9 November 2014

tak rugi pun mengalah

assalamualaikum w.b.t


pujuklah hatimu, biarkan yang sakit, ia tetap akan sembuh .


ikut palo dio jah, buat ko ore lain ni tak dok palo
" sentiasa ikut cakap dia je, orang lain pun ada pendapat sendiri "

ya ! tak salah untuk kita selalu nak menang, tapi ingat tak selamanya orang mampu untuk menjadi yang KALAH, orang pun ada perasaan untuk dimenangkan ! bukan kerana dendam, hanya kerana orang terlalu banyak sabar dengan karenah yang melebih-lebih dalam diri kita. cuba fikir? dalam hidup ni, sebanyak mana kita menang ? kita mengalah sebanyak mana pulak ? kalau seimbang, kadang-kadang mengalah dan kadang-kadang menang, TAHNIAH ! we life in win-win life and love each others. tapi sayangnya andai kita menjadi selalu je nak menang, banyak untung kita, tapi ingat ! orang di sana mampu bertahan selamanya ke ? mampu ke kita cari orang sebaik "yang mengalah tu" setelah beliau meledak kemarahannya yang membuatkan dia pergi tak kembali ? menyesal tak kepalang la. menjadi yang mengalah, tak adalah rugi besar sangat pun, tapi dialah juara dalam kesabaran dan selalu mementingkan perasaan orang, untungnya kita !

pengalaman mengajar kita berjumpa dengan pelbagai karenah orang dan melayani mereka, adalah guru terbaik dalam hidup juga. beribu orang, beribu karenah. kalau dah nak melenting tu, cubalah jangan tergopoh melenting. try petua ni :
1) jauhi orang yang kita marah tu,
cuba sedaya upaya jugak, nanti tersembur, dah tak boleh diundur
2) tenangkan fikiran kita
lupakan sebentar masalah dengan orang tu, pergi jalan-jalan, main game, tidur, dan apa-apa je lah yang membuatkan kita tenang dan lega sikit dari yang mula-mula nak marah tu
3) fikirkan jalan penyelesaian
jangan cepat-cepat nyatakan penyelesaian, fikirkan banyak-banyak plan,
sehingga kita puas hati
4) insyaALLAH selesai :)

indahkan kalau semua manusia ni ada sifat win-win love, tapi hakikatnya hanya segelintir ! menghadapi karenah orang,ujian bagi kita. kita kena perkuatkan diri untuk lawan jadi lemah di hadapannya. ujian dari ALLAH lebih mencabar, tapi ALLAH yang beri kekuatan pada kita, ALLAH mengeratkan lagi hubungan kita dengan-NYA .
jangan bersedih ye sayang, tak selalunya kita di bawah jika kita selalu mengalah atau ditindas, hidup ni ibarat roda, kadang-kadang di bawah dan kadang di atas, akan ada jugak untung untuk kita.  ALLAH Maha Kuasa :)

5 November 2014

Jangan lama-lama merajuk dengan ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

ALLAH tahu segala kebaikan dan keburukan untuk diri kita .

Beberapa hari, aku minta sesuatu dariNYA. 
Dan hari lepas, aku cakap 'mungkin Dia nak aku minta sungguh-sungguh', 
sungguh-sungguh aku minta denganNYA. 
Bangun pagi, rasa kecewa, apa lagi perlu aku buat ? 
Kenapa Dia tak juga tunaikan permintaan aku.
 Mengalir air mata kecewa, dalam hati, 
kenapa ALLAH tak juga beri jawapan sedangkan ini untuk kebaikan aku menjaga hati dari menempah murkaNYA . 

ya ! itu tanggapan aku. aku lupa, setiap apa yang dimintaNYA, aku lambat tunaikan. setiap apa yang tak diberinya Dia ada jawapanNYA yang mana kita sebagai hamba tak tahu masa depan kita macam mana. Usah bersedih, teruskanlah hingga ke titik akhir. Merajuk dengan ALLAH tak salah, tapi biarlah berpada-pada, lagi susah kalau ALLAH tak ada dengan kita. ALLAHURABBI , mungkin aku yang merasa aku buat terbaik, namun tiadalah nilai di sisiMU kerana titik hitam dalam kehidupan ini? aku terlalu banyak meminta hingga lupa memberi. Engkaulah Maha Mengetahui segalanya.

moga hati ini cepat-cepat pulih !


