30 April 2014

aku serik , jadi aku ingin jalan sana ~

assalamualaikum w.b.t :)



Kau semakin kejam
Caraku pelan
Lembut dan
Ku tak membantah
Hanya mengalah
Ku disuruh cuba
Ada pendirian sikit tak boleh ke ha?
Kau ni lelaki banyak songeh ah, ha?

Tak salah yang aku pernah cuba
Yang pernah gagal
Berdiri semula

Aku tak sanggup tahan buat selamanya
Sebaiknya aku mempunyai rencana
Dan aku sedia aku rela menukarkan segalanya
Aku sudah berubah

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

wow ! when i'm going crazy think something, i sing this song as much as like . it keeps me up ! ya , whenever a couple very like to show off their relationship, they think they are superb, they are perfect relationship and they can ruin other ! but not , i can stand it, and i can through my life with their behaviours . they're wrong if they think i'm craziers with their relationship . im the strong girl to stand by myself . i don't need your best couple not ever , hahaha . everything had been teach my life . i won't repeat it again to do same mistake !


Biar yang lalu jadi yang lalu
Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu

26 April 2014

10/100: mokwe yang ciksu ado

assalamualaikum w.b.t

this is Zalina Razali and Fatin Nadirah Naim :)


kalau dalam kelas boring-boring , ajak dia posing,
time layan, dia layan, kalau tak layan, tak layan la !
tapi dengan aku senang aja , hehe .
banyak koleksi gambar-gambar selfie yang gila-gila dibuat,
bila tengok balik , dia cakap :
tink arh belako aja ore posing , suh uat gitu, suh uat gini
aku pun cakap :
hahahaha , sepatutnya na ni kakak, keno ajar tink , ni tink plok !

dia yang paling rapat dengan aku dalam geng aku berlima . perangai pun hampir sama, jenis gelong-gelong saja dibuatnya , ye la lahir bulan sama, susah aku nak cari orang yang lahir sama bulan dengan aku tapi perangai lain dengan aku, semua aku jumpa sama, haha, tapi dia lagi happy-go-lucky ! semua orang senang dengan dia . kalau duk ramai-ramai, aku lepas dia pergi mana-mana, tapi kalau aku tak ada, dia cakap "dia kosong, blur". automatik jadi pasif ! haha , lawak . tapi kalau duk sekali, tak boleh duduk diam, asyik nak bertengkar je. kalau nak private story, dengan dia je yang mampu aku luah-meluah. hehe .

kisah cinta dia, pengorbanan dia 
aku rasa kalau aku pun sakit juga kalau aku di tempat dia. dengan apa yang dia rasa. mula-mula dia minat dengan sorang ni, budak course lain, tapi kelas intensif sekali, tapi last-last dapat tahu boleh ke kawan geng, dan siap mengadu kat kawan aku pasal zalina ni. sakit kan orang buat macam tu ? tapi sekarang, lelaki tu dah ditinggal kan . yang kedua pulak, zalina minat dengan coursemate, always texting la dengan dia, tapi last-last kelaut jugak, pengakiran yang agak menyakitkan jugak, tapi sekadar tu la. tak apa tak jodoh dengan dia tu . yang ketiga pulak, dia minat dengan coursemate jugak, budak tu always kiteorang usha, memang sopmo la duk puji budak tu cute, aku cakap macho ! haha . kiteorang usha dia, dia usha kiteorang, last-last dapat tahu yang budak tu suka someone yang rapat dengan zalina ni . kecewa ! aku tahu air muka dia berubah bila orang tu tanya hal ni dengan zalina, tapi coursemate tu tak contact atau apa-apa pun dengan perempuan tu. lagipun perempuan tu dah cakap awal-awal, dia tak minat budak coursemate atau yang sebaya dengannya. kalau kita tahu orang minat kita, automatik kita respons positif malah extra positif kan ?! tapi bila ingat zalina minat coursemate tu, jadi serba salah tu tak boleh nak lari. banyak kali dah sangkal dengan zalina, mungkin dia minat je, tapi jodoh tak ada, doa la kalau betul-betul nak dia kan?! dia asyik duk berjiwang "mugo hok kito minat, kene ko ore laen" . ALLAH ! senang-senang dia nak give-up kan ?! kalau orang coursemate tu tak berkenan macam mana ? haa . masing-masing rugi . lepas dapat tahu yang coursemate tu dah ada orang berkenan, terus dia tawar nak usha, nak puji macam selalu. tinggal aku je , haha. sebab akulah orangnya . salah aku yang mengusha dia, bermain mata, tapi aku jugak ke ?! haha . lawak pulak mamat ni . tapi tak apa lah , aku berkorban untuk kawan aku yang minat kat mamat tu . aku doakan kau zalina, panjang jodoh dengan dia . amiinn. aku dah taknak dia rasa macam yang sebelum-sebelum ni, semua yang dia minat, semua dah dicop oleh kawan rapat . tapi aku bukan mudah-mudah nak ambil yang aku anggap 'hak orang' . not my taste ! bukan ke kejam kalau kita tahu orang tu minat kat dia, dalam senyap-senyap kita makan dia? sampai buruk, baru bau busuk . aku bukanlah yang macam tu . kalau orang tu jodoh, buat apa kita nak persoalkan ? tapi bukan tu yang aku mahu . sape-sape pun jodoh dy, aku tumpang bahagia. semoga cepat kahwin la ye, yela tangan yang expert bab rumah tangga ni mana boleh lambat-lambat . hahaha  :)



