29 June 2012

kahwin vs couple

assalamualaikum =)
hari ini hari hujung minggu , hari saya online la !
*hmm , betul la sangat tu . haha
hari  ini saya tak nak cakap tentang
kahwin vs couple
tapi nak tunjuk video yang dibuat oleh
abang-abang open minded ni !
hehe
enjoy la ~





dorang memang terbaik sampaikan dakwah !

26 June 2012

alhamdulillah =D

i got 6A,2B and 1C for PPT !
alhamdulillah

even sedikit sedih walaupun tak dapat straight A seperti yang harap , bersyukurlah setakat yang ada dan dapat . aku dah cuba setakat yang mampu selebihnya aku tawakkal. dan ada yang aku tak skor aku dapat A even A- , aku just fikir aku dapat atas pagar je, tapi alhamdulillah ALLAH Maha Memberi Keajaiban , aku dapat A, maybe Allah ganti yang aku yakin A tapi tak dapat A ! aku masih di ranking kedua dalam kelas. aku malas dah busuk hati dengan orang ranking 1st , makan hati , serabuk otak ! alhamdulillah, before exam hari tu aku takde rasa nak berlumba-lumba dengan dia . cuma perangai yang dia tak ubah je buat aku rimas . hidup ni memang tak sedap hati kalau kita belajar semata-mata nak nombor 1 and nak melebihi orang tanpa pedulikan orang yang ada dekat bawah-bawah. lapar nak nombor 1 jugak, jaga la hubungan dengan ALLAH , insyaALLAH bukan setakat 1 nombor 0 pun boleh ! haha . oleh itu, kita sebagai pelajar kena berusaha jugak walau sesusah mana subjek tu sehinggalah kita exam and selepas tu jangan la duk sibuk2 tension dengan result yang akan keluar , yakinlah ALLAH tu Maha Keajaiban untuk hambaNYA yang bergantung kepadaNYA semata-mata . dan hidup jangan dengki dengan nikmat orang sekeliling. bersyukurlah apa yang kita ada ~

doakan saya dapat straight A untuk trial spm 30/7/12 ni .

10 June 2012

my holiday seindah sakura


ehem-ehem
assalamualaikumwarahmatullhiwabarakatuh .
(jawab jangan tak jawab , panjang lebar hari ni bagi salam ye)

cuba tengok sekali lagi Menara Eiffel di Paris tu , satu hari nanti aku akan pergi jua tempat tu untuk sambung belajar dan di situlah saksi cinta sebenar aku dan si dia yang lama dah aku cari dan tunggu kedatangannya ! wah . . romantiknya . seindah sakura , wink* wink * . haha

wokey, itu bukanlah satu point penting untuk post aku kali ni. aku nak cerita pasal my holik-holidayyyyy-yah , my holiday la ! alang-alang dah nak buka sekolah ni, kita cerita la habis-habis apa holiday kita. holiday aku kali ni cuma di rumah je 2 minggu tanpa henti. tak pergi jalan tak pergi cuci mata mana-mana pun even jumpa cousin di depan rumah or jiran belakang rumah. hahaha . . . kosong, kosong . . wo'o ! memang bosan bah . tapi takda la bosan sangat sebab aku kira-kira ni la total aku dalam holiday -->

50% - tidur 
10% - makan 
25% - facebook/blog/internet laa
15% - study !

