26 May 2013

pengalaman berharga

Assalamualaikum.

   minggu lepas aku telah menjadi 'cikgu' sukarelawan sekolah rendah Sri Al-Anuar . ingat kan jadi fasi je . hehe , masih awal lagi diri ini mendapat title 'cikgu' . puas aku ajak kawan-kawan aku teman aku pergi sana , semuanya sibuk , ikut hati tak nak pergi je tapi fikir tak ada kerja duduk rumah , pergi sana sekurang-kurangnya boleh duduk tepi pantai . Kak Za sekarang ni mudirah sekolah sana , so beliau lah telefon aku dan suruh aku tolong dekat sana.  

    Pergi la jugak walau tak ada kawan , tapi berkawan dengan cikgu pulak . heee . aku panggil cikgu-cikgu dengan panggilan cikgu tapi dorang bahasakan diri 'kak' pulak .haha . mereka anggap aku ni cikgu jugak . malu saja , duduk chalet pun taraf cikgu dah , tak macam dulu yang masih lagi pelajar , duduk ramai-ramai dalam bilik biasa saja . hehe . layanan cikgu-cikgu pada aku pun sangat baik , selesa sangat . 

   Sekolah ni tak pernah buat program kat luar , kali ni sambut hari Ibu & hari Guru di luar , sambut hari ibu sebab semua guru sekolah ni perempuan . so , hari Ibu la . hehe . program ini juga dimasukkan dengan program Qiamullail yang memang setiap hujung bulan akan buat , kali ini adik-adik kita dapat merasa Qiam di luar ye ?! bila dengar mereka dah diajar dengan berqiam seawal umur 7-12 tahun , jealous nye dengan apa mereka diajar . seawal umur tu sudah dididik bangun qiam , in sya ALLAH melekat dalam hidup adik-adik ni sampai ke dewasa , melentur buluh biarlah dari rebungnnya . hehe .

pada petang tu , lepas asar diadakan pertandingan membuat kad hari ibu dan melukis keindahan 
alam ciptaan ALLAH .



favourite view , duduk tepi pantai menikmati angin petang . subhanallah

Rejab , anak bongsu ustaz Nik Rahim 


pada malamnya , diadakan perasmian program & pertandingan nasyid . 



















program keesokannya aku tak snap picture . sebab aku tak boleh tinggalkan kerja aku sebagai pengadil yang mencatat markah-markah sukaneka adik-adik . adik-adik asyik datang nak tengok je markah . macam-macam cakap dengan dorang

budak lelaki : cikgu-cikgu , gano nok kiro ni ? 
aku : tengok la hok mano banyok no 1 , hehe
budak lelaki : acu cikgu kiro .
aku : tak tahu la , samo banyk jah ni kuning nge hijau
budak lelaki : hok'aloh , kito nok mene , sero-sero hijau dok ?
aku : to tahu la tu .

datang cikgu dorang , cikgu halau dorang . haha . suka la bercakap dengan dorang .
 ada tu yang tanya aku

budak lelaki : eh , cikgu ko ni ? (dia cakap dengan kawannya)
aku : haha , tak yoh la panggil cikgu , panggil kak jah
budak lelaki : aku oyak doh ko mu , buke cikgu .

  macam-macam ragam boleh jumpa , bila naik bas , tak boleh duduk diam , jalan situ jalan sini . semasa sukaneka yang tak ambil bahagian tu , main lari hujung sampai hujung pantai . ada yang duduk atas tayar , eh tiba-tiba bontut budak tu melekat dalam tayar , haha . cikgu tengok cikgu gelak and biar je budak tu apa yang cikgu kata "hah ! biar dia duduk situ , cikgu tok sey tolong awok" haha , last-last budak lelaki tu dapat membolos diri . haha , suka dia . macam-macam nakal budak-budak ni . yang paling lucu sekali , masa tu dah sampai sekolah dah , angkat barang apa lah . 

