayang
dengar bah permintaanku
jangan tinggalkan solatmu
sayang
jangan dengar bisikan hatimu
itu setan mengganggu
sayang
dengar bah permintaanku
jangan lupakan Tuhanmu
sayang
percayalah apa kataku
aku akan menikahimu ^_^

"MUSLIM DAN MUSLIMAH SEJATI akan berasa cukup BAHAGIA tanpa KEKASIH TIDAK HALAL disisinya. Kerana yakinnya pada JANJI ALLAH, kerana telah DISERAHKAN HATINYA pada ALLAH untuk uruskan, kerana dia PERCAYA hanya ALLAH sebesar-besar PENGHARAPAN yang mampu membawa dirinya kepada insan yang DICINTAI ITU itu.
Jangan jadi PLAYBOY yang suka melayan dan bercinta dengan ramai gadis. Tetapi.. Jadilah PRAYBOY yang dalam diamnya tdak henti-henti berdoa kepada Allah untuk dijodohkan dengan seorang gadis yang SOLEHAH
-just copy & paste -




lately , sayo sokmo teringat ko awok !
sayo pun tok tahu bakpo perasae tu nok maghi , sayo tok ley uat gapo-gapo jugok .
jare-jare , sayo doakan awok ,
doa gapo ? itu rahsio saya ngen Kasih petamo sayo .
saya yakin ko Dio pasal awok .


*my bestie pesan kita jangan 'murah' kalau ditegur oleh sang buaya a.k.a sang pemain angin . nenek aku ingatkan aku jangan 'buat' lembik dengan laki . pesan aku , sporting tu berpada-pada la . ramai lelaki suka main angin perempuan . ya ALLAH lindungi sepanjang hidup aku .

10 February 2013

engagement abe sayo


auw ! shock aku ada pelamin . tunang je pun

ahli syura  . . hehe

upacara bakal mentua sarungkan cincin untuk bakal menantu .

abang aku and future father in-law



future bride 







moga sampai ke jinjang pelamin :)

9 February 2013

awesome voice !


lagu ni aku tahu time aku duk kat kem plkn aku . hujung minggu , budak-budak sealu keluar dekat tempat riadah , padang kawad or temapt lawatan keluarga . ada yang jongging (biasanya wira je yang jongging , aku lambat lagi nak jogging depan lelaki. haha , bersebab beb) ada jugak yang lepak , aku la yang selalu lepak and tengok gelagak budak-budak kem . ada jugak yang berdating . 2 minggu before cuti, aku and bella je nak keluar lepak , geng aku yang lain malas and ada kerja masing-masing . so , berdua je la . kaku jugak nak keluar becouse tahu dah mesti wira ramai duk kat luar sana . lepas tu kiteorang keluar la jugak , duduk dekat tempat lawatan keluarga . sebelah pondok kiteorang , ada la 1 geng ni . sorang main gitar and sorang lagi nyanyi lagu "cintaku dipermainkan" , lagu di atas tu la . wow ! best gila suara dye . aku tengok je dye . dia perasan . aku tak tengok dah . tapi ni 1st time aku tengok lelaki nyanyi secara live yang paling best kut. actually aku tak tahu pun lagu ni tajuk apa , bella yang 'kabow' lagu ni tajuk apa . bella tahu sangat bab-bab lagu jiwang . macam mila la pulak ! sama la jugak ngen oppie , kawan baik aku sorang lagi . aku je tak ada taste yang lagu sentimental ni. tapi ada time , aku layan jugak . kalau aku kawan dengan wira tu , nak je aku buat 1 permintaan dari dye , nyanyi 1 lagu and aku nak record . suara kau awesome weh ! 

8 February 2013

home sweet home :)



assalamualaikum !

wirawati Fatin Nadirah Naim back ! haha . excited sangat nak balik rumah . tapi aku tengok yang ketara wira la , kalah perempuan seeh . alhamdulillah saya dapat tahan nafas sepanjang duk Kem Plkn Padang Kacong , Marang , Terengganu. nak kata best , tak best jugak . nak kata tak best tapi ada part yang best. boleh layan je la . yang hebat sekali , 1st time ni duk asrama tak balik sebulan , haha . . panas punggung ! baru asrama sebelah negeri , tak sebelah negara lagi tu. haha . . belajar berdikari dan paling penting belajar tahan lepas rindu. hehe . baru tahu PLKN ni bukan teruk nak latih macam tentera tapi macam sebuah kem yang santai saja . actually setakat ni je santai , lepas raya cina nanti penat tak boleh nak cakap , cikgu yang cakap. kat sana pun ada kelas . aku tak tahu la ada berapa modul tai setakat ni aku dah masuk modul 5 iaitu modul ketatanegaraan . bercakap pasal negara , sejarah gitu boh ! aku nak story 1-1 modul yerk .

