13 July 2013

bertemu idola :)

Assalamualaikum 

2 minggu lepas aku telah menghadiri 
Seminar Kesejahteraan Fiqh Kontemporari 
oleh Ustazah Fatimah Syarha di dewan YIK .

wow-wow , alhamdulillah kali ni aku diberi kesempatan bertemu dan mendengar ustazah yang aku minati secara lansung . excited tak usah nak cakap la ! terlompat-lompat . walaupun duit di poket tak seberapa , tapi demi nak jumpa kesayangan kita yang jarang sekali boleh jumpa macam ni , so , aku ambil kesempatan untuk join seminar ni . dalam seminar ni membincangkan bab-bab feqah seharian , suka-suka ! hehe . lepas habis seminar , beli buku :)

beli buku yang ada dalam list :D

yeah ! i got her signature .

novel ini mengisahkan Dr.Donald serorang Ateis (tidak percaya kewujudan Tuhan)
sering berhujah dengan orang-orang yang beragama  seperti Kristian dan Islam 
dengan hujahnya yang selalu saintifik saja .
tetapi dengan kehadiran Dr.Ahmad Zabidi , hujahn Dr.Donald selalu dipatahnya olehnya
kerana ketinggian ilmu Dr.Ahmad Zabidi sehinggakan menggoyahkan pegangan Ateis yang
selama ini beliau pertahan dan yang selalu beliau ber'dakwah' .

novel ini sangat okey ! banyak sains yang diselitkan , dugaan seorang pendakwah , dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan hukum  islam .


balik-balik asrama , rasa menyesal tak beli yang ni .
bukan semata-mata untuk pengantin ! tapi membincangkan feqah seharian . 
dalam bentuk novel tapi diselitkan hukum-hukum , dalil-dalil
lebih kurang novel Sebarkan Cinta-MU

apa-apapun saya puas hati jumpa ustazah , jangan lah jelaous sangat Mila tu :D