b.lelaki : dok maye zohor lagi nih , nok g maye eh
(aku angkat barang , dan aku masuk la dalam sekolah , nak susun barang 
b.lelaki : oloh ! busuknyo , sapo ketut ni ?!
( sambil-sambil hidu belakang kawan-kawan dia)

haha , aku tak tahan la duk gelak dengan dorang , suka sangat tengok mereka , ingat lagi nak solat walaupun letih bermain pada paginya , tak perlu disuruh dan dipaksa , masyaALLAH itulah cara didikan islam yang kecil-kecil lagi mampu ditanam dalam diri adik-adik ini , memang indah dipandang . kalau aku ada anak sekarang , aku nak didik macam cikgu-cikgu di sana didik anak-anak ini macam anak mereka . walau nakal , walau buat salah di bibir mereka tetap bernasihat dengan perkataan "sayang . . . jangan(bla, bla, bla)" . sungguh tak pernah aku tengok sebagus ini cara didikan . mungkin sebab aku jealous jugak dengan adik-adik ni , sekolah rendah di sekolah agama yang cukup baik didikannya .

sebelum balik , jumpa Kak Mayyah , dia ucapkan :
terima kasih banyak-banyak fatin sebab mari tolong . semoga ALLAH membalas jasa baik fatin 
di dunia & akhirat .

in sya ALLAH , sebak rasa meninggalkan kenangan 2 hari 1 malam . hehe

masih menunggu jawapan

Assalamualaikum w.b.t


UNISZA atau KIAS atau KUIS ?!

semuanya tempat belajar , tempat menuntut ilmu . tapi ALLAH knows the best . 
aku berserah kepadaNYA di manapun takdir aku . as long as i always with HIM . ada juga yang memaksa aku , bertahun-tahun aku memaksa diri aku supaya bertahan dengan kehendaknya , kali ini biarlah aku pula yang berkeras untuk masa depan aku . aku nak ikut petunjuk istikharah pula . sehinggakan kita korbankan perasaan kita pun , orang tetap tidak puas hati dengan kita kan ?! mereka bukan berdiri di tempat kita . mereka tidak tahu apa yang kita tanggung . peritnya menunggu jawapan , He knows the best :')

23 May 2013

tawaran yang ditunggu telah sampai

Assalamualaikum 

i got this today .

pagi-pagi dapat panggilan :

kerani : assalamualaikum , saya dari KIAS , nak tanya surat tawaran kepada
fatin nadirah sampai dah ?
saya : surat kepada fatin nadirah ?
kerani : ye , ada sampai surat tawaran ?
saya : tak ada pun .
kerani : tak ada ? ooo , ok tak pe la.

letak telefon , pelik betul , aku buat permohonan online yang tarikh tutup ke dorang tolong adjust ? kalau dekat karnival di stadium , dorang just bagi surat suruh isi dekat rumah and kena pergi hantar ke KIAS sendiri . pelik bin ajaib ! nak cakap kat syamila , tapi tak jadi la pulak .

tengahari , matahari duk atas kepala . pik-pik surat sampai !

surat tawaran KIAS !

itulah kalau dinamakan rezeki , ALLAH sediakan tempat yang baik . awal-awal dulu , ada terdetik di hati nak apply KIAS tapi ada something yang membelenggu dalam otak aku sehingga la aku tak bersungguh-sungguh nak dapatkan tempat di KIAS . tapi bila kawan-kawan aku ramai yang apply sana , terbit JELLY dalam diri aku . punya lah kalut-kalut nak apply . bila buka laman web , dorang suruh print borang dan pergi hantar ke KIAS ( malas la pulak nak pergi KIAS kena hantar borang bagai ) haha . hampir setiap hari duk persoal dengan syamila yang bakal budak KIAS , confirm masuk dia ! tapi last-last senyap macam tu aja dan hari ni adalah jawapannya . heee ~ alhamdulillah , course sama je dengan course yang aku minta di UNISZA , tapi nak tunggu keputusan rayuan UNISZA dulu :)

