31 December 2012

happy new year !

WOW ! pipi dia . chubby .

assalamualaikum :)
actually aku tak nak post pasal tahun baru pun ! aku nak post apa aku nak taip je . aku harap postpone la pergi PLKN. makin lewat pergi makin best bagi aku. haha , malas la pulak nak pergi. biarpun dah hampir siap berkemas.  peraturan yang ada dalam buku panduan , boleh bawa 1 beg pakaian and beg  beg galas. ummi pun pergi beli beg bagasi untuk aku , haha , macam perli aku pula. aku dah limit baju-baju nak bawa, tapi still full bag ! ha , apa-apa je la. yang aku tengah stress , aku dah makin gemuk !!!!! huh . baru perasan tadi bila pakai t-shirt . ya ALLAH , rasa nak nangis je tengok badan macam ni. tapi xgemuk lagi , OTW. tu la , lepas spm hari tu , dalam otak aku selalu cakap 'alah ! makan apa nak makan , tak yah control , PLKN ada' , biasalah cuti-cuti , tak da kerja selain suka masuk dapur. menyesal pun tak da guna pula . berut dah boroi ! haha . berat la . abang aku pun siap tinggal pesanan untuk ummi aku 'timbang dulu la sebelum pergi PLKN' . haha , ni sorang lagu duk perli aku. apa aku nak buat sekarang ?! aku taknak gemuk. gemuk itu sexy . tak nak tak nak ! haha . . jom diet . 


moga 2013 boleh topup perkara baik daripada 2012 yang kehabisan kredit :)

30 December 2012

dude cats of Mylo and Max


assalamualaikum .
lamanya tak update blog . haha , mila lagi lama tak update !
asyik duk buntu tu je la , sama la azfar and nur . 



super awesome my and max .

mylo termenung jauh macam mana nak tidur kalau orang kacau. haha

my and max , haha . hari last aku duk rumah maktam :)

my ! my . .

my and max , i snap pic both of you .

dua ekor kucing hak milik my aunty. comey sangat-sangat dengan bulu lebatnya ! actually kucing ni ada orang bagi untuk my aunty. because owner kucing nak berpindah ke oversea tapi flight untuk kucing ni RM2000 seekor (kalau tak silap) . haha , owner dia tinggalkan je dekat maktam aku. huhu , owner mana tak sayang kucing secantik ni. dah lah tak susah nak jaga , tak suka nak menikus ni . haha , tak suka or spesies obes yang malas. haha , jahat ! first time aku sampai rumah maktam aku baru ni , terkejut la tengok kucing ni and aku cakap " heh ! anak kambing . . " haha , besar sangat hingga aku label sebegitu . tapi yang mudah buat main max, my sombong sikit , action kata maktam. max selalu masuk bilik cousin aku yanng aku tidur. tapi 2 hari sebelum aku balik Qelate , aku kemas-kemas baju , my pulak selalu masuk bilik tu. sedih kali aku nak pergi ! or takut orang bawa dia . hari tu , paktam aku nak pergi kerja , chef atas kapal jarang balik la. so, packing barang-barang apa , max tak makan because feeling lebih orang nak bawak dia pergi. haha . . macam-macam ragam. nak cakap dengan kucing ni kena speaking because dia duk oversea lama dah . ayat yang paling famous duk ulang  " behave yourself " bila cakap ngen 2 ekor kucing ni. haha , macam tak ada ayat lain. rindu la dua ekor kucing ni. rindu-rindu-rindu .


video bonus , the latest by Matluthfi  :



ma'assalamah :)

28 December 2012

nok upload jugok

assalamualaikum :)
aku boring ni , takdo nok uat gapo , update belog la buat kali kedua untuk hari ni.
gambar budok senget jah .

teacher Nadirah yang nerd

cerahkan mata !

tembamnye aku ! kurus-kurus .

sibuk belake aku tu .

sibuk lagi , serabut doh aku


aku nok rehat mato , tidur , salam ~



*seriously aku tak edited gambar-gambar ni semua , thanks webcam yang memahami apa aku nak . hehe

panggil ngaji doh ?!



once upon a time , a called from 05******  , eh ? 05 ? no.sesat kut ? or nak cakap tahniah aku menang lteri ke apa ke , yang menipu tu. angkat je la .