modul 1 , saya :
mula-mula kelas , kaku gila aku , aku ni tak pernah duduk sekelas dengan lelaki . dah 5 tahun dah biasa ngen perempuan je . kaku je la lagi-lagi bila 1 kumpulan kena campur lelaki jugak . dalam kumpulan aku , ada ahli aktif and ada ahli tak aktif , aku la tu yang ta aktif . tapi hari last sekali , hari buat persembahan , aku yang aktif memberi idea . haha , aku nak sumbang jugak sesuatu untuk kumpulan tu supaya orang tahu yang aku ni bukan jenis pendiam je and bukan tak suka aktif. haha , tapi berbatas la yek ! dalam modul ni belajar tentang nak bina karakter diri la , belajar jujur , tanggungjawab and apa-apa je la boh . yang penting motivasi gitu.

modul 2 , orang lain :
dalam modul ni , aku tak kaku dah , macam dah boleh terima hakikat la. dapat 1 kumpulan dengan lelaki yang aktif and bising , selalu je buat benda lucu . ada jugak yang buat aku suka tengok dia , gaya dia buat kerja matured gila ! i like it . dalam modul ni belajar nak bina karakter dalam diri orang lain , macam mana kita nak naikkan keyakinan orang lain macam tu la . sedih seeh bila dah habis modul ni , kumpulan terbaik aku dapat ! always dapata markah tinggi jugak la . selalu buat jurnal pulak tu .

modul 3 , organisasi :
dalam modul ni , upgrade sikit la ! aku bagaikan dalam sebuah organisasi pekerjaan. ada CEO apa la . aku dapat ahli kumpulan wirawati yang modul 1 , 5 orang memang orang sama . mudah kerja la bila bekerja dengan orang lama kan . syarikat aku jual magic marker . tak ingat dah nama apa . dalam modul ni jugak , aku kena jalani sesi temuduga or interview . aku kena ditemuduga dan menemuduga ahli kumpulan lain . mula aku kena temuduga dengan 2 orang wira . opocot ! apalah nasib aku time tu kan , aku harap wirawati je yang interview aku , tapi tak apa la kan . interview kan , kena open minded la . debar-debar . 2-3 soalan dia interview aku berkait dengan islam. lepas tu dia tanya aku ambil course apa ? aku blur . aku pegi cakap aku ambil akaun. lepas tu dia tanya cara nak realisasi  cita-cita tu . haha , ternganga aku . aku cakap aku tak ambl akaun , aku ambil syariah . and dan soal-jwab samapi habis masa . aku berjaya ! aku tanya keja apa ? jadi ustazah jawabnya . haha . main-main yea . lepas tu , aku tahu dia seorang yang baik dan 'ustaz' . haha . suka jumpa 'ustaz' ni . sejuk hati . dalam kumpulan aku 5 orang berjaya dapat kerja , 2 orang wirawati termasuk aku . thanks pilih saya =)

modul 4 , PKRS :
dalam modul ni belajar tentang seks ! haha . i don't like . tapi aku sekumpulan dengan Naqeeb . hotstuff kem ! haha . nasib baik 3-4 hari je modul ni.

modul 5 , kenegaraan :
aku tengah belaja sekarang , layan je la .

sepanjang aku belajar , kelas macam budak tadika ! main tepuk tangan la . apa-apa la lagi . latihan kawad always pukul 2.30 . bukan tiap-tiap hari , sekali seminggu je . muka aku kebal hitam lagi , orang lain dah nampak perubahan , alhamdulillah aku tak lagi . tapi tangan aku dah hangus sikit . kat sana , aku ada kawan baik , angoh and achik ! aku 3 orang ni memang kamcing la . do-re-mi boh ! haha . tapi ada geng jugak . sep-sep aku always panggil aku kak . disebabkan aku lahir dulu dalam geng aku. ada jugak panggil ustazah . hari-hari ustazah . hari tu aku jadi urusetia PPBS , kawan aku panggil aku ustazah depan budak laki , and kawan aku cakap laki tu tanya kawan-kawan dye kat belakang dengan nada slow la kenapa panggil aku ustazah ?! haha . kawan aku nak jawab tai takut laki tu cakap dia dengar apa yang die cakap plak kan . haha . buat lawak la budak ni. jarang-jarang aku malu sebenarnya orang panggil aku ustazah coz aku tak setaraf ustazah lagi . tak cukup lagi ilmu di dada ni . tak layak ^_^. ada lagi yang lebih layak dari aku tapi tak dipanggil ustzah pun . tapi aku tak halang dorang panggil aku ustazah , aku anggap itu 1 doa . aku nak sangat sebuah jiwa ustazah tapi tak nak jadi ustazah , cukup jadi ustazah untuk bakal keluarga aku nanti . malas dah nak menaip . banyak citer sebenarnya . chauw dulu ~