17 May 2013

tidak berjaya ke IPTA

assalamualaikum :)

sedih tak terkata
mula-mula tengok hati menangis , kali kedua tengok , air mata yang jatuh ! kenapa ? kenapa ? aku harap dapat ke UNISZA dengan course syariah je , yang syarat kelayakannya hanya 3 kredit dalam subjek PSI & PQS . tapi hampeh , ummi aku terus tak puas hati bila aku jawab tak boleh . aku pelik la , macam mana ye dia ambil pelajar ke IPTA ? budak yang dapat 1A boleh ke IPTA sedangkan budak Selangor yang straight's A , tak boleh ke IPTA . adakah kerajaan mengambil sedikit saja pelajar di negeri pembangkang ? lagi-lagi negeri kelantan , yang ramai pelajar pandai-pandai kan . atau melihat ada nama sekolah aku , MAAHAD DARUL ANUAR "ooo , sekolah tok guru ni , ban-ban" haha . mmm , kalau nak balas dendam it's ok , esok-esok kita akan melahirkan pemimpin yang suka buat kerja 'bodoh' , dah tak nak bagi peluang dulu kepada budak-budak yang layak ke IPTA . mereka buang kita ke IPTS , kita masuk dalam 'tempat pembuangan' tu , dan kita bangkit menjadi pemimpin pada masa akan datang .


dalam dunia ni , belajarlah mana-mana pun
asalkan ilmu itu kita peroleh :)

sebagaimana pembangkang kalah dalam PRU13 , ramai penyokong , jadi ramai yang kecewa , perasaan itu aku rasa sekali lagi pada hari ni , bila tak dapat masuk ke IPTA . it's ok , orang yang sentiasa berdamping dengan ALLAH , ALLAH tak pernah sia-siakan , bukan rezeki lagi , sebagaimana PAS belum dapat lagi memerintah negara ini , itulah juga nasib aku , ALLAH belum beri lagi nikmat tu , ALLAH menyeru kita mensyukuri nikmat-NYA yang telah diberikan dan perbaiki diri . apa-apapun semoga berjaya buat semua yang masuk ke IPTA , IPTS , IKM , IKBN , POLITEKNIK , tingkatan 6 , STPM dan mana-mana pun belajar ~


 ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar
Al-Anfal:66

14 May 2013

makin chubby boo

assalamualaikum :)

hari ni hanya nak berceloteh pasal aku , aku yang makin gemuk !
oh ! nooo
bila timbang , angka depan dah nak mencecah angka 7 . 
haha , pening , stress .
dalam cuti panjang sangat-sangat ni , aku tak kerja , aku tak aktif
tak aktif macam duk sekolah dulu , yang mana aku suka sangat pergi pejabat la , bilik guru la and yang favourite place adalah pergi fotostat , haha , ngorat kak kerani :)
aku ni mengalahkan ketua kelas meround sekolah ,
haha , ketua kelas aku relax saja , aku yang amek tempat . 
janganlah kata aku ni gila kuasa ^_^
kadang-kadang aku saja je malas belajar , terutama bahasa arab . haha
sampai berpeluh-peluh kadang-kadang tu pergi buat kerja luar kelas .
saat tu suka sangat , tapi tak suka dengan budak lelaki sekolah aku .
sekarang semua tu dah tak ada , dah tak boleh nak jalan-jalan pergi sana-sini .
tunggu masuk U pulak , lagi jauh berjalan :D
tapi itu soal bulan depan !
sekarang ni , aku hanya penganggur yang paginya membuta hampir tengahari
tolong ummi sapu rumah sikit
berfacebook , blogging , vlogger , tweet sikit-sikit
petang sambung tidur
malam sambung facebook + tengok movie + tengok tv
tengah malam , kalau bukan pukul 12 setengah keatas memang tak tidur 
duduk rumah sangatlah bosan .
sehinggakan , dapur itu favourite aku 
ummi suka masak sedap-sedap , baru je nak berazam diet
lamp-chop dimasaknya
baru je nak berdiet , aiskrim magnum abah aku beli .
ayoyo ! dugaan la macam ni .
hanya puasa yang boleh control , control sampai maghrib je 
lepas maghrib , dapur i'm coming , eeee , tension !
lagi tension bila baju semakin ketat dan orang tegur aku gemuk :3
tahun ni abang aku nak kahwin , lagilaa aku fikir dengan chubby ni .
sebab family akan berkumpul , dan orang ramai akan datang ke rumah
aku tak boleh control makan la bila duduk rumah 
sedih weh , kasihanilah aku ^_^
kalau nampak berisi ok lagi , ni nampak gemuk . gemuk !
not my taste .


tak pe lah , sekadar meluah je ,nak pergi tengok bola , go TRW :)
piya ! piya tu ~