2 November 2014

Dating with Mila & Azfar

assalamualaikum w.b.t

welcome November ! alhamdulillah :)
aku tunggu bulan November tau untuk post ni, haha . ye la , takut terlebih dos yang post bulan lalu di blog ni. so, aku bajet-bajet gitu . hehe

so, beberapa minggu lepas, kami dating secara rancang last minit, macam biasa. Alhamdulillah, kak pa kita pun dah start cuti semester masa tu, so, dia on je. sayangnya tak ada baby Ayu. alolo baby Ayu duduk di Johor nun jauh di sana, tak boleh la nak pergi kutip. sakit lutut ceq nanti. haha. sampai merajuk sekali dia dengan aku. tapi tak apa, insyaALLAH nati kita jumpa ye baby Ayu *yaks! aku ni dah kenapa nak baby-baby dengan budak 19 tahun tu? haha . nak gedik *..*

actually nak pergi Pantai Sri Tujuh, haha . tapi salah jalan ma, terus sampai Pantai Irama, Bachok . haaah ! Bachok pun Bachok je la, janji sampai pantai. sampai-sampai cari makan dan bertukar-bertukar cerita . banyak ! dari dulu sampai sekang . haha *bo ong kot.


















malas tulis caption boleh tak ? haha . tengah malas menggunung haih . apa yang aku boleh cakap, aku sayang semuanya . sahabat sejati dunia akhirat, insyaALLAH :)

31 October 2014

pisang tak berbuah 2 kali !

assalamualaikum w.b.t

pisang yang saya tanam je berbuah sekali, yang ummi tanam tetap berbuah dengan berpohon-pohon di halaman rumah . makan pisang je la !
sihat ? alhamdulillah ambo pun sihat walaupun diet huduh-huduh . hahaha .
kali ni nak muhasabah cinta sekejap , lama dah. 

ni ayat saya ! ni ayat saya ! hehe

baru-baru ini agak tersentap dek kata-kata seorang sahabat jannah saya, katanya "tin tak ley buat gitu, seolah-olah tin ni dah give-up dengan ALLAH untuk cuba sekali lagi" *berderai air mata. hati ni sebenarnya terlalu keras, nak masukkan peluang tu memang boleh, tapi mesti dalam dilema yang boleh aku letakkan positif-negatif 50-50%. bukan mudah nak bangkit, makan masa hingga nak jadikan aku bangkit seperti hari ini . so, lagilah makan masa nak bagi peluang lagi. ya ! aku akui aku mengaku depan Tuhanku , aku suka dia . tapi banyak aku fikir yang membuatkan aku terfikir lagi, hmm jadi tawar tetibe. sakit hanya Dia yang tahu, sakit hanya Dia mampu ubati, bangkitku jua hanya Dia yang tolong pimpin. tapi tak lupa juga, dia juga yang pertemukan rahmat ALLAH pada diri ini. alhamdulillah . walaupun beribu yang aku minat, tak satupun mampu tertaut dengan ikhlas, only crush ! hahaha . nak CHOI jugak *galoks .

absolutely yes , right ?

bukan kerana aku berputus asa dengan ALLAH, tapi aku terlalu berhati-hati untuk kesekian kalinya. ALLAH tahu . memang kadang-kadang aku nampak agak kejam untuk diri, tapi aku lebih memilih untuk tidak mencintai benda yang sia-sia. lagi-lagi soal hati . *sakit

ustazah Qamariah ada cakap hari tu :
cari orang yang sayang kita, suka kita. jangan terlalu nak yang kita suka.
maksud ustazah, utamakan orang yang nakkan kita, yang mencintai kita daripada nakkan orang yang kita cintai . haa ada 2 karakter tu, orang mencintai kita dan orang yang kita cintai ! ya . aku hanya cari orang sebegitu sebab nakkan orang yang aku suka, banyak ! hahaha *tamak. tapi setakatni mana la nak ada orang nak kat orang chubby macam aku. tak larat nak tanggung makan cheese tiap-tiap minggu . insyaALLAH tepat waktunya, sampai la tu :)


ikhlas aku cakap, aku cari yang halal, bukan 'hanya' kekasih :)

26 October 2014

mari sini Mila !

