13 September 2013

bersahabatlah kerana ALLAH :)

Assalamualaikum w.b.t 
buat bakal penghuni syurga pada hari jumaat barakah ini .
Alhamdulillah saya dikurnirkan cuti selama 4 hari , hari hujung minggu , hari konvokesyen kolej dan hari Malaysia . dalam menikmati cuti pun , assignment tetap ada . menikmatilah , menyelam sambil minum air . wah-wah , enak gitu kan ?! hehe

topik hari ni tentang sabahat :)

Alhamdulillah kita dikurniakan sahabat , dan sering melafazkan 
" aku saye mung !"
(saya sayang awak)
" i love you friend !"
"ana uhibbu sohabi !"
" ana sayang enti/enta kerana ALLAH "

alhamdulillah ALLAH kurniakan lagi rasa kasih itu , sayang itu kepada hati kita untuk menyanyangi sahabat kita . sayang sahabat ye ?! tapi sayangnya kita tidak sayang diri kita pada dalam berkomunikasi dan melayani sahabat kita .

pernah atau tidak kita merasakan orang tidak suka kita ? semestinya pernah kan ?! kalau tak pernah tu ada something wrong la -_- . jom kita check apa masalahnya kita pada sahabat kita .

Komunikasi dengan sahabat :
SALAHnya apabila kita suka cakap lepas , selama mana pun kita berkawan dengan kawan kita, kawan kita tetap ada perasaan, bukannya makin lama kita berkawan dengan kawan kita tu , makin dia kebal dengan kita. walaupun terdapat kawan kita yang KEBAL , mungkin mereka kebal dalam memendam perasaan dan mungkin suatu hari nanti akan adanya gunung berapi yang meletus . hehe , jangan pula masa tu baru sedar , kerana masa itu mungkin orang yang kebal itu telah tinggalkan kita . conton cakap lepas adalah , apabila kawan kita buat salah , walaupun salah dia pada diri dia sendiri , kita akan cakap "padan muka !" , atau "itukan tindakan bodoh namanya" atau apa-apa la yang seangkatan dengannya . bukan ke kasar cakap macam tu ?! kalau kawan kita tu dalam stress lagilah mereka tertekan . so , jangan lah kita menjadi sabahat yang mulutnya berBISA dalam bercakap . semua orang ada perasaan :)

Melayani sahabat :
SALAHnya apabila kita sering mementingkan diri sendiri kita apabila berdepan dengan sahabat kita. contoh situasinya , apabila kita ada masalah ,kita nak sangat kawan kita dengar tapi sayangnya apabila dia ada masalah banyak pulak alasan kita untuk dengar masalah dia . jangan begitu ye ! suatu hari nanti akan berbalik pada kita . tak kira lah dalam apa jua cara balasannya . 

Jangan lupa pada sahabat .

Bantulah sahabat kita ketika mereka dalam kesusahan .

Nasihat sahabat secara berlembut jangan perlinya .

Jangan menipu sahabat kita , jujurlah walaupun perit >.<

jom , baiki diri kita dalam bersahabat . jangan hanya mengatakan kita sayang sahabat kita kerana ALLAH tapi sayangnya perangai kita dalam bersahabat jauh dari apa yang ALLAH suruh . moga ikatan kita dengan sahabat kita diredhai oleh ALLAH dan kekal selamanya .

salam sayang buat sahabatku :)

10 September 2013

Majlis pertunangan di Kedah

Assalamualaikum
lamanya tak update blog . hapak ! debu ~_~

minggu lepas , rombongan keluarga aku pergi meminang di Kedah . untuk abang aku yang kedua , Hakim . tapi sayangnya , aku tak ikut serta sebab aku ada Kem Hafazan Al-Quran anjuran kolej aku , terpaksa pergi kot bila ada syarat WAJIB ! padahal tak wajib pun -_- . walaupun sedikit terkilan tapi tak apa , tak rugi pun aku pergi kem hafaz tu :). Alhamdulillah sekarang abang aku pegang status "bertunang" . hehe . tumpang gembira . tunangnya masih belajar di Universiti Alexandria di Mesir dalam jurusan sains pergigian ,  dentist gitu ! 2 tahun lagi kot habis belajar . bila kahwin ? itu urusan mereka .

barang-barang hantaran

 majlis beradab . hehe

carrot cheesscake . yum2

ring of engagement

belove cousin bersama adik .
betapa excitednya nak jumpa cousin aku sorang ni , sebulan sebelum majlis lagi asyik duk cakap "tak sabar nak jumpa mu" , tapi minggu last dapat tahu aku tak boleh pergi , aku tak cakap pun kat dia aku tak boleh pergi sebab aku takut dia pujuk aku suruh pergi . dia pun merajuk . alala ~ bulan 11 ni pulak jumpa yek !

geng aunty and cousin veteran . hehe

bride to be :)


moga kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak-cucu-cicit-ciciut !
aminnn