13 May 2013

labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dada , bila lelaki bersoal

Assalamualaikum ala muslim wal muslimah :)

hari ni aku nak post satu benda , kalau bagi orang sensitif maka sensitif lah isu ini . post ni aku pungut dalam fb , dalam satu group yang aku & hampir seluruh negeri ni Malaysia join . group ini sangatlah aktif dengan macam-macam perangai boleh jupe , happy sangat ! tapi ada jugak over . selalu juga aku lepak di sana. hari ni aku tertarik sangat persoalan yang open-minded(bagi aku la) dilontarkan oleh seorang lelaki , beliau hanya bertanya :


ada yang mengutuk dia yang dia ni buat persoalan yang memalukan kaum adam & hawa , ada yang suruh delete post ni , ada yang perli dia , dan tak lupa juga ada yang bagi pendapat . dalam soal ni , memang malu sebenarnya , kalau tak malu , hah ! tak tahu la mana perasaan tu pergi kan ?! tapi tak pe , anggap je satu soalan yang memerlukan jawapan sebagaimana beljaar fekah dengan ustaz bab-bab wanita .bagi aku , aku suka soalan dia , kerana dia berani persoalkan , open-minded ! kalau dia menggatal , tak begitu soalan dia . dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa , kedua-dua golongan mereka bersalah . aku telah post pasal melabuhkan tudung ni dalam awal tahun ni , (klik sini untuk baca) , aku post kali ni sebagai ulangan :)

     bagi kaum hawa , perempuan atau muslimah . 
ALLAh telah memerintah kita supaya melabuhkan tudung menutupi dada . 

ya , telah diperintah oleh ALLAH bertahun-tahun lalu yang lalu .
sebelum nenek - ummi/abah - kita lahir lagi ALLAH dah perintahkan kita
ALLAH Maha Mengetahui .
jangan ditanya kenapa kita diraba or yang lebih teruk lagi apabila terkena,
tapi tanyalah kita , sudahkah kita ikut semua perintah-NYA ?!
kelemahan wanita atau strategi syaitan yang pertama adalah hanya
 dengan menggagalkan wanita menutup aurat dengan sempurna ,
maka yang strategi lain yang syaitan aturkan akan jadi mudah .

bagi kaum adam , lelaki atau muslimin :

lowe your gaze !
yes ! that's the point .
ALLAH suruh juga kaum mereka menundukkan pandangan ,
naiknya syahwat lelaki hanya dengan pandangan .
hebat syaitan ni tembak mata kita dengan hanya pandangan .
oleh itu , ALLAH Maha Mengetahui ,
awal-awal lagi telah diperintahkan-NYA menundukkan pandangan .
lelaki hanya tidak menjaga pandangan , maka mudahlah syaitan menjalankan
strategi seterusnya merosakkan iman anak-anak adam.


sekadar ingatan bersama , aku pun belum perfect menutup aurat ,
 masih belajar , tegur saya jika saya terus lagha ^_^

8 May 2013

Malaysia ku kini

assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selesai sudah dengan PRU13 dan negara akan dimerintah oleh BN sekali lagi . kita saksikan 'persembahan' mereka sekali lagi . begitu banyak tipu muslihat PRU13 baru-baru ini . fakta bukan auta , pembangkang begitu banyak penyokongnya dari BN tapi sayang BN jugak yang memerintah lagi negara ini . selepas PRU13 rakyat di negara ini seolah-olah 'berkabung' , sedih dengan keputusan PRU13 yang pembelot , amanah diberi kepada SPR pun tak boleh pakai , entah apa la disuapnya .