assalamualaikum w.b.t

tanggal 26 Oktober 1994 telah dilahirkan seorang mujahidah dari Tanah Merah, original mek kelate . dan telah ditakdirkan bersahabat dengannya sejak 2009 , tahun ni memasuki 5 tahun dalam hubungan . Alhamdulillah , dia lah sahabat suka , duka, yang menyakitkankan hati, yang menjengkelkan kepala otak aku, doktor nasihat di kala aku jatuh, orang yang buat aku senget di kala aku nak matang, dan yang paling penting, sahabat paling setia walaupun aku sering menyakitkan dia dengan perangai aku. sorry deh !  kalau kat sekolah dulu, suka sangat kena perli dengan Azfar yang kiteorang ni kakak dan adik, haha, aku geli wei berangkat-angkat ni sejak aku ada kes. kawan aku cakap "lembut sangat tin kecek nge mila, supo kecek nge gewe." masyaALLAH, aku pun tak sedar. ye ke mila ? haha . diiyakan kawan aku beberapa kali . *jauhi fikiran kuning

Wan Mas Syamila Wan Zaharudin ,
sanah helwah , happy birthday yang ke-20 !!!!
20 tahun dah dia hidup , haha, tapi aku yang 19 tahun ni jugak still jadi kakak dia. hahaha

sayang mila ,
moga sentiasa dalam rahmat ALLAH, tanpa rahmatnya kita tak kuat macam hari ni. kerana rahmat ALLAH aset terpenting kebahagian dunia dan akhirat, kekuatan tanpa menghiraukan yang sering menjatuhkan kita, kita ada ALLAH yang tahu segalanya . moga mila dimurahkan rezeki-rezeki kebaikan yang melimpah ruah . jadilah hafizah yang solehah, suka diingatkan lagi, senaraikan fatin dalam 50 orang yang akan ditarikkan ke syurga di akhirat nanti deh ! hehe . aminnn . moga jadi lebih solehah lagi hari ni, di samping boleh kebaikan kepada kita, pasangan akan datang pun datang yang soleh . insyaALLAH. sabarlah dalam penantian imam yang tepat ye ! hehe . thanks jadi kawan baik atau kekasih hati fatin selama ni, maafkan fatin tau terlalu banyak mementingkan diri atau menyakitkan hati mila or anything else la kerana saya bukannlah budak matang sangat nak kalah-kalah ni . haha

sayang mila :)
 

25 October 2014

cerita semester 3 !!!

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah kekenyangan dengan nasi arab kambing handmade ummi terchinta . sekarang tengah dengar ummi dan abah jadi pengulas bola JDT vs Felda . hehe , biarkan sebab itu urusan bola dorang , aku malas nak masuk campur pening-pening dengan bola . hehe . 

kali ni, beta nak berceloteh sepanjang semester 3 *chewwah sepanjang! tak ada lah. apa yang terlintas je la erk . aku pun malas sangat nak korek-korek cerita lama ni . hehe *gossip

 selfie bersama sahabat tercinta ! apa-apa masalah, banyak berkongsi, meluah dengan 2 orang mektok ni . yela, orang lain dah tak sudi dengan kita . kita budak tak boleh harap -_- . haha *ayat pasrah yang parah . haha . beta sayang tuan hamba tau , yang tu penting !

raya Aidilfitri .
alhamdulillah , pertama kali boleh buat jamuan dengan 2nd intake sepanjang 3 semester ni. macam biasa la, banyak karenah nak boleh jayakan jamuan ni. berkat kesabaran dan tak hirau kepada pembantah, alhamdulillah berjalan lancar dengan jayanya .

ini antara pwincess syariah semester 3 !
haha , secara kebetulan je bergambar ni sebab tu tarak semua . kalau boleh aku semua , jenuh nak scan jerawat macam gambar atas ni . haha *ngenak
subjek MPW 1133 @ Pengajian Malaysia
time ni exam mid-term , haha . 1st time duk atas dan boleh tengok pemandangan seluruh dewan. haha , entah kenapa jadi kankung begini . hehe . subjek ni seumpama subjek Sejarah pada SPM satu ketika dahulu, 50-50 nak suka pun. tak berapa pun kena telan jugak yep ! boleh fokus hanya dalam kelas tutorial je, jarang sekali kalau dalam kuliah macam ni. hehe *teruk
 
 this is girlprend !
suka cari baloh jah main denga kakah ni gak . haha . berjiwa kacau tapi soal meluah, halus kalah maknyah heh , hehe . sayang mokwe ketat-tat-tat .