dia and aku : hello 
dye : hello , assamualaikum
aku ( ingat ke cina dah ) : waalaikummussalam
dia : ni Fatin Nadirah yang hadir ke Education Fair di Mid Valley kan ?
aku : ya , saya Fatin .
dia : apa khabar sekarang ?
aku : sehat-sehat .
dia : ooo, masih ingat lagi ke pasal course education yang ditawarkan tu 
untuk intake January , macam mana , berminat ?
aku : tak boleh , saya dapat PLKN (dengan bangganya. . haha)
dia : oo , dapat panggilan pertama la ni ? (mesra sekali dan turut teruja)
aku : ya .
dia : tahniah la .
aku : ok , terima kasih .
dia : ok la kalau macam tu , boleh saya hubungi lagi lepas keluar keputusan SPM nanti ?
aku : boleh-boleh :)
dia : ok , terima kasih .
aku : okey , assalamualaikum .


memang pakcik yang call tu mesra ! time aku tengah isi borang hari tu , macam-macam kami bual , lama abang aku tunggu. haha . dia kata university dia dekat dengan Tambun Waterpark kat Perak dan dia kata lagi akulah orang first dalam adik-beradik aku akan duduk di Perak . haha , macam-macam pakcik ni. bila dia call tu ,ha ! terkejut jugak la. aku ni in holiday , takda masa nak fikir nak study. haih ! sombong bunyi . haha . tapi betul la , nak cuti dulu and nikmati PLKN . lepas result SPM, saya akan fikir balik . tapi sekarang ni pun tengah fikir nak ambil course apa lepas ni . sama ada 2 , Law Syariah or Education , TESL . law tu abah yang suggest untuk aku , dia tahu aku boleh tapi bila aku cari pasal law syariah ni , rumit jugak , kena belajar berdasarkan Al-Quran & Hadis , usul fiqh , legal text dan 2-3 perkara lagi yang dalam bahasa arab. kalau aku ambil course TESL pun , takkan mudah ? English not my language. ada susahnya jugak. 2 course ni ada kat university yang aku nak , iaitu UIAM . tapi ustazah aku cakap kalau nak belajar ugama , baik ambil kat Jordan ke Mesir ke . dan aku kata , kalau nak belajar English , baik pergi oversea . hehe . tapi aku perempuan , aku nak ambil yang bawah-bawah je dulu , lepas keluar result nanti , dapat result tinggi , aku nak apply di IPG je . jadi teacer je :) , tapi kalau PSI untuk course law tinggi macam mana ? aku istikharah dulu , susah tau nak buat pilihan ni , jadi lawyer pun bagus nak pertahankan hak kita dan buka mata masyararakat tentang hak kita yang kita tak tahu dan taknak ambil tahu . dan jadi teacher yang 2 in 1 pun bagus , 2 in 1 is jadi penda'ei  . apa-apa pun , istikharah dulu . jauh perjalanan ni kan?

*teringat kisah ada tetamu datang rumah aku , time tu aku duk sekolah , dan balik sekolah aku tengok ada gelas tetamu dan tanya umi , sapa datang rumah kan . ummi cakap ada orang datang masuk meminang aku. haha . saja je , rindu ummi , dah 3-4 hari dah duk KL tu . balik la , asyik duk makan makanan tunjuk je , xsenikmat air tangan ummi :)

27 December 2012

projek berjaya !

assalamualaikum
alhamdulillah dah hampir selesai urus hal PLKN yang aku akan pergi on 1 January 2013 . huh , ayat macam pergi tak nak balik (kata mila) haha , kalau boleh ! aku lah manusia yang paling excited nak pergi . hahaha(gelak setan) ingat lagi tie mula-mula tahu aku dapat pergi PLKN tengah tahun hari tu, kawan-kawan aku yang tak dapat bersyukur banyak-banyak dorang, aku ? hah . nak protes or bersyukur ? blur lagi. senget la rasa. sedangkan kem la tempat aku paling suka pergi , sekolah rendah dapat merasa dah, sekolah menengah , ni lah masanye. takkan mada nak buat kut kem lasak macam PLKN ni ?  guna senjata colt M16 ni. haha , poyo kan ?! tapi tu bukan projek yang aku nak cakap. yang aku nak cakap , aku telah buat 2 video dan telah upload at youtube . come look and see :







aku akan buat video hanya bila aku cari video , tapi tak menepati taste aku.
hope enjoy , video yang kedua dan ketiga . 