yeah ! terbaik babyboo . yang 50% paling best. aku tidur dalam pukul 1 pagi la tiap-tiap malam , aku tak boleh tidur bukan aku duk facebook pun, bila tak boleh tidur menyebabkan aku tidur lewat. aku bangun subuh dan tidur balik bangun pukul 9 lebih pagi . dan aku akan sambung pada pukul 12 tengahari sampai Zohor. selepas itu, kalau aku boring pada petangnya yang pukul 4, aku akan tidur lagi sampai pukul 6 ! pada malamnya, memang susah nak tidur la , itu yang pukul 1 tak tidur-tidur lagi hah ! memang best la cuti ni. penuh dengan tidur. okey la dari penuh dengan makan, aku memang pentingkan tidur dari makan. sampai satu tahap, aku rasa pening la hari tu, aku taktau kenapa. aku bangun tengahari pada waktu zohor, aku pergi mandi, tapi tak hilang pening. aku suruh adik aku urut, tapi haih dia buat aku lagi pening sampai tertidur aku. and then bangun tidur, hanya ALLAH yang tahu pening sangat-sangat kepala aku ni. dalam hati aku (haih! mata nak pakai speck ke? nauzubillah) tiap kali pening , tiap kali tu la ayat ni muncul. dah la malam tu ada tuisyen, pergi la aku ke tuisyen membuat karangan *_* , pening-pening cikgu pula yang suruh buat karangan! balik-balik rumah , termuntah habis. pening sangat dan makan panadol, alhamdulillah all is well ! and umi bebel cakap "tu la, tau makan-tidur makan-tidur , exercise tak nak" , aku pula cuma cakap "bukanlah umi, umi banyak sangat bebel cuti ni , ni jadi gini ha" hahaha . takjahat, cuma nakal ! kahkah. apa-apa pun aku rasa bersemangat nak pergi sekolah hari Selasa ni untuk dapat result dan selalu je ayat ni muncul bila rasa berdebar "all is well, aku tahu aku boleh high mark and no failed" aku taknak dah banding-banding markah ngen pesaing aku, makan diri je ! aku nak jadi aku yang apa adanya bukan aku yang jealous pada orang. think positive =)


*MILA, fatin pun dah update la. ingat mila sorang je ke dah update. hahahaha c(=

5 June 2012

banggo kawe cuti panje, ngaji tak tahu mano

ye ! i'm proud to be muslimah
and
i'm proud i get long holiday
but
  short time study

assalamualaikum , hari ni kawe mari denge versi Qelate kawe deh ! bereh .

bereh , . gini kawe nok cito , kawe ni alhamdulillah dapak cuti samo panje ngen sekoloh lain , cumo kawe cuti lambak la sikit, walaupun cuti lambak bukok skoloh pon lambak jugok la ! haaa , gituh . bereh . tapi ke, kawe ni bakpo tak tahu malah bena nak uat revision , nok study ! kalu rajin pun , sejam tok kure duk ngadap book hok mace bose jah tengok aku (fact : aku yang tak tahan) pahtu aku jugok yang mulo rindu ko book bila lamo tinggal dio , haceh ! kironyo mace gewe la ni, tok leh tinggal lamo , rindu la katakan ! alhamdulillah ada perasae gitu , sekurenyo aku ni ada raso nok baco , ado rasa khaba esok luso SPM ! huh , spm , semo mokpok duk bobe ko budok SPM hok duk facebook banyok tu, hok tengok tb banyok tu. aloh , lumrah hidup la mokpok saye anok, nok ingat ko anok ! sekali oyak , sekali gerok si anok ni . keno bobe mace kali, baru nok gerok. tapi jange tiap-tiap ari mokpok wei, aku pulok jo serabut ! buke serabut nge mokpok , serabut duk bobe bendo samo jah , hok tu jah serabut . jange serabut ngen mokpok ni, hidup tok berkat, tokleh straight A la kito , nyesal seumor idop tok guno jugok ! okey aku nok buat pesane la sikit ko diri aku ngen si pembaca belok ni , hidup ni tokleh malah do'oh, jange jadi po hippo , tau make jah hidop !  baco do'o ni nak hile raso malah tu


insyaALLAH hile raso malah tu ! 