Sekarang , kita akan menikmati kos sara hidup yang tinggi bila BN memerintah . aku sangat kesal sekali dengan yang kena 'suap' dengan BN undi meraih undi , RM500 diberi beserta angkat sumpah & surat untuk mengundi mereka . boleh dikatakan majoriti mereka adalah melayu . tanpa kita sedari , melayu di negara ini mudah sangat terpedaya , bila diberi BR1M 2x , pakat-pakat pangkah mereka ! sedangkan dekat-dekat dengan mengundi baru nak bagi , selama 5 tahun , apa yang kita kecapi ?! hanya menjadi kuli bayar minyak naik dan barang-barang keperluan lain naik . tanpa kita sedari juga , kaum cina majoriti mengundi pembangkang , mereka mudah 'celik' dengan permainan kerajaan kita pada hari ini , tapi malangnya melayu yang berasal di negara ini sungguh 'celik' makan permainan mereka . air liur terleleh-leleh tengok Rosmah shopping  barang berpuluh ribu , berjuta dengan duit negara , masih sokong lagi ?! sedangkan kita , royalti negeri Kelantan tidak diberi , kos sara hidup makin naik , bayar tol , cukai jalan , pendidikan , bil elektrik , barang keperluan naik . dengan RM 500 yang disuap masa mengundi dan BR1M RM1000 akan diberi lagi , gunalah untuk 5 tahun BN merintah ni . Rm 1500 untuk hidup 5 tahun , bayar la barang-barang yang naik tu ,  sokong sangat kan ?! ahli-ahli SPR yang subahat memenangkan BN pun sama la , majoriti melayu yang 'celik' makan permainan BN . pemimpn sedang bermewah , kos sara hidup kita meningkat , hutang negara juga meningkat . nikmatilah ~

Sedangkan apa yang akan pembangkang lakukan kita tak tengok lagi , tak bagi peluang . apa yang mereka nampak dan cakap , "contohnya kelantan negeri miskin , ada pembangunan sepanjang pas memerintah ?! setakat sikit-sikit tu ada lah , air tak ada . . . (bla..bla..bla)" hmm , nak tengok Pas memerintah , tengok Kelantan . tipu la Kelantan tiada pembangunan . kalau tiada pembangunan , mengapa masih ada lagi pelancong warga asing datang ke sini ?! Pas atau pembangkang , aku ingin sesekali merasai mereka memerintah negara ini , mereka akan menjalankan hukum hudud yang mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini , bukan menghukum orang yang tidak bersalah macam ISA tu , tanpa siasatan ! seterusnya , tol akan dihapuskan . Pinjaman PTPTN beribu-beribu jadi biasiswa . harga minyak turun . negeri yang jumpa minyak dapat royalti . royalti Kelantan RM 12 billion tidak bagi lagi tu ! dikatakan oleh penyokong kerajaan hari ini kepada penyokong pembangkang "jangan diberi datuk seri BR1M kepada mereka , mereka ni tak reti berterima kasih " rezeki rakyat ALLAH yang bagi , bukan Be END !

so , rakyat MALAYSIA ,
selamat membayar hutang PTPTN
selamat membayar saman AES
selamat membayar tol
selamat menikmati kenaikan harga minyak & barangan
selamat menikmati keborosan Rosmah
dan macam -macam lagi selamat yang TAK selamat ~


selamatkan MALAYSIA weh , PRU14 to be continued ~
aku gi ngundi nanti PRU14

6 May 2013

Ustazah Fatimah Syarha di ikim setiap minggu

assalamualaikum w.b.t


dengarkan ya !

Ustazah Fatimah Syarha telah mendapat tawaran untuk mengisi segmen REMAJA di radio ikim
setiap hari selasa , 10 malam
in sya ALLAH kita pakat-pakat dengar ye .

ikim.fm online di sini

di rumah aku susah nak cari siaran radio ikim ^_^

sedih dengan masa depan .

assalamualaikum

double klik untuk tumbesaran
bila semak ni , sebak di dada hanya ALLAH je yang tahu . 
tapi nasihat ummi :
 " tak pow , hok ni tok leh in sya ALLAH hok lain boleh "

blackout mood !

sedih juga , tak ada rezeki lagi merasai perintahan Islam di negara ini .
apa-apapun Kelantan tetap Kekal .