25 December 2012

merajuk tak terpujuk

ololo , merajuk la tu ?
habis limit merajuk , datang la kat saya ye
nak tambahkan gula dalam hubungan kita :)

assalamualaikum
sihat ke saudari or saudara di sana yag tengah mengusha di sini ? hari ni aku tak nak cakap banyak cuma nak  mengomen pasal merajuk. hu ! aku cuup tak suka nak hadapi orang merajuk ni. emo sangat kan. aku memang tak suka pujuk orang yang merajuk ni , selalunya aku akan biarkan orang yang merajuk tu tenang dengan sendiri dia je. memang bertuah la orang yang aku pujuk tu. haha . dalam hidup aku pun , aku susah nak merajuk , tapi paling banyak aku merajuk adalah dengan ummi aku. ummi aku suka sangat buat benda yang akan buat aku merajuk. hai ! sabar je la. bila merajuk dengan ummi , tak makan la aku becuase sibukkan dengan tidur. haha . pelik ! orang cakap or realitinya orang perempuan la ramai suka merajuk. katanya hati perempuan ni lembut , mudah tersentuh . ye ke ? eh ! mengada-ngada betul la orang yang merajuk ni. satu kerja pulak orang nak memujuk dia. sekecil-kcil perkara yang merajuk boleh jadi besar tau. menyusahkan jadinya. aku suka ketawakan orang yang mudah merajuk ni. lucu ! kebanyakannya suka merajuk dengan perkara kecil , contoh : si dia tak reply mecej , setengah jam ke setengah hari dah tak balas , si dia balas , merajuk pula tak balas la bla bla . hubungan retak ! alhamdulillah ALLAH sayang dia dari couple dengan si dia tu. haha , meleret pulak contoh aku ni kan ?! dan untuk pengetahuan , kebanyakan laki bukan suka sebenarnya nak pujuk si merajuk ni. kena main emosi pula. "awak sorry la . . . saya bla bla bla" . macam tu jugak aku tak suka layan orang yang merajuk. buang masa aku je. and for your information, orang laki pun ada juga yang merajuk. manusia ni semuanya hati lembut actually , cuma ego je yang meninggi. tak boleh halang la. so , merajuk la erk ! jangan panggil aku pujuk .

23 December 2012

tittle of ustazah


assalamualaikum :)
memandangkan aku sekolah agama dan pakai tudung labuh , aku selalu dapat title of ustazah bila pakai tudung labuh yang tertutup , sejuk mata memandang ! walaupun tak pakai tudung labuh , dalam kalangan sepupu dan mak saudara aku still bagi gelaran USTAZAH untuk aku. apa-apa hal tentang agama saja je nak buat persoalan dengan aku. haih ! aku memang tak suka orang bagi gelaran ustazah pada aku , sebab aku jauh lebih tak sempurna likes a ustazah. aku bukan nak cakap ustazah tu perfect , tapi menjadi seorang ustazah tu banyak ilmu di dada dan akan selalu beramal , istiqamah seterusnya menyebarkannya. aku memang suka kalau orang mendoakan aku jadi ustazah , kira doa la kan bila orang panggil aku ustazah . amin . aku nak jadi jiwa ustazah , ustazah ni memang suka bercerta tentang umat-umat tedahulu , isu-isu semasa umat ISLAM dan senang dikatakan boleh buka hati-hati orang untuk lebih mendekati cinta-NYA. contoh terbaik ustzah yang aku pernah kenal , Ustazah Hasmah . bila dia start bercerita , aku selalu terpukau dengan cerita dia. tidak ada sedikit pun sia-sia dari apa yang dia cerita . aku ni ibarat orang yang kosong tak tahu apa-apa kalau dia tak cerita semua tu . hebat kan ilmu dia . rindu pula ummi PSI aku tu . aku ni jauh sekali jahil nak dipanggil dengan ustazah , kalau orang ibaratkan ilmu yang kita ada di hanya dua titik dari air laut , aku ni belum tentu setitik tu ada . sekadar yang aku belajar and aku baca hanya sekelumit je yang aku miliki . tapi alhamdulillah aku ni terpilih dalam berjuta-berbilion pelajar untuk ke sekolah agama , mak saudara aku pernah cakap masa aku nak cari sekolah untuk tingkatan 1 , aku masa tu masam muka dengan ummi aku , aku tak nak masuk sekolah agama , dia cakap "tak semua orang terpilih masuk sekolah agama , hanya orang-orang yang terpilih je ALLAH bagi , bersyukur la kita yang terpilih ni , boleh bawa keluarga ke Syurga" . ustazah Hasmah pun cakap macam tu . alhamdulillah , kalau aku duduk sekolah biasa , tak mungkin aku rasa nikmatnya hidup cara Islam ni. tapi kita ni terpilih untuk ke sekolah agama bukan untuk tarbiyyah diri sendiri saja , tapi untuk umat Islam jugak . mashaALLAH besarnya perjuangan kita ni kan ? tapi kita terpilih kerana ALLAH tahu kemampuan kita , kita layak . so , kita tak boleh putuskan hubungan kita dengan ALLAH , ALLAH always besides you if you always helps our religion . insyaALLAH kita lah muslimah solehah yang akan berganding dengan si soleh yang melahirkan insan soleh-solehah . insyaALLAH . 



