2 January 2013

wasiat terakhir sebelum pergi PLKN


assalamualaikum :)

untuk pengetahuan ini last post sebelum pergi PLKN ! haha , nak suh kuat ingatan yang tarikh 3/1/2013 pergi someplace yang tak pernah dalam list angan-angan. setelah bertahun-tahun pakai baju hijau, finally dapat pakai baju biru pula. jiwa yang adil ! hehehe

maka , berjalanlah puteri Naim ke sebuah kem yang tak tahu lagi macam mana . persoalan yang negatif buang jauh-jauh lagi ! malas dengar orang kata . as long as i believe i can take care myself. sebelum aku pergi ni , ramai pulak yang wish good luck pergi sana , haih ! aku bukan nak pergi ambil exam pra-universiti , hanya nak masuk kem je. haha , lawak la juga , sebelum ni aku masuk kem tak ada pulak nak wish good luck ke , jaga diri ke. haha . tapi alhamdulillah , itu menunjukkan keprihatinan mereka terhadap aku. thank you , thank you MALAYSIA !! haha . ummi aku pun macam meraikan aku masuk U pulak , hari ni ummi tolong cari-cari and kemas-kemas la barang aku sikit-skit , masak sedap-sedap je , lepas tu sekarang ni OTW pergi beli KFC ! ni buat aku susah nak pergi ni. haha . . ummi sokmo doh gitu , kalau anak-anak dia yang jauh balik , mesti buat yang sedap-sedap lepastu merana la orang yang rindukan tu. haha , sekali lagi terima kasih . terima kasiiiih ! aku bukan nak berwasiat cuma nak membebel je. nanti raya china aku balik , insyaALLAH pergi tunangkan bakal orang baru dalam family aku :)

sedia berkhidmat untuk Malaysia !
*patriotik sungguh male ni , awo nok gi paka baju biru ke . haha

jom tutup dada . labuhkan tudung :)

assalamualaikum :)
keterlaluankah perkataan 'dada' yang aku letak sebagai tajuk hari ini ?
biarlah orang lain nak malu , tapi lumrah la bagi seorang perempuan .
semua perempuan ada , hehe .
post kali ni , berdasarkan diri ini juga bukan semata-mata nak kutuk or nak terus jatuhkan maruah orang lain.  sama-sama nak jaga maruh sebagai seorang perempuan , sebelum terlewat dicabuli secara tidak terhormat .
bila kita tidak labuhkan tudung menutup dada , lagi-lagi yang montok tu , mesti ramai yang tertarik , kalau perempuan pun tengok dia akan kutuk lagila pula orang lelaki yang tengok bernafsu. lepastu mulalah kita nak mengutuk orang orang ni gatal la tengok tak kena tempat. aku taknak menaip banyak , korang pergi baca entry ni yang bertajuk Dugaan Lelaki Menyaksikan Payudara Wanita [klik sini] haih ! kita yang dedah aib kita tu kenapa ? 

ALLAH dah berfiman :


aku pun pernah alami situasi seorang lelaki yang tengok dada perempuan. aku cuma menonton je masa tu, betul-betul kejadian tu depan mata aku. mungkin ALLAH nak tunjukkan aku yang tak pernah serik-serik lagi. mungkin pernah terjadi dekat aku , cuma kita ni tak nampak pada diri kita ada apa kan ?! asyik tengok orang je. atau ALLAH nak tunjuk cara orang lain kena dulu sebelum kita terkena. so , ALLAH kasi tunjuk itu jalan ma.  tutuplah dadamu , labuhkan tudung. bukan payah pun. benda senang. 

jom kita tengok cara pakai tudung bawal cover you breast :

comel dye pakai , belajar lah slow2 , aku pun budak tengah belajar :D

1 January 2013

bila kita jadi pemimpin

should
we
follow
the
leader
with
the
failed way
???





assalamualaikum :)
post pertama untuk tahun baru adalah tentang pemimpin ! hehe .i'm very dislike to follow the leader becuase i don't like a leader. when i'm be a leader , whatever my member want to do BUT if a condition to take care about my member ,i should take care by a condition ! *lama tak speaking , macam tunggang langgang pun ada la. apa-apapun BM bahasa power . 1MALAYSIA! hehe. dah lama dah pasal ni nak meletup dalam diri aku cuma aku tahan je. sebab apa yang aku nak letupkan dulu adalah dosa nak mengutuk kut. tapi kali ni , aku nak nasihat. taknak kutuk ! bila kita jadi pemimpin , kita fikir bestnya dapat control orang , orang kena ikut peraturan yang kita buat. dan semua orang akan respect kita becuause kita seorang pemimpin . tapi bila kita buat salah atau langgar dengan peraturan kita buat , macam mana ? terus mengaku atau berdiam diri untuk bela diri . ini masalah segelintir pemimpin. kalau kita terus mengaku mesti orang akan cakap kita ni berani , berani kerana salah dan membuktikan yang kita juga tak sempurna untuk sempurnakan orang. bila kita dah tak ada jawatan , jangan berlagak bagai pemimpin lagi tapi bagi la peluang kepada orang lain pula mencari pengalaman mereka sendiri. bila kita dah tak ada jawatan juga, kita janganlah pertahankan idea-idea atau isu-isu kita bangkitkan tanpa persetujuan ramai, kalau jadi pemimpin pun kena ambil kira setuju orang lain juga. jangan ingat kita pemimpin , semua yang kita ajukan akan disetuju ramai , lain orang lain pendapat. berbincanglah dan ambil kira juga pendapat yang lain. 

Allah berfirman :
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."
 (Surah Al-Baqarah : 216)

looks ! Allah pun dah kata macam tu. apa yang kita fikir bukannya perfect , semuanya andaian sahaja. kerana kita ni telah dilahirkan tidak sempurna. tapi kalau kita berbincang , kita boleh kumpul yang baik-baik. insyaALLAH. seorang pemimpin ni bukan perlu fikir orang yang mengikut di belakangnya saja , tapi perlu fikir tanggungjawab mereka juga. kalau dia tak jalankan tanggungjawab , jangan lupa di akhirat nanti Allah tanya macam mana tanggungjawab kamu sebagai pemimpin untuk bla bla bla. jangan lupa amanah yang ALLAH bagi untuk tanggungjawab pemimpin itu besar dan walaupun kita tidak pemimpin untuk orang-orang bawah kita , kita adalah pemimpin untuk diri kita :D