sayang mokwe ambo :)

23 April 2014

9/100: Perpisahan satu tiket bahagia ?

assalamualalaikum w.b.t :)

absolutely yes what admin said :)

tak perlu bersedih andai waktu ini awak berpisah dengannya,
ALLAH akan temukan awak dengannya pada waktu yang sesuai,
atau untuk seseorang yang lebih sesuai lagi untuk awak .
janji ALLAH itu pasti.

perpisahan sekarang adalah satu tiket bahagia untuk masa depan,
ALLAH ada untuk isi segala-galanya :)
kenapa masih ragu-ragu ? kekuatan harus dicari bukan ditunggu .

21 April 2014

8/100: di sebalik manis kata sang pencinta palsu

assalamualaikum w.b.t :)

jaga jarak !

aku petik sebuah karya dari facebook untuk renungan kepada diri dan sahabat aku :

1. maafkan kami kerana telah merosakkan kalian. memang benar kami suka kalian berubah untuk nampak lebih lawa dan seksi.
sebenarnya, cuma syaitan telah mengindahkan lagi rupa kalian setelah kalian melakukan demikian.

2. maafkan kami kerana telah mencuri hati kalian. memang benar kami suka jadikan kalian teman kerana boleh bermanja lebih, lagi best daripada bermanja dengan ibu.
sebenarnya, cuma nafsu kami yang SATU ini telah mengalahkan akal kami yang SEMBILAN agar kami mengagungkan hubungan dengan bukan mahram dan bukan dengan keluarga.

3. maafkan kami kerana telah membuat kalian cemburu. memang benar kami suka buat kalian terkejar-kejar kepada kami agar kami nampak lebih agung.
sebenarnya bila kami jadi suami nanti, cuma kami nak enjoy lebih awal, lebih-lebih lagi dengan perhatian kalian.

4. maafkan kami kerana telah membuat kalian menjadi pendosa. daripada al-Quran kepada whatsapp hobi kalian, daripada ALLAH kepada bukan mahram cinta kalian.
sebenarnya kita memang pendosa, cuma dosa zina hati juga telah wujud pada kita semua.

5. maafkan kami kerana telah membuatkan kalian tidak suci. mungkin bukan kami pasangan kalian, namun kami adalah punca perbuatan kalian, kononnya mahukan perhatian kami.
sebenarnya jika kami pasangan maksiat kalian, cuma kami inginkan orang lain pula. pasangan macam tukar baju mungkin?

ikhlas,
dari putera utk puteri.


wahai lelaki. 
sanggupkah nanti dapat isteri yang tidak lagi suci kerana cinta haram? 
jadi janganlah kita pula menjadi asbab kerosakan wanita yang mulia di sisi ALLAH.

kalau awal-awal lagi kita tak mahu disakiti, kenapa perlu ke jalan yang menyakiti ? kalau ada yang menawarkan kita jadi couple tapi belum tentu jadi yang halal, bukan ke itu menyakitkan apabila terputus di tengah jalan . cukup sekali aku rasa. jadi kalau nak bahagia yang abadi, jangan diharap sang kekasih yang tak mampu hormat hak wali kita, kerana kita ada wali, why not berani berjumpa parents kita ? ni hanya berani mengorat anak dara orang ? prinsip aku bukan sewenangnya meneguk cinta yang tak tahu asal mana, asalkan ada akad yang sah. maka sah la buat aku bercinta ke syurga bersamanya , insyaALLAH as soon as possible ya awak :) .

"wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik." 
jangan lupa, BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

renung-renungkan ye :)

lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal,
tapi perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal .
1 nafsu lelaki hanya cenderung kepada fikiran 'otak kuning' je,
1 akal perempuan pulak, mudah dipujuk rayu .
tapi kuatkan diri ye wahai sahabat , kerana kita mahu jadi
seindah mawar berduri :)


20 April 2014

7/100 : buang X dalam XL

assalamualaikum w.b.t :)

yup ! saya dalam situasi serius diet
.
.
.
.
.
tapi cara saya nak berdiet saya tak serius ,
nak kurus please ! haha

sebab kenapa aku terhegeh-hegeh nak kurus adalah :

1)jumpa kawan aku, cakap
" yolah , nok uat gano ore tu koho bahagio jah napok, tengok tubuh ni"
aloha ! sabar jela , aku stress yang makan banyak tu, xsedar plak sedang mengembang . haha

2) aku yang rasa aku makan tak had,
ikut suka je makan kan ?!

so, apa aku buat untuk diet ? 




ya ! aku ada 3 video yang aku download di youtube . antaranya yang di atas ni la ye . so, aku just follow the aerobic slowly. aku taknak la push sangat ! nanti aku jadi cantik, tak comel dah. haha . selain aku aerobic, ada la sikit-sikit kayuh basikal . hehe . kayuh basikal sambil berangan ke satu tempat ! haha . 

tea hijau + lemon / limau 
ya ! yang aku amalkan sekarang ni, tea hijau campur lemon , ops ! tak habis ayat lagi , tanpa gula ye ! hehe . pernah minum tea hijau yang tanpa gula ? pergh ! rasanya tak boleh nak cakap, tak sedap tapi telan je lah demi nak membakar lemak kan ?! aku memang tak letak gula dalam tea hijau, nama lagi untuk diet kan ?! gula-gula ni, kalori cepat naik tau . so , nasib baik ummi saya sediakan lemon, alhamdulillah saya nikmatinya dengan lemon . maklumlah lidah dan tekak saya mudah dengan makanan masam-masam! i like it .

makan yang patut je ! banyakkan buah .
ya ya ya ! banyak buah tarak hal, tapi banyak makanan lain yang turut menyimpang ye ?! haha kalau tekak dah terbiasa dengan mengidam dan tertunai, susah la nak control sikit sekarang. tapi demi sebuah matlamat besar kan, harus buat la. hehe

drinking plenty water !
alhamdulillah , di rumah sangat mudah dapatkan air masak berbanding di asrama. jangan lah susah pulak nanti di rumah sewa ye ?! haha . so, air masak ni walaupun kira tak berdiet ke berdiet ke jangan sesekali tinggal tau . sebab penting untuk badan lagi-lagi musim kemarau macam sekarang, terutama dapat mengelak dari ulcer mulut yang pecah-pecah tu, oh ! sakit kan kalau kena ? haa tu la tak nak minum air banyak-banyak lagi. kalau berdiet pulak, air ni dapat gantikan makanan untuk tubuh kita. so, minum air banyak-banyak supaya kenyang sentiasa . hehe

berpuasa !
baki lagi sebulan lebih cuti sem ! aku nak banyakkan puasa, puasa ganti tarak ada . haha , suka la suka 2 tahun dah tak ada puasa ganti, abang aku sendiri cakap "eh ! ore pue mano ado dok ganti poso? mung toksoh nipu la" maksud dia perempuan normal la, bukan mengandung or etc ! haha , tapi tu la hakikatnya. ALLAH bagi aku jalan straight je pada bulan Ramadhan . so, alang-alang dah nak masuk bulan Rejab ni pakat-pakat start puasa sunat ye, sambil berdiet sambil bersih jiwa rohani dan jasmani tu. tapi tajdid niat betul-betul, kalau puasa semata-mata nak kurus, lain dah di mata ALLAH, sebab niat bukan padaNYA dulu .


ok ! itu saja yang aku mampu practise untu dalam tempoh diet ni . moga nampak la perubahannya ya ! taknak tambah X, tapi nak buang X dalam XL/xxl . haha . bantu aku please wahai ummi, ummi aku suka hidang yang sedap-sedap hingga aku tergugat ! haha . sakit tau .