disebutkan lagi kisah lucu :
lepas solat maghrib , semua kumpul kat ruang tamu untuk tengok dan tolong my aunty gubah bunga untuk wedding sepupu aku .
my aunty : tin tema warna gapo untuk nikah ni ?
aku : ha ? (masih blur, shock tau)
my aunty : kawin dengan ___ tu la , nak warna gapo ?
aku : haha , dia kawin doh la 
my aunty : gak takpo , ustazah ni redho jah hidup dia , nak lawan kan takut derhaka pula
aku : hahaha (buat don't know)

sakit diperkenakan . aku tak nak ambil bekas orang , tapi aku nak je bermadu , dengan syarat aku yang pertama . hehe , tapi berdasarkan apa yang aku baca , actually monogami(1 isteri) adalah sunnah , buktinya Nabi Muhammad S.A.W , Nabi kita yang kita rindui tu tak pernah madukan Siti Khadijah R.A . tapi poligami atas dasar menjaga wanita dan dakwah Islam . poligami juga sunnah juga . dan untuk pengetahuan anda, poligami tidak boleh menyebabkan isteri pertama disakiti hati dan perasaan. jika isteri pertama sakit hati kerana suami melakukan poligami, cukup alasan bagi suami untuk tidak boleh melakukan poligami. itu Islam yang ajarkan kepada umatnya berdasarkan peristiwa Ali dan Fatimah .


bila nak try istiqamah pakai tudung labuh ni ?
lepas ni tak da sekolah dah , only kau dengan moto hidup kau .

21 December 2012

education fair , IPTS only !

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

*mini books and pamplets about every university/college and course*

semalam punya semalam dalam pukul 7.30 p.m selamat tiba ke Kota Bharu . home sweet home ! hehe . seminggu lebih duduk kat rumah my aunty. 2-3 hari lepas duduk rumah , my cousin bawa aku pergi Alamanda Putrajaya. jalan-jalan je and tengok wayang ! makan sepupu aku bayar , aku berlagak tak da duit. haha , jahat kan ? lastly , dye la belanja makan pizza. letih jalan ke sana ke mari dalam Alamanda tu. lepas tu , 2-3 hari sebelum balik abang aku bawa aku pergi Mid Valley . actually time ni nak jumpa Nur , tapi aku pergi pagi lagi tapi Nur petang baru boleh jumpa . aku round 1 hall kat Education Fair dalam 1-2 jam macam tu , berlambak-lambak kertas aku dapat , bila dikumpul jadilah 1 bag goodies. haha , dahsyat betul yang memberi tu kan. time dekat education fair tu , banyak kali soalan ni terjah kat aku :

" what course would you like to continue after this ? "

ha ? haha . lawak la jugak yang first kakak tu kena ngen aku , because aku tak pernah fikir dengan serius course apa yang aku akan ambil lepas ni , in university. cuma sekali-sekala berangan tu ada la nak jadi teacher or lecturer. and aku teringat keinginan abah aku suruh aku ambil course Syariah Law , so aku just jawab :

" education , TESL or LAW "

