19 March 2015

diet yang memudaratkan

assalamualaikum w.b.t
sihat semua ? alhamdulillah kembali blogging la ambo. lamo doh tinggal, bila baru bukok sakni, tengok-tengok last update ambo bule 11 tahun lepah. banyak masalah sikit sejak kebelakangan ni, terutama lappy ambo sokmo berona. ni pun skrin relai, tapi takpo, boleh nulih lagi untuk blog terchinta. hehe. jangan ingat ambo tutup doh blog ni. dokkey nak uat gitu, blog ni sapa ambo dapat jodoh deh, lepas dapat jodoh, dapat anok dan seterusnya. aiwah ~

pehe dok gapo penulih duk bobe-bobe tu ? pilih lah aku . haha

Sejak kenduri di rumah aku berlangsung sempena perkahwinan Abang Keng aku, aku ikhtiar mengamalkan diet. aku kurangkan makan nasi, aku tak amik makan malam, sebolehnya banyak makan sup, and lain-lain rutin. tapi seminggu ke dua minggu lebih aku duk amal kurangkan atau kawal pemakanan aku, aku jarang-jarang rasa mual, rasa tekak ni ada angin je, macam dah pregnantcy pulak. aku jumpa doktor, dan doktor isytiharkan aku ada masalah GASTRIK ! OMG, balik dari hospital, makan ubat, lepas sehari ke dua hari, macam tu la, aku muntah seharian. dari tengah malam hingga ke pagi, aku tengok makanan pun rasa nak muntah even aku tak makan pun, bila makan semua nak memuntahnya balik walaupun minum air mineral ! masyaALLAH, rasa menyesal je time tu. ALLAH dah kasi kita badan cute-cute bam-bam, kita kutuk diri sendiri hingga menjemput sakit. itu peringatan ALLAH untuk aku. lepas peristiwa tu, aku dah berdiet tak dah dan langsung tak kawal pemakanan sehingga harini. walaupun kadang-kadang aku rasa mual tu datang, aku ikhtiar cari apa-apa makanan untuk hilangkan angin di tekak aku. aku tak nak ulanginya lagi. memandangkan aku ni mahasiswi yang tak cakna masa makan, aku dapat la gastrik. bila pagi-pagi tak ada masa untuk fikir makan melainkan sampai kelas, time belajar mintalah nak makan itu-ini. atas nasihat umi, aku mula makan pagi dengan makan biskut jacob 2 keping setiap pagi. umi aku pesan lagi "makan kurma lah pagi-pagi, aco tengok ore poso, mana nak ada gastrik, makan pagi dan malam tu penting, tengahari nak diet pun berpada." hikmah ALLAH jadikan tenaga dari kurma dan sunnah puasa itu sendiri ada hebatnya, subhanallah . aku diet tu, turun la jugak 2kg, tapi sekarang dah dapat balik 2kg aku. dah ALLAH sayangkan aku dengan badan macam ni, aku redha. pemakanan yang seimbang tu lagi penting dari makan itu tak boleh, makan ini pun tak boleh. hehe. bersyukurlah kita seadanya kepada ALLAH ;)