Al-Syahid Sayyid Qutb berkata :
 "Kegelapan adakalanya berpanjangan namun ia tidak akan berterusan selamanya ,
Kebenaran adakalanya lemah namun ia menang sepanjang masa"

nantikan PRU 14 . . . to be continued

5 May 2013

kalau sayang , jangan rosakkan ;)

assalamualaikum w.b.t

subhanallah , indahnya bunga ini .
suka sangat bunga rose !
bau wangi , kelopaknya unik sangat bagi aku .

sebelum aku bercerita lebih panjang , sila baca dulu artikal yang aku copy dari facebook :

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

kalau di sekolah dulu , time jadi budak nakal dan terlibat dalam masalah couple ni , cikgu selalu salahkan perempuan yang memulakan ke jalan couple tu . masa tu angguk je apa cikgu cakap , belakang cikgu "heleh! kalau lelaki tidak minta couple , ada kita terhegeh nak couple ?! bukti jelas" jelas buktinya. semenjak dengan kes tu , aku mula sedar dan betul cakap kebanyakan orang , lelaki suka main-main dalam hubungan . bila si perempuan sayang dekat dia , senang je dia tinggalkan . sungguh mudah permainan mereka ! betapa ramai lelaki yang suka mula-mula berkenalan hingga couple , tapi berapa ramai saja yang serius sampai kahwin? terang lagi bersuluh dengan touchlight ! suka jadi player ye ?! memang wanita ni dikurniakan 1 akal 9 nafsu  manakala ALLAh mengurniakan lelaki dengan 9 akal 1 nafsu . tapi sayang yang 9 akal ni menggunakan akal mereka untuk menjadikan perempuan sebagai hiburan saja , bukan mahu melindungi sebagaimana Nabi S.A.W melindungi kaum hawa . astaghfirullah ! aku sedih sangat bila lelaki yang suka sangat minta couple ni , panggil orang yang bukan halal baginya 'sayang' untuk membuatkan si gadis betul-betul terkena dengan mainan mereka , sedih kerana inikah bakal khalifah kita ?! masya ALLAH sungguh murah permainannya . couple bagi perempuan satu hubungan yang melibatkan perasaan , tapi lelaki ?! mungkin hanya satu hiburan saja . aku cukup tak suka kalau ada lelaki yang suka mendesak seorang perempuan , contohnya , di FB tiap kali online mesti sapa , tapi kalau berkali-kali orang tak balas jangan lah terus mendesak untuk dilayan ! aku tahu apa yang aku tulis ni bukan semua lelaki yang menggatal or seorang player . 

jadi ,
 sebagai seorang lelaki yang mempunyai 9 akal 
haruslah membimbing , menegur , mendidik , memberi peringatan & apa yang berkaitan 
kepada wanita yang 1 akal ini , bukan dengan mengambil kesempatan & selalu ingin merosakkan wanita . jangan rosakkan wanita jika tidak mahu mengahwini mereka walaupun seungkap perkataan .
kepada perempuan pula ,
jangan mudah menerima cinta lelaki yang bukan halal untukmu , lelaki yang jujur adalah lelaki yang benar-benar ingin mengahwini dirimu bukan menawarkan cinta tanpa mempedulikan syariat ALLAH.
 jika awal-awal lagi sudah menawarkan cinta tanpa ikatan sah di sisi ALLAH ,
mampukah mereka menjadi imam kita bila sudah berkahwin ?
mampukah mereka membimbing kita ke syurga ?



 


ulang ayat !
Lelaki iaitu SUAMI (bukan status boyfriend yang tidak halal itu)
itu pelindung bagi Perempuan iaitu ISTERI 



kelmarin , ada yang datang berkempen ke rumah aku , seorang perempuan berpurdah edar risalah,dua lelaki  muda tengok-tengok dia dan tolong sikit, aku baru je jemur kain dan terus pergi ambil risalah tu
tetiba :
lelaki : eh ! fatin kan ?!
aku : hah ?! dok la , ado duk dalam rumah . kejap nak panggil
aku : fatin !! ooo fatin !
masuk rumah , aku cakap kat adik aku suh cakap fatin tak ada kat rumah
lelaki : hmm xpo la , mari edar goni jah bena , (bagi lagi risalah)

haha ! agaknya kawan sekolah rendah aku rasanya. aku ada kembar lah , kau panggil kembar aku lah . haha , biar tak wujud pun ! trauma lah lelaki datang rumah , nak jupa saja-saja ni . tak pasal-pasal dapat saham dengan ummi . semenjak aku dapat result , ummi dah bagi kepercayaan dan izin dekat aku untuk pergi ke mana-mana je dengan mudahnya . tak macam dulu , susah nak keluar ! aku tak nak hancurkan kepercayaan ummi yang begitu payah aku cari .

