31 January 2014

broken heart ? ALLAH is glue.

assalamualaikum



ALLAH mempertemukan kita sekali lagi, alhamdulillah ^_^
tetapi banyak pertemuan kita yang menyakitkan hati ini .
walaupun perit, aku letih mengajar diri aku untuk serik dengan semua ni
hati kita,, mudah berbolak balik .
tapi tak pa, tanpa semua ni, aku mungkin tak meraih simpati rahmat ILAHI.
aku mungkin tak kenal dan tak merasai cintaNYA yang memujuk hati aku
di kala aku kecewa sangat .
aku suka diuji, kerana inilah pertalian aku dengan ALLAH semakin dekat.
tapi, aku taknak diuji dengan dia lagi ya ALLAH :").

Maafkanlah aku lari dari kenyataan
Bukan karena aku tak punyai rasa sayang
Maafkanlah aku mencoba ‘tuk berlari
Karena satu hari engkau pasti kan mengerti

hati, mungkin ALLAH sedang tunjukkan dia kepadamu dalam sebuah satu pertemuan kembali .

24 January 2014

Tak sedar diri ?!

assalammualaikum
salam jumaat barakah , salam sayyidul ayyam :)

ni hadiah untuk awak-awak ! jaga jarak awak dan si dia hingga jadi yang halal tau .

hard note : baca dengan mata hati. bukan mata kasar yang buta menilai.

tak sedar diri kan ?
bagi seorang anak yang ibubapa hantar pergi belajar jauh-jauh , tapi anak mereka ni tak jalankan amanah yang diberi oleh ibubapa mereka , apa amanah ibubapa kita ? mereka hantar kita belajar di tempat belajar , so , belajar lah jawapannya ! tapi ramai kan anak-anak muda zaman sekarang tak sedar diri , mereka pergi setakat belajar di kelas,kuliah, malah, ada yang harus ponteng kelas bagi diri mereka ! duduk di luar, jauh dari ibubapa, makan nak cukup, malah lebih, overdose ! duit tak cukup, minta, minta, minta . kenapa duit tak cukup ? ok, hari ni pergi mall main bowlink , lusa pergi mall lagi, karoake , selang sehari pula pergi enjoy ! nasib baik selang sehari tu, ada juga yang hari-hari hari raya untuk enjoy. 

tak sedar diri kan ?
ibubapa , apabila anak-anak mereka minta duit, mereka bagi, bagi dan bagi . "oh! mak aku berduit, looks dia bank-in dah" tapi disebalik bank-in duit tu, ada ke kita fikir, letih mereka sehari-harian cari duit tu? peluh mereka bertungkus lumus dapatkan duit tu? kesempitan mereka untuk bagikan duit tu untuk kita? mereka bertengkar berdua untuk bagikan duit pada kita? tapi kita, tak sedar diri ! dapat duit, berbelanja ikut suka hati, ikut suka diri. belajar malas, makan nak cukup. enjoy cukup suka ! 

tak sedar diri kan ?
kita pergi kelas, pergi tidur! huhu . balik kelas pula, duk lepak , berbual-bual macam-macam topik dunia, bergosp, mengumpat bagai ! lepas tu tidur , bangun tidur, siap-siap pergi kelas. macam tu sehari-harian kita ? tidak adil langsung dengan pengorbanan ibubapa kita. pernah seorang motivator, panggil dia Pok Nik , aku tanyakan dia "macam mana ye tak nak bagi tidur dalam kelas?" jawapan dia mudah dan padat "awak bayangkan ibubapa awak, mereka bekerja, berpeluh, berletih hari-hari nak tanggung awak belajar, awak datang kelas nak tidur?!" dup ! tusuk jantung aku . 

sebuah kisah dari ustaz Hisyamuddin :
seorang pelajar ijazah sarjana muda telah dibuang kolej kerana pointer dia tak mencukupi standard kolej nak ! dia anak tunggal , mak-ayah dia kerja cikgu . 
ustaz : saya respect tok-nenek awak !
dia : kenapa pulak ?
ustaz : tok-nenek awak hanya petani je , tapi mampu melahirkan seorang guru. tapi mak-ayah awak, cikgu, tapi awak gagal.
looks ! tok-nenek dia petani, yang hanya tok dia bertani di kebun, neneknya di dapur dan anaknya di ruang tengah (mungkin berehat, mungkin belajar) tapi mampu melahirkan seorang guru. tapi mak-ayah dia, guru. yang selalu dengan buku, dan semestinya keperluan dia cukup, kerana dia anak tunggal dan mak-ayah dia guru yang bergaji tetap dan tinggi, tapi dia gagal. hal ini bukan nak perlekehkan mak-ayah dia, tapi dia. kehidupan dia jauh lebih selesa dari mak-ayah dia yang anak petani, tapi dia mensia-siakn keselesaan hidup yang diberi oleh mak-ayah dia.

umi,abah , mama,papa ,daddy,mummy , ibu,ayah 
telah hantar kita di tempat belajar untuk kita belajar .
mereka harapkan kita menjadi seorang berguna dan berjaya pada masa depan.
tapi berjaya ke kalau kita sia-siakan apa yang diberi ?
rugi kita ! ramai yang ambil peluang belajar, tapi mereka tak boleh belajar.
tapi kita ada peluang belajar , kita pula yang sia-siakan !

semua cakap-cakap ni dari ustaz Hisyamuddin, terasa dicucuk sangat ketika dia cakap. untuk cucukkan lagi, aku tuliskan semua yang dia cakap . buka mata hati kita, muhasabah untuk semua termasuk aku yang pemalas ni :)

18 January 2014

Pemalas tahap bukit

assalamualaiku

Allah - ALLAH - Allah 
terasa aku ni pemalas sangat-sangat .

nak telan redha too susah lagi susah sekarang, aku lagi jadi malas ! entah kenapa la erk aku makin malas, malas siapkan assigment, malas hafal, malas pergi kelas, malas pergi kolej, malas hadap dia(yang ni bukan malas, tapi meluat pulak kita) , dan malas3  ! weiiiilok , jadi gini budak ni ? malas, malas gak, nikah la ! huahaa , lagi malas je la kan ?! jadi sekarang, kena cari jalan keluar dari kepompon kemalasan . bangkit diri ! jauhkan diri dari kemalasan , sekarang musim midterm ! midterrm3 , nak ke arah 3pointer lebih kan , kena la move-on lebih3 lagi dari sebelum ni .

bangkitlah awok terr ,
bo-bo lah jadi malas , kalu malas lagi gak , duk rumoh pero lembu, kambing deh !
kalu ado hok sudi gak, nyo masuk mine buat bini la , haha