2-3 booth juga yang aku lalu , dia suruh masuk and isi borang ! masuk and isi je la. dapat ye , tak dapat nasib baik , tak payah la keluar duit because IPTS . huhu . macam-macam course ada dekat sini , kulinari, law, education, pilot , music , designer and etc. hmm majoriti yang aku lalu kat booth kulinari kebanyakannye cina , nak tau kenapa? sebabnya course ni guna bahasa mandarin and english. kalau aku ada course yang senang macam ni guna bahasa melayu pun aku nak join . tu la kerajaan kita , bahasa kita bahasa kedua bahasa mat saleh tu no.1 . kata bahasa melayu bahasa kebangsaan . mana statement tu ? haih . isu lain pula. ye la memang la bagus nak powerkan English , aku pun suka apa English , tapi kita ni dah lahir di Malaysia guna la bahasa Malaysia. kan bahasa kita bahasa lingua-franca dalam perdagangan pada zama sejarah dulu. tak bangga ke semua orang nak belajar bahasa kita because BM ni senang nak belajar. BM ni top 5 la bahasa paling mudah nak belajar in this world. hui ! panjang lebar pula bersyarah . lepas aku pergi educatin fair , abang aku ajak pergi lepas makan fruity ice cream , tak da apa kat MId Valley , katanya. sedangkan aku nak usha-usha dulu. ok! ikut driver je. kebetulan dah masuk waktu Zohor time tu , so abang au bawa aku, mekna and my cousin to Masjid Negara . first time sampai. haha . ramai juga la buat lawatan , orang cina , orang indon yang bising je dalam masjid. tak tau adap ke ? jauh la tempat wudhuk . bayangkan 30 minit jugak nak jalan-jalan cari tempat wuduk and masuk masjid nak solat. hui ! sekali seumur hidup. huhu . lepas tu , sambil tunggu abang aku solat , aku , adik aku and my cousin pergi jalan-jalan sekeliling masjid . lawat kubur tokoh-tokoh dalam sejarah apa. lepas usai solat . ingat nak balik dah , hai ! pergi kLCC pulak , dah la parking jauh abang aku tu, aku pulak pakai high heel . huih ! longlai kaki aku . dalam kLcc , pergi jalan sini , jalan sana , naik sini , naik sana , tau cari apa ? cari tempat nak makan . full la semua tempat makan. lastly , pizza hut. tekak aku loya la makan pizza . boring dah ngen cheesenye. lagipun kat KB ada pizza hut.  tapi dah tak ada pilihan , duduk la makan. lepas makan round lagi , round je . and lastly balik rumah . huhu , penat-penat . sekarang duduk rumah ! apa-apa pun seminggu lebih lagi aku akan pergi PLKN Padang Kacong , Marang Terengganu . excited rasa jiwa ni . ok , tata . . 



11 December 2012

sep kito jange pecoh , sumayyah

assalamualaikum :)

srikandi Sumayyah .

" bergegas lah kawan untuk sambut masa depan
tetap berpegang tangan
dan saling berpelukan
berikan senyuman
untuk sebuah perpisahan
kenanglah sahabat
kita untuk selamanya "
- lirik kita selamanya : Bondan Prakoso & Fade2Black -

bila kau pergi jauh, ingatlah aku
bila ku disampingmu , peluk tubuhku
bila kau rindu aku , panggil namaku
kudatang menemuimu
- pelengkap hidupku -

fatin sayang semuanya
kenangan dengan mada selama 4 tahun .
semua ustaz-ustazah yang menjadi murobbi saya hingga datang cintaNYA
semua sahabat-sahabat saya yang comel-comel and baik .

sorry for all my mistakes , and i had been forgave you all . i will love you all forever .
 terus-teruslah bagi nasihat and tegurlah fatin bila fatin buat silap walaupun kita berpisah. 

berpisah jasad tak bermakna berpisah hati :)

6 December 2012

m-e-r-d-e-k-a plus SHOCK

mood : senang hati , non-gelisah !

assalamualaikum :)
alhamdulillah tamatlah SPM. hanya ALLAh je yang tahu betapa leganya hati ni, tapi tak sehappy mana sebab result belum tahu lagi. in sha ALLAH ada best rewardNYA . amin3. straight A. sedihlah lepas ni tak pergi sekolah dah , naik taraf sikit jadi orang dewasa , university la pulak. bajet ! haha .