2 May 2013

hanya selangkah saja lagi

assalamualaikum w.b.t :)

alhamdulillah tercapai jugak , sebelum masuk universiti ada ikatan :)
hanya selangkah lagi .
in sya ALLAH ;)

double klik untuk tumbesaran 

yey ! hanya selangkah saja lagi nak masuk universiti .
dalam cuti panjang sangat-sangat ni , aku tak buat persediaan masuk universiti pun .
haha ,  hebat tak ? biasa je . heee
ok , kali ni aku nak cakap matlamat seterusnya saya .
terlalu banyak universiti / kolej yang boleh dipilih dalam dunia ni .
kalau oversea tu memang tak payah cakap lah ,
ummi tak kasi pergi and kekurangan kewangan untuk menaja diri . heee
excited pulak rasa nak masuk universiti , kolej pun jadi la . 
mana-mana rezeki , besyukur seadanya .
tapi dah letak sasaran dah .

first sekali is Maktab Perguruan :
alhamdulillah tahun ni permohonan ke maktab dibuka semula untuk pelajar-pelajar spm yang hanya meletak syarat 3 cemerlang dan beberapa kredit dalam keputusan SPM . dan kategori pelajar cemerlang 9A keatas dalam permohonan lain . in sya ALLAH aku dapat nanti . semakan keputusan minggu depan . jurusan aku pilih dirahsiakan tapi 2-2 bidang yang aku pilih sama dengan Salma , harap dapat tempat sama . hehe , panjang pulak jodoh aku dengan dia . nanti dapat keputusan minggu depan , aku cakap lah .  antara sebab aku pilih maktab sebab lepas habis belajar confirm dapat kerja di mana-mana sekolah rendah kerajaan , haha , pilih  kerja mudah . aku perempuan bakal seorang isteri dan ibu , chewah ! aku nak spend masa lebih di rumah , mengajar budak-budak sekolah rendah cukuplah tu, lagipun husband aku pun kerja jugak nanti. kerja besar dan gaji besar pulak tu , cewwah ! haha , in sya ALLAH .  yang kedua , ustaz aku cakap dapat elaun sepanjang pengajian. huhu , malas terlibat dengan pinjaman PTPTN . 

second choice , UNISZA :
ha ! yang ni IPTA . so , kena tunggu UPU la , keputusan minggu ketiga bulan ni . kat UNISZA aku ambil course pengajian Syariah . aku semak kelayakan course apa yang aku boleh apply dengan result SPM aku hari tu , aku layak ambil course syariah so , aku apply la . in sya ALLAH aku sambung UNISZA andai tiada rezeki di maktab dan kalau ada rezeki dalam course syariah , diploma terus . tapi nak masuk UNISZA jugak sebenarnya kalau UNISZA boleh , dan maktab pun boleh . sebab UNISZA kan semestinya suasana alam UNIVERSITI yang sebenarnya , kalau maktab belum tentu lagi kut macam mana suasananya . kalau maktab dan UNISZA dapat , UNISZA yang aku pilih . atau istikharah jawapan menunggu :)

third choice , KUIS :
pilihan terakhir dan in sya ALLAH confirm boleh dah yang KUIS ni , dah dapat dah surat tawaran.  kena ambil asasi dulu la . asasi Pengajian Islam dan seterusnya diploma , Syariah & Perundangan Islam . boleh jupa Diba . hehe . tapi KUIS pilihan terakhir setelah tak ada rezeki di maktab or UNISZA

 kalau ikutkan hati ni , kalau aku nak ambil bidang Syariah , aku sambung di KIAS pun boleh jugak . bukan 'sebab' selain belajar ye ! jangan  salah anggap . heee . aku fikir pendek je , dekat dengan rumah , boleh balik every week. haha . tempat belajar dekat . hehe , tapi bila dah masuk alam universiti ni , aku nak belajar jauh-jauh la pulak . berdikari jaga diri . berdiri di kaki sendiri ! so , nak pergi belajar jauh-jauh la , sekurang-kurangnya Terengganu tu . sejauh-jauhnya , JORDAN ! haha . in sya ALLAH sampai Jordan , walaupun bukan pergi belajar .