zalina - tika - tink - mia
moga ALLAH merahmati hubungan kita . semester ni, banyak kali dapat makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu , sampai aku rasa muak dah makan ikan patin favourite aku kat sana tu. haha

itu saja gambar terpilih dalam post semester beta kali ini , beta malas sebenarnya ni, hampir sejam dah duk taip dan berhenti di post ini . haha *kalau dah malas. lagipun, handphone aku format tanpa simpan dulu gambar-gambar lepas . so, burn begitu saja . tak mo cakap banyak .
bye-bye , layan bola meta

24 October 2014

kerana aku kaki game

assalamualaikum semua 

yey ! update blog . tajuk aku tu agak over kot -.- . hehe . sebab aku ni bukan 24 jam mengadap game ye ! aku ada kerja lainnye . tapi sekali aku mengadap game , aku tak akan hirau orang sekeliling . yang kacau aku main game , memang tak lama kena sumpah dengan aku. haha . aku sangat sukakan game bila aku stress , cara mudah nak lupakan benda yang memeningkan, mengkusutkan kepala otak kita-kita tau bila main game. sebab game memerlukan fokus yang tajam untuk sentiasa menjadi pemenang atau kalah ! hahaha . tapi , aku , Fatin Nadirah , tak pernah kenal LOOSER pada diri sendiri bila main . hahaha . bila mula-mula game baru pun , aku tetap daebak ! hahaha *perasan overload .

kali ni mahu tunjukkan game yang TOP-TOP aku suka main , kalau nak list kan game dari kecik tu memang banyak la kan ? bermula dengan The Sim yang mana game mula-mula aku berebut pc dengan abang-abang aku sebab asyik dorang je main . ergh !

Pencil Pilot :

Game ni , game favourite bila buka wechat . lagi-lagi sekarang guna tab , lagi sedap pemandangan game ni. haha . selagi had hayat tak habis , selagi tu la pulun-pulun main. adik aku pun geleng kepala dengan tengok aku main . haha . tiap-tiap minggu tu memang top 1 la sokmo , tak boleh rasa duk bawah-bawah orang ni. haish ! haha . tapi kekadang kalau malas main , biar je , tapi tetap maintain top 3 ! kah3 . kalau dah hantu tu, hantu la jugak . kawan laki pun tak main macam ni . haha

the best ever my score !
 sampai kawan aku boleh cakap , GIILO ! haha . tiada kejayaan tanpa kesungguhan *chewwah, belajar lain eh ! haha . nak boleh 1700000 pun  tercungap dada . haha . fokus terrr penting !


2nd : Hay Day


game ni ala-ala Farm Ville la kalau di fb . aku suka game macam ni , ala-ala The Sim gitu . boleh decorate sana-sini , dapat duit , beli itu-ini , bekerja-bekerja untuk tambah lever . tapi 1 perkara buat aku lemah dengan game ni , ada Cadbury *babi . walaupun game je , aku sensitif dengan binatang tu. binatang tu memang kena beli, so, aku tak memilih nak belinya . bila aku balik kolej, adik aku main game ni, sebab aku tak bawa tab ke sana, only di rumah je . bila balik, aku tengok ada kandang cadbury ni, mengamuk aku . haih ! memang panas la orang kacau barang kita . terus aku uninstall, tak ada mood nak main . cuti ni baru aku install balik ! haha

3rd : BrainWars

 bagi aku game ni terbaik pada abad ni ! memang menguji otak sungguh , guna otak kanan dan otak kiri . aku cari game lain , tapi aku jumpa game yang lebih baik ni pulak . game ni baik untuk otak aku bekerja dari membeku je musim cuti semester ni . haha . kerjakan otak !

 antara game dalam BrainWars ni .
mathematic paling aku lemah , aku slow dan tak suka math ! last seen pada tahun SPM . hahaha . masuk kolej, tak ada math dah, tunggu sem 5 pulak nak kira-kira harta pusaka la.

in the wars !

jarang sekali boleh menang !
game ni kita berlawan dengan orang serata dunia tau ! game calik-calik orang yang online pada masa sama dengan kita . aku tak pernah lagi lawan dengan orang Malaysia ni . Kawan fb aku yang main game ni pun tak sampai 10 orang kot. so sad , tapi tak apa . kerjakan otak !

ok ! untuk pengetahuan , game-game di atas adalah game online walaupun install di google playstore . hehe . kalau tengah-tengah malam umi tutup suis wi-fi , memang kesian la . game memang bagus kalau pandai pilih, pilih yang mencabar gitu , yang boleh buat debar tu kencang . haha *melebih . tapi game-game aku main semua jenis debar-debar , kalau tak berdebar , cepat boring ! main sekali , dah uninstall . game baik untuk jantung dan release tension ! 




