25 August 2016

fatin dah konvo !

assalamualaikum w.b.t



ALHAMDULILLAH pada 23 Ogos 2016 fatin konvo lepasan Diploma Al-Syariah di KIAS. 3 tahun perjuangan yang sangat lelah, tapi bila semua selesai, dapat segulung sijil diploma, penat lelah 3 tahun lega sangat-sangat.

3 tahun lepas, tak pernah terfikir nak masuk KIAS tau ! malah masa tu tahu KIAS dari orang luar. hahaha macam mana lah orang Kelate sendiri taktahu KIAS kan. masa tu memang harap sangat dapat IPTA yang dipohon, over expert dengan result SPM 5A tuh, akhirnya tak dapat jugak walaupun dah buat rayuan. (hahaha janganlah berlagak sangat nak jadi anak buah Najib kalau kita tu asal sekolah swasta, orang tak pandang weh). dan yang paling penting, aku taknak belajar dalam bahasa Arab, lemah sekali. tapi last-last KIAS jugak pilihan terakhir, walaupun nak dengan taknak tu sama banyak, antara adanya "history person in my life" vs jauhnya pilihan kedua fatin. akhirnya pasrah ke KIAS dengan ambil bidang Syariah.



Lepas majlis konvo haritu, fatin ni memang jenistak suka join orang-orang gelabah, ye lah masing-masing cari parents sedangkan masa tu ada sesi bergambar mengikut course, jadi orang lain sibuk-sibuk melilau cari parents, fatin duduk dengan tika, duk gelak-gelak tengok masing-masing cari parents macam budak-budak hahaha. zalina lagi lah, sana-sini last-last datang balik, tak jumpa hahaha. masa tu umi datang betul-betul hujung barisan fatin melilau cari fatin, fatin pun pergi lah kat umi (see umi plak cari hahaha), umi bagi bunga sambil cium ppipi dan kata "tahniah" , "TQ Umi". (paling mahal ciuman ni, sebab asyik aku je dulu kena cium umi baru nak balas hahaha)

UMI & ABAH insan yang banyak sangat support fatin.  even pointer juga yang dipandang, tapi tak bermakna nak terus push me down. hanya nasihat dan sokongan sepanjang 3 tahun diploma. walaupun tak boleh bawa balik result diploma sebaik seokey SPM dulu, umi abah tak pernah ungkit. tahu kemampuan aku setakat mana, part kena mengulang 1 subjek tuh, sedih jugak, tapi apakan daya, banyak sangat main ! hahaha



GENG DIPLOMA SYARIAH. sebenarnya ramai lagi dari ni, second intake dengan first intake sama ramai. alangkah syoknya dapat graduate sekali, tapi apakan daya kan. bila belajar sekali, nak penuh kuliah tu, tapi bila graduate, separuh je, terasa sikit, tak semeriah kuliah ! serius rindu semua jelitawan syariah. always support each other walaupun awal-awal tak ngam dengan 2nd intake hahaha rinduuu


KAWAN RAPAT sekali. 3 tahun duk sekali, kalau bab lucu, boleh gegar 1 bangunan rumah hahaha. makan sama-sama, beli barang dapur yang tetukar lengkuas dengan halia sama-sama hahaha, mengutuk orang lain sama-sama, kerja last minit sama-sama, jalan round 1 kelantan sama-sama, hahaha banyak sama-sama ok ! sebabnya dalam seminggu mesti 5 hari kena hadap muka sama . hahaha walaupun ada tegigit jari sesama sendiri, masing-masing pandailah handle masalah. suami-isteri yang lama bercinta pun boleh gaduh, lagikan kawan kan. sayang tika nge na :)


ZALINA. tak pernah tak lucu dengan dia ni, membongak je koje ! most favourite girl sepanjang di KIAS 3 tahun. pergi-balik kelas, dialah bawak motor untuk fatin (aku mana nak reti bawak moto). sama-sama ising bila berdua ! senget pun sentiasa. apa-apa na selalu berani tau, tapi sometime aku plak yang kena berani bila "malu" dia mari. aduhai. sayang zalina sorang ni ! sapa-sapa nak cari calon isteri, boleh lah zalina ni. pm fatin cepat ! haha




semangat konvokesyen sampai ke Bukit Kluang hahahaha


Tahniah untuk diri sendiri !






Pssst/: walaupun sedikit terkilan tak konvo sekali dengan dia, hati ni terus-terus persoal apa yang rasa. if i know you are destiny, i will stop question it ! good luck KA .

14 August 2016

jadi kuli sebelum bos

assalamualaikum

tempat kerja, 3 minggu berlalu

banyak kali aku cuba nak update blog. tapi malas jua yang menguasai diri ni ! hahaha ayat macam naruto nak lawan raksasa sudah.

kali ni nak cerita pengalaman kerja aku dekat butik menjahit. selama dua minggu je bertahan ! kehkehkeh angan-angan je mula-mula nak belajar sampai pandai. alasannya aku taknak hampakan mereka(miss bos, kak nur and lain-lain) sebab dorang nak pekerja lama stay situ. aku ni just nak belajar je kan, jadi awal-awal kena tarik dulu, tak pasal-pasal aku dah pandai, aku cabut lari bukak butik sendiri, mereka pulak terkapai-kapai nak cari orang and melatih cara jahitan mereka plak. aniaya orang namanya tuh ! ok point ni sebenarnya alasan sekadar alasan. hehe. 

