31 October 2014

pisang tak berbuah 2 kali !

assalamualaikum w.b.t

pisang yang saya tanam je berbuah sekali, yang ummi tanam tetap berbuah dengan berpohon-pohon di halaman rumah . makan pisang je la !
sihat ? alhamdulillah ambo pun sihat walaupun diet huduh-huduh . hahaha .
kali ni nak muhasabah cinta sekejap , lama dah. 

ni ayat saya ! ni ayat saya ! hehe

baru-baru ini agak tersentap dek kata-kata seorang sahabat jannah saya, katanya "tin tak ley buat gitu, seolah-olah tin ni dah give-up dengan ALLAH untuk cuba sekali lagi" *berderai air mata. hati ni sebenarnya terlalu keras, nak masukkan peluang tu memang boleh, tapi mesti dalam dilema yang boleh aku letakkan positif-negatif 50-50%. bukan mudah nak bangkit, makan masa hingga nak jadikan aku bangkit seperti hari ini . so, lagilah makan masa nak bagi peluang lagi. ya ! aku akui aku mengaku depan Tuhanku , aku suka dia . tapi banyak aku fikir yang membuatkan aku terfikir lagi, hmm jadi tawar tetibe. sakit hanya Dia yang tahu, sakit hanya Dia mampu ubati, bangkitku jua hanya Dia yang tolong pimpin. tapi tak lupa juga, dia juga yang pertemukan rahmat ALLAH pada diri ini. alhamdulillah . walaupun beribu yang aku minat, tak satupun mampu tertaut dengan ikhlas, only crush ! hahaha . nak CHOI jugak *galoks .

absolutely yes , right ?

bukan kerana aku berputus asa dengan ALLAH, tapi aku terlalu berhati-hati untuk kesekian kalinya. ALLAH tahu . memang kadang-kadang aku nampak agak kejam untuk diri, tapi aku lebih memilih untuk tidak mencintai benda yang sia-sia. lagi-lagi soal hati . *sakit

ustazah Qamariah ada cakap hari tu :
cari orang yang sayang kita, suka kita. jangan terlalu nak yang kita suka.
maksud ustazah, utamakan orang yang nakkan kita, yang mencintai kita daripada nakkan orang yang kita cintai . haa ada 2 karakter tu, orang mencintai kita dan orang yang kita cintai ! ya . aku hanya cari orang sebegitu sebab nakkan orang yang aku suka, banyak ! hahaha *tamak. tapi setakatni mana la nak ada orang nak kat orang chubby macam aku. tak larat nak tanggung makan cheese tiap-tiap minggu . insyaALLAH tepat waktunya, sampai la tu :)


ikhlas aku cakap, aku cari yang halal, bukan 'hanya' kekasih :)

26 October 2014

mari sini Mila !

assalamualaikum w.b.t

tanggal 26 Oktober 1994 telah dilahirkan seorang mujahidah dari Tanah Merah, original mek kelate . dan telah ditakdirkan bersahabat dengannya sejak 2009 , tahun ni memasuki 5 tahun dalam hubungan . Alhamdulillah , dia lah sahabat suka , duka, yang menyakitkankan hati, yang menjengkelkan kepala otak aku, doktor nasihat di kala aku jatuh, orang yang buat aku senget di kala aku nak matang, dan yang paling penting, sahabat paling setia walaupun aku sering menyakitkan dia dengan perangai aku. sorry deh !  kalau kat sekolah dulu, suka sangat kena perli dengan Azfar yang kiteorang ni kakak dan adik, haha, aku geli wei berangkat-angkat ni sejak aku ada kes. kawan aku cakap "lembut sangat tin kecek nge mila, supo kecek nge gewe." masyaALLAH, aku pun tak sedar. ye ke mila ? haha . diiyakan kawan aku beberapa kali . *jauhi fikiran kuning

Wan Mas Syamila Wan Zaharudin ,
sanah helwah , happy birthday yang ke-20 !!!!
20 tahun dah dia hidup , haha, tapi aku yang 19 tahun ni jugak still jadi kakak dia. hahaha

sayang mila ,
moga sentiasa dalam rahmat ALLAH, tanpa rahmatnya kita tak kuat macam hari ni. kerana rahmat ALLAH aset terpenting kebahagian dunia dan akhirat, kekuatan tanpa menghiraukan yang sering menjatuhkan kita, kita ada ALLAH yang tahu segalanya . moga mila dimurahkan rezeki-rezeki kebaikan yang melimpah ruah . jadilah hafizah yang solehah, suka diingatkan lagi, senaraikan fatin dalam 50 orang yang akan ditarikkan ke syurga di akhirat nanti deh ! hehe . aminnn . moga jadi lebih solehah lagi hari ni, di samping boleh kebaikan kepada kita, pasangan akan datang pun datang yang soleh . insyaALLAH. sabarlah dalam penantian imam yang tepat ye ! hehe . thanks jadi kawan baik atau kekasih hati fatin selama ni, maafkan fatin tau terlalu banyak mementingkan diri atau menyakitkan hati mila or anything else la kerana saya bukannlah budak matang sangat nak kalah-kalah ni . haha

sayang mila :)
 

25 October 2014

cerita semester 3 !!!