22 October 2014

Dukeng and sis mimeyy wedding

assalamualaikum w.b.t

akhirnya , saya merdeka sementara untuk sekiannya tamat semester 3 .
alhamdulillah , setelah berjuang yang tak seberapa . hehe

sekarang !!!
musim kita update blog banyak-banyak memandangkan cuti sebulan .
sebulan ! sebulan ! sebulan !
kita ambil versi throwback je , banyak yang tak update lagi .

first of all , we started my brother , Hakim which is my 2nd brother .
was married with a girl from Sungai Petani , Kedah .
alhamdulillah , pada bulan Ogos lepas telah diijabkabul di SP .
*malas cari gambar di SP , so takdak gambaq la ceq nak tunjuk na .

ceq langkau ke Majlis Persepsi sebelah pengantin perempuan
yang bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam .

bride and groom of the year :)

selain Hakim and Kak Mimeyy
turut serta , 2 abang kak Mimeyy dan pasangannya .
tahun yang sama ketiga-tiga adik beradik kahwin . hehe , suka tengok !


yang tengah always tak cukup inci =,="

completes of my siblings include ummi but no abah , no kak Sya . 

my cuzzy - muzzy on that day

mak-mak jemah yang hadir sama . hehe

 selfie cuzyy , tak lepas dengan monopod , pod3 !
 

family ghatering of the year .

insyaALLAH , sebelah lelaki , alik rumah kita tahun depan .
alkisahnya kahwin dengan pelajar , hehe
setelah hampir 2 bulan cuti semester kak Mimeyy , kak Mimeyy kahwin dan honeymoon , dia balik study ke Alaxendria, Mesir . Dentist to-be .
jadi , majlis pun kena berjarak jauh , haha .
tak apa lah , kalau dah jodoh , macam2 mana pun mesti jadi punya.
alhamdulilillah :)


4 October 2014

lawatan wartawan , 'geng kelas'

assalamualaikum w.b.t

lama tak blogging .
alhamdulillah , sekarang minggu study week .
so , minggu ni jugak , bermulanya final exam semester 3 .
berminggu-minggu berstudy , sekarang berjihad di medan exam .

okey ! minggu lepas-lepas ada pergi lawatan by group wartawan.
ala lupa nak cakap ,
aku pilih subjek pilihan untuk semester ni 
penulisan dan kewartawan 
just nak tekankan penulisan je amik subjek ni .
teringat sangat-sangat kat blog , blogging pun kena ada kemahiran penulisan kan ?
hehe .

so , lawatan kali ni hanya berlegar di Kota Bharu .
masuk 4 muzium semuanya ,
semuanya terkejar-kejar , huh ! penat .
lepas 4 muzium , hari tu jugak , berkejaran ke Pengkalan Chepa untuk ke Sinar Harian .





kalau nak upload semua gambar gak , makan beratus jugak la kena tunggu loading.
hehe , itu saja yang nak bebelkan kali ini .
salam menempuh imtihan semua ,
sep wartawan sep sporting !
trademart : report3 !
 

6 September 2014

ALLAH dan hati sama-sama tak mengizinkannya

assalamualaikum semua

sehat ?
how long i not meet my blog , really miss it . hehe


setiap yang berlaku , muhasabah diri dulu .

jangan mudah menyalahkan pihak lain .
"aku dah lama nak la, tapi sampai sekarang tak dapat pun"
"aku bukan nak yang ni"
"aku tak mintak pun jadi macam ni, dia la ni"

di setiap perkara yang kita taknak berlaku, tiba-tiba boleh berlaku
tanya diri dulu
"mana silapnya aku ya yang boleh sampai jadi macam ni?"

benda yang kita nak , selalunya tak dapat
tapi lebih banyak nikmat lain yang ALLAH telah dahulukan .
Alhamdulillah , bersyukurlah duhai hati yang inginkan rahmat Ilahi .
moga ALLAH redha :)
 
 

7 June 2014

parut yang degil .

assalamualaikum :)


sekali kita ditipu , sukar untuk kita terima lagi . tidak terima langsung mungkin !