asbabnya banyak lah sebenarnya, macam-macam fikir nak berhenti ni ! sebab bos aku ni umur 19tahun. wuu 19 tahun dah jadi pemilik butik. dah 3 bulan beroperasi butik menjahit ni. menyediakan khidmat menjahit, tapi upah jahitnya memang taraf butik ye ! aku sendiri pun tak tergamak nak jahit baju sendiri, sebab sama je kedai biasa dengan butik jahitnya, cuma harga lah jadi standard butik. bigboss aku ni memang budak mentah lah aku cakap dalam bidang ni. ayah dia bagi bukak bisnes ni, anak dia ni amik course jahitan, jadi, ayahnya percayalah anak dia boleh menjahit, maka ayahnya yang berduit ni pun bagilah bukak butiknya, even memang tak pandai menjahit ok ! baju kurung basic pun tak boleh. memang mengharapkan kak Nor yang berpuluh tahun dalam jahitan ni 100% je.

jadi nak dijadikan cerita, aku ni budak baru. memang mula-mula kerja, satu habuk aku tahu, guna mesin jahit pun ! memang pergi dengan 0 tanpa kemahiran. kak nor yang ajarkan aku, dari 0-50% aku boleh move on dalam jahitan ni (yelah 50%, dah separuh jalan, lari) haha. so, bila bigboss aku ada dekat butik, kerja dia hanya sapu-sapu lantai, kemas-kemas barang bersepah, lepas tu keluar pergi beli barang jahitan(banyak barang yang salah dia beli, barang deco butik boleh plak pandai pilih). bila sampai part aku, always komen aku jahit senget, tak lurus (even sikit pun senget). dalam hati aku selalu je sabar, aku ikut cara kak nor, kak nor ok, aku okkan je lah kerja aku. always komen senget, tak kemas jadi ! aku baru lagi, dah komen macam tuh. ye ! sedaya upaya aku buat terbaik, aku jahit, aku tetas, aku jahit, aku tetas. tapi dia tak tengok semua tuh, dia tengok yang last je hasil apa. yes ! tak perlu aku pertikaikan untuk dia jaga kualiti kan, tapi kenapa tak dia je outer jahitan aku? kata bidang jahitan kan, aku ni memang zero. yang tu sentap sikit bagi aku, aku cuba sabar, tapi kalau duk ulang benda sama, teguran sama, complaint sama, aku memang hilang sabar (hatta dengan umi aku pun, aku tak boleh dia cakap benda sama) hehe. memang jenis berangin sikit aku ni ! walau tengok penyabar, sekali aku keluar, sehabis mungkin aku tarik keluar . 

kak nor ni sangat sporting ! even kak nor umur 40 lebih, haih ! macam kawan sebaya kecohnya. hahaha. dia mak kawan aku, kawan aku cari pekerja haritu, aku ingatkan memang butik mak dia, tapi bila sampai butik, kecewa tu ada, tapi try and error je la. memang kerja kat sana, kak nor lah didik aku 100%, sampaikan sempat siapkan 3 pasang baju kurung dalam proses belajar 2 minggu tu. bigboss aku ni dengan kak nur pun dia tak heran. ingat lagi haritu, dia pergi keluar beli barang kejap. anak kak nur call ajak makan dekat kb, jadi kak nur angkut aku dengan sorang lagi. tinggal butik, kunci semua lah. pergi makan, hantar gambar whatsapp siap gambar makanan hahaha. kak nor "makan-makan, xpe, harini kita bos, bia syeera tu, hahaha" . syeera is my boss! kunci ada 1 je, dengan kitorang ni, lepas tu otw balik, kitorang plan nak berhenti solat di masjid (butik ada masalah air), tiba-tiba syeera call "kak nor duk mano ? lamo doh syeera tumgu, papa pun ado sekali" hoh ! dengar papa ada sekali, laju je drive kak nor ni. papa dia ni kaki gangster deh ! hehehe. tengok muka pun macam seram. sekali sampai tu, papanya takda. bila ditanya cakap papa dah balik. Ya Allah terkejut aku dengan budak ni, agak-agaklah menipu pun, dengan kak nor boleh dia buat macam tu. kak nur drive laju, ikut shortcut siap, tak hirau dah melambung di bonggol, sampai-sampai dia menipu. kau rasa ? aku dalam hati, tahu lah kami ni staff, tapi mana adap dia dengan kak nor kan? kak nor tu lebih kurang sebaya dengan mak dia dah. huih ! memang terkejut aku. banyak benda dah terjadi sebelum ni, kak nor memang banyak makan hati dengan syeera ni. bila ditegur, tak endahnya budak ni.

ni lah susah bila kita zero, tiba-tiba jadi boss. bila jadi boss, staff is staff, staff tak boleh pertikai boss! mana boleh macam tu kan? bila ditegur, tak ambil port. memang pengalaman sungguh ALLAH bagi walaupun 2 minggu. niat aku mula-mula kerja nak cari pengalaman (aku nak try menjahit, menjahit sampai pandai sebenarnya, lepas tu baru best komen anak buah nanti bila dah ada butik sendiri. ecece) jadi, niat itulah ALLAH tunjukkan aku, ajarkan aku. natijah yang aku dapat "nak jadi boss, tauke, orang atas, kenalah belajar duduk tempat staff dulu, kena letakkan hati kita ni setaraf staff, jangan kita jadi boss, orang bawahan kita, kita boleh control mereka macam mesin." NO ! jangan sesekali. keselesaan staff ni sebenarnya pada boss dia yang utamanya, boss ok, semua akan lancar. so, tak payah mebongkak diri terus jadi bos ok :)