tata , chauw dulu

3 June 2012

wedding week

assalamualaikum :)
chewwah ! baca sekali lagi tajuk kali ni.
wedding week la konon.
just 2 couple je ! bukan 10 couple pun
tak perlu cakap panjang , aku upload ni
tengok la ~


rela aku redah dari rumah ke KB untuk naik bas ke Palekbang,Wakaf Bharu ! even tak lama perjalanan tapi excited nak sampai sana dengan secepat mungkin . aku pergi kenduri tu bersama Faezah & Salma. memang syok la ada Faezah di sisi, bising wal gempak ! 1 Jun hari aku pergi tu bukan kenduri di rumah ustaz Amin tapi di rumah zaujahnya , kak Fatin (waaa~ nama sama dengan aku , bila baca kad jemputan tu tertera nama Amin & Fatin adik aku gelak , because itu nama aku dan abang aku yang ke-3 , lawak tak lawak 2-2 orang lain yang dah kahwin) aku join rombongan berarak ke rumah pihak perempuan la dalam pukul 3.30 petang. dan selesai makan-makan and photoshot pukul 4.30 and pukul 5 balik . yang aku terkejutnya, aku jumpa my aunty sebelum start rombongan berarak tu, my aunty tu mak saudara sabit ustaz Amin . wah-wah waris yek rupanya kita, ustaz !


ha ! ini lah salah satu punca kenapa aku pergi wedding ustaz Amin on 1 Jun bukan 2 jun yang sepatutnya. aku nak kejar wedding my cousin aku ni ha, dulu bulan 3 rumah my cousin , last day 2 Jun rumah husband dia.

apa-apapun
Selamat Pengantin Baru
untuk yang menjadi 
King-Queen Day .
anda bila lagi ?! kua3 .


2 June 2012

stress cuti lama-lama

ololo tak tahu nak baca buku apa lagi yek

assalamualaikum =)
permintaan aku nak pergi mandi air terjun or pantai tak tertunai lagi dalam cuti ! haish , sabar-sabar. tapi yang aku tak boleh sabar is tak lulus lagi aku duduk dan study dengan istiqamah dengan 2jam/sehari. ya ALLAH,waktu berjalan begitu je , tak pandang aku , tak sapa aku pun. rugi rasa tapi disebabkan m-a-l-a-s satu perkara, semuanya ERROR ! ya ALLAH, aku nak marah siapa lagi, diri aku yang aku malas, diri aku yang nak success takkan nak marah blog pulak. cuti sekolah dahlah 2 minggu, cuti sekolah yang panjang la buat aku trauma, aku trauma tinggalkan buku yang kemas tersusun di rak atau buku yang berselerak yang bertimbung tak tahu nak baca yang mana , nak start macam mana and nak buat latihan or baca je. ya ALLAH, cuti ni buat aku blur dengan study. tak tahu tak tahu kenapa kusebegini. seolah-olah ada sesuatu yang buat aku berat nak study even mula-mula bersemangat! aku rindu cikgu yang mengajar aku, aku rindu sangat-sangat nak study , biarlah even aku malas or bosan apa yang aku belajar dalam kelas tapi itu takbuat aku rugi macam aku rasa sekarang , at least aku belajar dengan cikgu ! huh, bila cakap pasal cikgu, teringat kisah semalam, cikgu tu boleh tahan la mulut dia, and kawan aku ni mulut dia sama power and dia kata yang dia tak puas hati dengan cikgu tu , cikgu tu just cakap kata la nak kata apa, esok-esok awak yang rugi, jumpa di kaki lima duk jadi tukang sapu ! astaghfirullah . sebegitu hebat cikgu itu mengata. dan bila aku minta dia ulang apa dia ajar, dia ulang-ulang dan dia marah-marah yang dia tak suka ulang 2-3 kali benda sama, dia bandingkan aku and classmates dengan budak lelaki sebelah sana tu. fuuu~ sampai balik rumah aku bengkak hati dengan dia . salah ke aku nak faham lebih lagi ? dah tu nama tuisyen , rasional ke dia buat macam tu ? YA ALLAH, nauzubillah tak berkat ilmu dia ajar and buka lah pintu hati dia tu . apa-pun dia cikgu aku yang curahkan ilmu untuk aku sehingga spm . and aku rindu nak belajar dekat dalam kelas sekolah dengan cikgu-cikgu yang aku rindu terumata matematik, Sir Aidi ! hehe