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah kekenyangan dengan nasi arab kambing handmade ummi terchinta . sekarang tengah dengar ummi dan abah jadi pengulas bola JDT vs Felda . hehe , biarkan sebab itu urusan bola dorang , aku malas nak masuk campur pening-pening dengan bola . hehe . 

kali ni, beta nak berceloteh sepanjang semester 3 *chewwah sepanjang! tak ada lah. apa yang terlintas je la erk . aku pun malas sangat nak korek-korek cerita lama ni . hehe *gossip

 selfie bersama sahabat tercinta ! apa-apa masalah, banyak berkongsi, meluah dengan 2 orang mektok ni . yela, orang lain dah tak sudi dengan kita . kita budak tak boleh harap -_- . haha *ayat pasrah yang parah . haha . beta sayang tuan hamba tau , yang tu penting !

raya Aidilfitri .
alhamdulillah , pertama kali boleh buat jamuan dengan 2nd intake sepanjang 3 semester ni. macam biasa la, banyak karenah nak boleh jayakan jamuan ni. berkat kesabaran dan tak hirau kepada pembantah, alhamdulillah berjalan lancar dengan jayanya .

ini antara pwincess syariah semester 3 !
haha , secara kebetulan je bergambar ni sebab tu tarak semua . kalau boleh aku semua , jenuh nak scan jerawat macam gambar atas ni . haha *ngenak
subjek MPW 1133 @ Pengajian Malaysia
time ni exam mid-term , haha . 1st time duk atas dan boleh tengok pemandangan seluruh dewan. haha , entah kenapa jadi kankung begini . hehe . subjek ni seumpama subjek Sejarah pada SPM satu ketika dahulu, 50-50 nak suka pun. tak berapa pun kena telan jugak yep ! boleh fokus hanya dalam kelas tutorial je, jarang sekali kalau dalam kuliah macam ni. hehe *teruk
 
 this is girlprend !
suka cari baloh jah main denga kakah ni gak . haha . berjiwa kacau tapi soal meluah, halus kalah maknyah heh , hehe . sayang mokwe ketat-tat-tat .

zalina - tika - tink - mia
moga ALLAH merahmati hubungan kita . semester ni, banyak kali dapat makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu , sampai aku rasa muak dah makan ikan patin favourite aku kat sana tu. haha

itu saja gambar terpilih dalam post semester beta kali ini , beta malas sebenarnya ni, hampir sejam dah duk taip dan berhenti di post ini . haha *kalau dah malas. lagipun, handphone aku format tanpa simpan dulu gambar-gambar lepas . so, burn begitu saja . tak mo cakap banyak .
bye-bye , layan bola meta

24 October 2014

kerana aku kaki game

assalamualaikum semua 

yey ! update blog . tajuk aku tu agak over kot -.- . hehe . sebab aku ni bukan 24 jam mengadap game ye ! aku ada kerja lainnye . tapi sekali aku mengadap game , aku tak akan hirau orang sekeliling . yang kacau aku main game , memang tak lama kena sumpah dengan aku. haha . aku sangat sukakan game bila aku stress , cara mudah nak lupakan benda yang memeningkan, mengkusutkan kepala otak kita-kita tau bila main game. sebab game memerlukan fokus yang tajam untuk sentiasa menjadi pemenang atau kalah ! hahaha . tapi , aku , Fatin Nadirah , tak pernah kenal LOOSER pada diri sendiri bila main . hahaha . bila mula-mula game baru pun , aku tetap daebak ! hahaha *perasan overload .

kali ni mahu tunjukkan game yang TOP-TOP aku suka main , kalau nak list kan game dari kecik tu memang banyak la kan ? bermula dengan The Sim yang mana game mula-mula aku berebut pc dengan abang-abang aku sebab asyik dorang je main . ergh !

Pencil Pilot :

Game ni , game favourite bila buka wechat . lagi-lagi sekarang guna tab , lagi sedap pemandangan game ni. haha . selagi had hayat tak habis , selagi tu la pulun-pulun main. adik aku pun geleng kepala dengan tengok aku main . haha . tiap-tiap minggu tu memang top 1 la sokmo , tak boleh rasa duk bawah-bawah orang ni. haish ! haha . tapi kekadang kalau malas main , biar je , tapi tetap maintain top 3 ! kah3 . kalau dah hantu tu, hantu la jugak . kawan laki pun tak main macam ni . haha

the best ever my score !
 sampai kawan aku boleh cakap , GIILO ! haha . tiada kejayaan tanpa kesungguhan *chewwah, belajar lain eh ! haha . nak boleh 1700000 pun  tercungap dada . haha . fokus terrr penting !