hahaha , yang ni aku whatsapp dengan cousin aku !
adoyai ! kalau aku nak diet , kecoh satu kerabat. mesti ummi dan maktam duk cakap yang aku ni ada something kan ?! haha . ada bau menantu lelaki nak datang ke ummi ?! ada je yang rasa pelik , kalau betul la aku buat semua ni untuk nak kawin pun biar je lah kan ? haha . tapi tak dinafikan sekarang ni aku sangat mementingkan penampilan aku , sebab rasa rendah diri aku to someone ! huhu . tak boleh keyboard warrior bab ni . nanti terlepas cakap :)

ok ! selamat berdieting semua ,
aku je pun -_-

17 April 2014

6/100 : Wanita Syurga Bidadari Dunia

assalamualaikum w.b.t :)


alhamdulillah !
setelah dua hari bertungkus lumus buat video ni , akhirnya selesai jugak :)

dah lama dah aku nak try program movie maker yang versi baru, haha, sebab dengan notebook ni aku tak pernah buat video, sebab tu aku panggil versi 'baru' ! sebenarnya nak buat video kanak-kanak sekelas, tapi gambar-gambar tengah diproses lagi ! so, kelmarin jatuh hati pulak dengan lagu kak Oki cantik kita ni, so, buat video sendiri. tambahan pulak, kelmarin aku broken heart plus panas-panas je la kan ?! haha , kesnya 1st video aku publish di youtube, lagu Najwa Latiff telah diremove dengan begitu saja ! tapi ada pihak lain pulak yang upload dalam akaun beliau. hm hm hm senang ye dia kita buat letih-letih, dia publish senang-senang dalam akaun dia. terlintas pulak aku nak tengok video aku tu kelmarin, haa tu 1st video aku buat untuk dipublish di youtube yang mencecah 100000+ viewers, bukan nak bangga, suka tau bila perkara tu baru kita buat, dah ramai yang berminat dengan karya kita, alhamdulillah, they're my supporter to make other video.  bukan nak naik nama, tapi sekadar hobi ketika bosan . maybe ALLAH just nak tunjuk pada aku, video tu tak ada point, tak datangkan faedah pun. so, ALLAH tarik . positive thinking je untuk pujuk hati :)


jangan disangka lembutnya wanita itu, tiada hak untuk bersuara.
jangan disangka diamnya wanita itu, tiada apa-apa perasaan yang terbuku
malah wanita itu lebih hebat memendam untuk meluah kepada 
yang berhak :)



so, do subcribe my youtube acc too :)

15 April 2014

5/100 : dating pantai dengan syidah & salma

assalamualaikum

post dah lama nak post, tapi kali baru rasa nak post , haha , jahat !
kesian syamila duk tunggu post aku, sori ye penunggu .
so , baru-baru ni aku pergi dating dekat pantai dengan salma dan syidah .
asyik-asyik nak bawa aku pergi KB mall je , muak la kita orang KB. haha
so, aku la kepala plan nak g pantai .
aku plan habis orang nak ajak , last sekali bertiga je labu .
masing-masing ada kerja di jabatan 'perdana menteri' belako .
haish ^_^

mula-mula lalu di kedai lalat :
eh-eh arini hari jumaat, saya teliur lamo doh wedges, bereti la -salma
berheti and shopping makanan loh ! lepas tuu teruskan perjalanan , jalan ikut suka je aku tunjuk , nak pergi Pantai Melawi asalnya , aku tunjuk jalan pergi Pantai Irama dan sampai Pantai Irama, tapi tak berhenti pun , teruskan perjalanan
eh-eh , lorong ni ! masuk-masuk . -aku
lorong Sri Nipah Resort yang selalu MADA bawak kitorang . round punya round kampung orang, jumpa la satu tempat .  ada wakaf , tapi tempat sunyi . xde orang , dan jauh dari pantai
tempat ore xkeloh , kito keloh . haha - salma
hahaha , sukko so keto ! nak privacy la konon kan ?! u-turn keluar jalan besar balik , and back to Pantai Irama . hahahaha . last sekali ? Pantai Melawi la konon . seriusly tak ingat jalan tok , aku just ingat simpang nak sampai Pantai Melawi je. aku dah tanya ummi aku awal-awal before pergi sana tapi jawapan ummi
jale ikut jale bachok la - ummi
aku dah ikut jalan bachok, tapi aku bukan lah orang Bachok yang tahu semua jalan sana . ingat lagi dekat simpang 4 Bachok ( ke Pantai Irama , ke Tok Bali, dr KB, n satu lg xtau)
hah ! ada cabang 4 , mana so ni - aku dan salma
hahaha. bolok-bolok ! kalau tanya aku jalan di KB aku boleh la dikatakan exxxxpert, ni Bachok .
tak tau ! tak tau ! hahahaha . last-last sekali Pantai Irama jugak lah ye .