I keep strong , because I know someone will keep me up .
Even He send the test to me through it , He never let me alone .
At any site, she just show their relationship .
When the other site I have been block him , she just try the other way. 
But I keep act likes I don't know anything . I keep acting for the stronger . 
How much difficult to face it ?
I'm still to be stronger because I want to let it go everything 
about this fool things . 
ALLAH has been prepared better than this . 
My first feeling something, not easy I forget it. 
But I'm trying so hard for the long time , almost coming 5 years ! 
I don't know what you have been story to her about me, I don't know why she keep showing yours relationship to me . 
But I want you to know, how much I hurts to face it . 
Yay ! I'm psycho . I'm psycho because two of you . 
You treats me like I don't have feeling . 
When I asking to ALLAH to forget you, I've found so many difficult to face it . 
I found your 'caring' relationship . I found your weakness . 
But it still hard to remove my feeling . What I do to keep calm. 
I'm always brainswash "I could get better than you" , "ALLAH the most important now" , "sincerely, I let it go him to you because I know about him" .

hei fatin nadirah ,
bila diri terus-menerus bertahan untuk kuat melawan semuanya , orang lain tak dapat apapun , tapi kita boleh merasa diri kita hebat dengan kemampuan diri kita sebenar ! kita adalah apa yang kita fikirkan . selalulah menzalimi ALLAH dalam setiap perkara yang kita lakukan, insyaALLAH , ALLAH ada sentiasa untuk kita, masa senang mahupun susah . bila dalam diuji, kita selalu menyeru ALLAH yang pertama, hanya Dia memberi kedamaian dan ketenangan yang hakiki . bila kita tanpa ujian, kita rasa kosong kalau kita tidak terus menyeru ALLAH. sebab tu kalau boleh, aku nak minta aku diuji tanpa henti . tapi satu je yang aku minta, ambillah ingatan aku, perasaan yang sakit ini untuk selamanya bawak pergi. ALLAH masih lagi menguji aku. setelah bertahun aku berdoa, ALLAH uji lagi dengan doa aku bila aku tarik balik doa-doa aku . ALLAH,, mohon jangan makbulkan . hati yang sakit ni hanya Engkau yang tahu . hati yang mampu membuat u-turn lagi . hati yang sedang bertahan dan berusaha membuang semuanya , aku mampu lakukannya . sem 3 masa untuk sibukkan diri semaksima mungkin ! sepanjang sem 1 aku mampu butakan mata, ALLAH mampu hijabkan aku dan dia, kenapa tidak sem 3 akan datang ? insyaALLAH , innalaha ma'ana .

ya ALLAH . . . :'(

28 May 2014

dipaksa bernikah @ dijodohkan .

assalamualaikum :)


cerpen ini aku copy dari facebook , untuk kebaikan bersama :)



Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.


Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairkan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

***

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasar latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.”

Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.

Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Saramih. Hanya itu.

Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?”

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang.

Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?”

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya, makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”

“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

***

Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jempur sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”

Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.

“Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Rudy.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Rudy memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.

***

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Rudy.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.

“Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Salman memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula.

Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?”

Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Sarimah mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.”

“Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.

“Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk

Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

***

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Sarimah sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat.

“Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah.

Tulisan: Tuan Bahruddin Bekri


*ambil manfaat darinya . aku sangat respect golongan yang tak bercinta sebelum nikah, golongan yang pandai menjaga diri sebelum nikah, sebab mereka bakal mendapat natijah yang baik dalam rumahtangga mereka . jadi, bercintalah selepas nikah . yang halal lagi diberkati ALLAH :)

20 May 2014

subhanallah . . terbentang rahmat-NYA

assalamualaikum w.b.t :)


makin ALLAH sayang kita :')

semalam aku dapat call dari senior , maybe :
senior : Assalamualaikum
aku : waalaikummussalam *dalam hati ayu ni
senior : ni fatin kan ?
aku : (haha, main-main betul, tapi layan dulu) ho-ho, fatin
senior : ok , ni kak fatin dari kias
aku : ooo, dari kias (haha, sini gabra plok)
senior : tahniah ! fatin terpilih sebagai naqibat untuk sem depan,
jadi kak nak tahu lah, fatin terima dok sebagai pemilihan ni ?
aku : errh . . .
 (eh!betul dok ni? aku nak jawab gapo? blur because xcayo la) 
aku : errmm , gini la kak bagi saya maso boleh dok ? haha
senior : ok ! boleh , tapi kak harap sangat jawapan tu boleh la
sebab awak ahli usrah Kak Suri kan ?
aku : ho , kak Suri . insyaALLAH kak
senior : kalu boleh bagi jawapan sebelum pukul 9 pagi esok deh .
aku : insyaALLAH kak
senior : ok ! tahniah sekali lagi . ok, assalamualaikum .

