25 August 2016

fatin dah konvo !

assalamualaikum w.b.t



ALHAMDULILLAH pada 23 Ogos 2016 fatin konvo lepasan Diploma Al-Syariah di KIAS. 3 tahun perjuangan yang sangat lelah, tapi bila semua selesai, dapat segulung sijil diploma, penat lelah 3 tahun lega sangat-sangat.

3 tahun lepas, tak pernah terfikir nak masuk KIAS tau ! malah masa tu tahu KIAS dari orang luar. hahaha macam mana lah orang Kelate sendiri taktahu KIAS kan. masa tu memang harap sangat dapat IPTA yang dipohon, over expert dengan result SPM 5A tuh, akhirnya tak dapat jugak walaupun dah buat rayuan. (hahaha janganlah berlagak sangat nak jadi anak buah Najib kalau kita tu asal sekolah swasta, orang tak pandang weh). dan yang paling penting, aku taknak belajar dalam bahasa Arab, lemah sekali. tapi last-last KIAS jugak pilihan terakhir, walaupun nak dengan taknak tu sama banyak, antara adanya "history person in my life" vs jauhnya pilihan kedua fatin. akhirnya pasrah ke KIAS dengan ambil bidang Syariah.



Lepas majlis konvo haritu, fatin ni memang jenistak suka join orang-orang gelabah, ye lah masing-masing cari parents sedangkan masa tu ada sesi bergambar mengikut course, jadi orang lain sibuk-sibuk melilau cari parents, fatin duduk dengan tika, duk gelak-gelak tengok masing-masing cari parents macam budak-budak hahaha. zalina lagi lah, sana-sini last-last datang balik, tak jumpa hahaha. masa tu umi datang betul-betul hujung barisan fatin melilau cari fatin, fatin pun pergi lah kat umi (see umi plak cari hahaha), umi bagi bunga sambil cium ppipi dan kata "tahniah" , "TQ Umi". (paling mahal ciuman ni, sebab asyik aku je dulu kena cium umi baru nak balas hahaha)

UMI & ABAH insan yang banyak sangat support fatin.  even pointer juga yang dipandang, tapi tak bermakna nak terus push me down. hanya nasihat dan sokongan sepanjang 3 tahun diploma. walaupun tak boleh bawa balik result diploma sebaik seokey SPM dulu, umi abah tak pernah ungkit. tahu kemampuan aku setakat mana, part kena mengulang 1 subjek tuh, sedih jugak, tapi apakan daya, banyak sangat main ! hahaha



GENG DIPLOMA SYARIAH. sebenarnya ramai lagi dari ni, second intake dengan first intake sama ramai. alangkah syoknya dapat graduate sekali, tapi apakan daya kan. bila belajar sekali, nak penuh kuliah tu, tapi bila graduate, separuh je, terasa sikit, tak semeriah kuliah ! serius rindu semua jelitawan syariah. always support each other walaupun awal-awal tak ngam dengan 2nd intake hahaha rinduuu


KAWAN RAPAT sekali. 3 tahun duk sekali, kalau bab lucu, boleh gegar 1 bangunan rumah hahaha. makan sama-sama, beli barang dapur yang tetukar lengkuas dengan halia sama-sama hahaha, mengutuk orang lain sama-sama, kerja last minit sama-sama, jalan round 1 kelantan sama-sama, hahaha banyak sama-sama ok ! sebabnya dalam seminggu mesti 5 hari kena hadap muka sama . hahaha walaupun ada tegigit jari sesama sendiri, masing-masing pandailah handle masalah. suami-isteri yang lama bercinta pun boleh gaduh, lagikan kawan kan. sayang tika nge na :)


ZALINA. tak pernah tak lucu dengan dia ni, membongak je koje ! most favourite girl sepanjang di KIAS 3 tahun. pergi-balik kelas, dialah bawak motor untuk fatin (aku mana nak reti bawak moto). sama-sama ising bila berdua ! senget pun sentiasa. apa-apa na selalu berani tau, tapi sometime aku plak yang kena berani bila "malu" dia mari. aduhai. sayang zalina sorang ni ! sapa-sapa nak cari calon isteri, boleh lah zalina ni. pm fatin cepat ! haha




semangat konvokesyen sampai ke Bukit Kluang hahahaha


Tahniah untuk diri sendiri !






Pssst/: walaupun sedikit terkilan tak konvo sekali dengan dia, hati ni terus-terus persoal apa yang rasa. if i know you are destiny, i will stop question it ! good luck KA .

No comments:

Post a Comment