maka berkelah la kami bertiga :




















sekali tengok , makcik jual etok dah ! hahaha

bila duduk di tikar tepi pantai, macam-macam cerita keluar! haha
lepas hampir 2 jam duduk di pantai , solat pun dekat masjid pantai . salma ajak pergi secret recepi tapi aku malas, so hantar aku terus . lepak rumah aku kejap , lepas solat asar salma dan syidah balik ke tempat asal masing-masing . hehe

sweet memory !
ok! hajat saya nak maghi pata boleh doh lepas ni . . . -salma
haha , orang belajar di kL la katakan, mana ada pantai d kL .
lepas ni kito gi air terjun deh pulok :)

8 April 2014

4/100 : yang terpendam , ingin nyatakan

assalamualaikum 

La Tai-Asuu . . means . . Don't Give up 

aku pernah cakap kat kawan aku :
aku nak sangat duduk dengan dia, cerita kisah dirinya and his prince charming.
tapi itu bukanlah yang tepnting yang aku nak tahu dan perlu tahu
point terpenting yang aku nak tanya ,
bagaimana 'aku' boleh dijadikannya bahan topik mereka,
dan apa keperluan her princess charming kenal aku.
sedangkan aku boleh anggap dia hanya kertas lama dalam hidup aku,
aku boleh anggap begitu, aku harap dia lebih-lebih lagi 
sebab dia dah ada princess charmingnya :)

alhamdulillah ALLAH pertemukan kita, walaupun ada juga rasa tak selesa.
aku anggap ALLAH jumpakan aku dengan ciptaanNYA ini.
dan aku tak pernah menyesal dengan takhdir ni :)

dan harus diingat, kalau kita bersama dengan pasangan kita, jangan hadirkan topik tentang orang ketiga . bimbang tak lama , masuk longkang !


*tlg pesan pada syera rashid ya :)

7 April 2014

3/100 : Ayuh ! tinggalkan dia :D

assalamualaikum

point yang tersurat atau tersirat *_*

today,
we sing a song .
nyanyi sampai muak yak ! hehe


akan ku binakan mu istana bahagia
ku lantik diriku menjadi panglima cinta
yang akan melindungi kamu setiap masa
kerna kamu sang puterinya <3

*entah kenapa, aku suka lirik ni *ahaks

ok . take care ! 

6 April 2014

2/100 : Usrah ! group usrah kak suri

assalamualaikum

 kali ni aku nak kenalkan dengan group usrah aku.
terdiri dari 12 puteri islam yang comel-comel dan cute-cute tersendiri.
dan ibu naqibahnya, kak Samsuri a.k.a kak Suri .
tertubuh secara automatik bila masuk kolej hari tu, 
alhamdulillah 2 semester bertahan dengan usrah yang sentiasa istiqamah
walaupun masing-masing sibuk dengan hal masing.
tapi usrah kita tetap beramanah ber'usrah' dengan penuh pengisian rohani :)

last usrah liqa' , kami berusrah di Pantai Irama, Bachok !

 ana ma'a kak suri :)

usrati , walaupun tak cukup ahli :)











alkisah sebelum nak ke pantai , 
kereta kehabisan minyak di traffic light, kak suri dan beberapa orang lagi naik kereta kancil, aku tak naik kereta ni, alhamdulillah kebetulan ada seorang pak cik lalu kawasan ni nampak kak suri, dia stop kereta dia tepi jalan, dan tolong start dan buat macam mana entah, dapat hidupkan kereta dan belaiu parking di tepi bangunan . tak berapa lama kemudian, aku dan geng kereta satu lagi sampai , tolong bawakkan minyak jugak . hehe . moga ALLAH rahmati pak cik too ^_^

tempat kejadian ! *haha

 tangan-tangan yang membantu mengisi minyak .

this is Siti Samsuri bt Nuruddin
presiden HELWI KIAS (ketua muslimat)
i love her , she very kind and sporting sister !
sebab dia baik dan sporting dan mudah kerja dengan dia,
ramai sayang dia hinggakan birthday dia baru-baru ni , 
barisan kepimpinan PMKIAS menghadiahkan kak suri sebuah handphone,
handphone yang berjenama dan canggih la kan ?! hehe


   gadis-gadis seusrah saya, i love you all too :)
keep in touch ya .

untuk semester depan, mungkin kita akan bersama atau mungkin usrah kita akan berpisah, tapi semestinya bukan Kak Suri lagi naqibah usrah sebab tugas-tugas beliau sedang beratur untuk beliau uruskan . 
may ALLAH bless her and all of us :)