ok ! memang tak percaya tetiba je aku terpilih sebagai naqibat , alhamdulillah :)

sebab aku minta masa untuk bagi jawapan tu, sebab aku rasa macam tak layak je nak jadi naqibat, aku pun banyak kekurangan yang aku lebih-lebih baiki, nak bimbing orang pulak ? tapi , ada juga supporters aku . dan yang paling penting, mampukah aku ? subhanallah , inilah jalan-jalan telah ALLAH bentangkan buat aku . dalam cuti ni, memang banyak aku motivate to myself yang aku nak berlapang dada je dengan orang-orang lagi-lagi orang tu dan sedaya upaya memberi layanan terbaik untuk jadi baik pada diri sendiri , lagi-lagi orang lain ! terlalu rasa diri ni banyak hipokrit sehingga diketuk dengan kata-kata "kalau kita pura-pura baik, kita akan dapat orang yang pura-pura baik, kalau kita betul-betul baik, kita akan dapat yang betul-betul baik" . ya ! tersentap sebab aku terlampau berpura baik dengan dia, sedangkan dia boleh anggap aku kawan, dan aku sendiri boleh berkawan secara baik dengannya . ALLAH telah bukakan jalanNYA untuk aku meneguk rahmat-NYA . ALLAH bisikkan , tak ramai yang dapat peluang ni . ALLAH pimpin aku sebagaimana yang aku nak lari dari benda kekusutan yang hari-hari benda sama je bersemak di otak aku . semakin kita sibuk di jalanNYA, semakin kita kesuntukan masa untuk menambah dosa . 

jawapan kepada kak senior tu :
kak , kiro mudoh-mudoh la, confirm jela saya naqibat
senior : alhamdulillah, moga ALLAH permudahkan segala urusan

ALLAH sentiasa ada untuk aku untuk jalan ini , untuk membantu aku . apa yang kita nak tak selalunya ALLAH makbulkan, tapi ALLAH sediakan jalan-jalanNYA yang tersendiri hingga kita ikut jalanNYA , kita rasa kita dapat lebih dari apa yang kita minta dari ALLAH :)

doakan aku ya !

19 May 2014

had been publish on youtube

assalamualaikum ,
post ini post yang tertunda pada lamanya .
sebab kes malas yang membuak-buak oleh Fatin Nadirah . haha

so, minggu lepas telah dipublish

Tak perlu heboh :

Tak perlu nak di heboh heboh yang kau muslimah bertudung labuh,

Tak perlu nak di hebah hebah yang kau sorang muslimah berpurdah,

Gambarmu tak perlu ditayang tayang menjadi tatapan yang bukan mahram,

Gambarmu sebaiknya disimpan menjadi tatapan yang layak pandang,

Jika hijrah mu kerana Tuhan tak kau hiraukan pujian orang,

Jadilah muslimah yang mengejar jannah bukannya mengejar dunia yang mehna,

Jadilah muslimah, yang menjaga maruah, seorang muslimah yang solehah .




Kasihani kaum adam :

kasihani kaum adam
yang telah banyak terkorban
dari aura si perempuan
yang dari pandangan

kasihani kaum adam
yang menjadi tarikan
yang terjatuh ke lembah neraka
jahannam

mata . . . tak perlu bermaskara
celak . . tak perlu berbunga-bunga
hingga sampai hujung telinga

jangan lupa tutup aurat
baju itu jangan ketat
tudung pula jangan singkat
tolong jaga ikhtilat

tak perlu pakai wangi2an
tak perlu pakai bau2an
sudah dijelaskan di dalam al-quran
kita harus tutp perhatian


lagu ini telah dinyanyikan oleh Cik Krik3 , dengan bantuan kawan saya, Haziqah . entah kat mana la kan dia rembat ?! tapi xkesah . sebab lirik dalam lagu beliau, terkandung nasihat yang mendalam untuk kita-kita, terutama gadis :)

le enjoy ya ! ~