2nd : Hay Day


game ni ala-ala Farm Ville la kalau di fb . aku suka game macam ni , ala-ala The Sim gitu . boleh decorate sana-sini , dapat duit , beli itu-ini , bekerja-bekerja untuk tambah lever . tapi 1 perkara buat aku lemah dengan game ni , ada Cadbury *babi . walaupun game je , aku sensitif dengan binatang tu. binatang tu memang kena beli, so, aku tak memilih nak belinya . bila aku balik kolej, adik aku main game ni, sebab aku tak bawa tab ke sana, only di rumah je . bila balik, aku tengok ada kandang cadbury ni, mengamuk aku . haih ! memang panas la orang kacau barang kita . terus aku uninstall, tak ada mood nak main . cuti ni baru aku install balik ! haha

3rd : BrainWars

 bagi aku game ni terbaik pada abad ni ! memang menguji otak sungguh , guna otak kanan dan otak kiri . aku cari game lain , tapi aku jumpa game yang lebih baik ni pulak . game ni baik untuk otak aku bekerja dari membeku je musim cuti semester ni . haha . kerjakan otak !

 antara game dalam BrainWars ni .
mathematic paling aku lemah , aku slow dan tak suka math ! last seen pada tahun SPM . hahaha . masuk kolej, tak ada math dah, tunggu sem 5 pulak nak kira-kira harta pusaka la.

in the wars !

jarang sekali boleh menang !
game ni kita berlawan dengan orang serata dunia tau ! game calik-calik orang yang online pada masa sama dengan kita . aku tak pernah lagi lawan dengan orang Malaysia ni . Kawan fb aku yang main game ni pun tak sampai 10 orang kot. so sad , tapi tak apa . kerjakan otak !

ok ! untuk pengetahuan , game-game di atas adalah game online walaupun install di google playstore . hehe . kalau tengah-tengah malam umi tutup suis wi-fi , memang kesian la . game memang bagus kalau pandai pilih, pilih yang mencabar gitu , yang boleh buat debar tu kencang . haha *melebih . tapi game-game aku main semua jenis debar-debar , kalau tak berdebar , cepat boring ! main sekali , dah uninstall . game baik untuk jantung dan release tension ! 




22 October 2014

Dukeng and sis mimeyy wedding

assalamualaikum w.b.t

akhirnya , saya merdeka sementara untuk sekiannya tamat semester 3 .
alhamdulillah , setelah berjuang yang tak seberapa . hehe

sekarang !!!
musim kita update blog banyak-banyak memandangkan cuti sebulan .
sebulan ! sebulan ! sebulan !
kita ambil versi throwback je , banyak yang tak update lagi .

first of all , we started my brother , Hakim which is my 2nd brother .
was married with a girl from Sungai Petani , Kedah .
alhamdulillah , pada bulan Ogos lepas telah diijabkabul di SP .
*malas cari gambar di SP , so takdak gambaq la ceq nak tunjuk na .

ceq langkau ke Majlis Persepsi sebelah pengantin perempuan
yang bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam .

bride and groom of the year :)

selain Hakim and Kak Mimeyy
turut serta , 2 abang kak Mimeyy dan pasangannya .
tahun yang sama ketiga-tiga adik beradik kahwin . hehe , suka tengok !


yang tengah always tak cukup inci =,="

completes of my siblings include ummi but no abah , no kak Sya . 

my cuzzy - muzzy on that day

mak-mak jemah yang hadir sama . hehe

 selfie cuzyy , tak lepas dengan monopod , pod3 !
 

family ghatering of the year .

insyaALLAH , sebelah lelaki , alik rumah kita tahun depan .
alkisahnya kahwin dengan pelajar , hehe
setelah hampir 2 bulan cuti semester kak Mimeyy , kak Mimeyy kahwin dan honeymoon , dia balik study ke Alaxendria, Mesir . Dentist to-be .
jadi , majlis pun kena berjarak jauh , haha .
tak apa lah , kalau dah jodoh , macam2 mana pun mesti jadi punya.
alhamdulilillah :)


4 October 2014

lawatan wartawan , 'geng kelas'

assalamualaikum w.b.t

lama tak blogging .
alhamdulillah , sekarang minggu study week .
so , minggu ni jugak , bermulanya final exam semester 3 .
berminggu-minggu berstudy , sekarang berjihad di medan exam .

okey ! minggu lepas-lepas ada pergi lawatan by group wartawan.
ala lupa nak cakap ,
aku pilih subjek pilihan untuk semester ni 
penulisan dan kewartawan 
just nak tekankan penulisan je amik subjek ni .
teringat sangat-sangat kat blog , blogging pun kena ada kemahiran penulisan kan ?
hehe .

so , lawatan kali ni hanya berlegar di Kota Bharu .
masuk 4 muzium semuanya ,
semuanya terkejar-kejar , huh ! penat .
lepas 4 muzium , hari tu jugak , berkejaran ke Pengkalan Chepa untuk ke Sinar Harian .





kalau nak upload semua gambar gak , makan beratus jugak la kena tunggu loading.
hehe , itu saja yang nak bebelkan kali ini .
salam menempuh imtihan semua ,
sep wartawan sep sporting !
trademart : report3 !