Penempatan Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 10/2013

KUMPULAN
:
PUSAT BERKUMPUL
:
KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) KAMPUS CAWANGAN KOTA BHARU (BERSEBELAHAN PASARAYA TESCO) 
NEGERI PUSAT BERKUMPUL
:
KELANTAN 
TARIKH LAPOR
:
03-JAN-2013 
MASA LAPOR
:
9:30 PAGI 
NAMA KEM
:
KEM PLKN PADANG KACONG, MARANG 



menatang ni buat aku sakit hati je. aku nak dalam kelantan je , dia bawak aku pergi MARANG , Ganu. kalau boleh jumpa Zizan aku on la pulak. haha. apa-apa je la. tengah fikir nak pergi or tak. malas betul jauh2. tapi aku fikir , masuk bulan 1 , and mesti result keluar awal bulan 3 tahun depan . tak lama pun tu, pening *_*

28 November 2012

get ready for next paper

insyaALLAH resut AWESOME like this !

assalamualaikum rindu .
hehe , memang rindu nak blogging. last day , aku exam perdagangan. susah ! nasib baik bukan aku sorang je cakap susah. at least , nanti gred markah turun la. insyaALLAH dapat A jugak. ALLAH Maha Bekuasa. okey lupakan yang dah lepas. focus for next paper. bahasa arab ! i'm very blur for this subject. i hope i can score , i know He always be my sides. so , kena banyak hafal untuk subjek ni. dari insya' hinggalah ayat biasa-biasa. i'm very low for this paper. jadi , menghafallah akan buat saya boleh terjawab. ustaz cakap kalau kita tak tahu jawapan JANGAN TINGGAL , jawab je because akan diberi 1/2 markah. insyaALLAH macam tu. haih ! berdebar . ni la subjek yang aku paling gerun and the second is HISTORY. sejarah tu dalam BM , banyak KBKK , boleh la tibai. ni bahasa orang lain, bukan bahasa kita, pening orang arab nanti nak faham ayat aku. asyik "a-ka-la" je. haha. tak nak cakap banyak dah. sekadar mengupdate. 
maassalam :)


doakan aku yek .

16 November 2012

peace for Palestin

mujahideen Palestine , bangga ada daddy macam ni .

assalamualaikum =)
saya ada 3 hari je lagi sebelum continue back spm , subjek seterusnya Pendidikan Syariah Islamiah. subjek ni penting sangat bagi aku, boleh ambil undang-undang syariah at universiti. insyaALLAH. pause sekejap pasal SPM . 2-3 hari kebelakangan ni, ramai pula yang post pasal Palestin di facebook. , semua sedar sekarang Palestin perlukan kekuatan dan kebebasan . saudara kita di Palestin semakin 'kritikal' bergolak dengan Yahudi laknatullah. masyaALLAH . bukan mudah juga nak jatuhkan 'anjing-anjing' licik bodoh ni. merampas hak orang . tapi semua ni mustahil dengan izinNYA dan kita haruslah memberi kekuatan kepada mereka. melalui apa ? of course doa. kan doa itu senjata mukmin. doakan mereka .

Khalil Ismail al-Haya , Ketua Whip HAMAS berkata :

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad "

- kami telah dipilih oleh ALLAH untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta, anak-anak kami untuk menentang musuh ALLAH dan memperrtahan Masjid Al-Aqsa

- kami juga dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa.kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci bagi mereka

- kami dipilih oleh ALLAH untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

- selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

- mengapa ? hanya kerana kami mengucapkan kalimah LAAILAAHAILLAH dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami

- kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid

- kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang

- namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda(umat Islam kita)

- jikalau kami gugur syahid, dan anda terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan

- kami akan tuntut daripada ALLAH atas kealpaan anda semua

- kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua

(dipetik dari buku Pemilik Cintaku setelah ALLAH & Rasulullah , karya Fatimah Syarha)

sebagai umat Islam yang hebat, kita kena bersatu. macam umat Islam kita menkencang habis-habisan filem yang menhina Nabi Muhammad S.A.W bulan lepas , peristiwa itu menarik ribuan orang bukan Islam memeluk Islam. kenapa ? kerana melihat betapa hebatnya umat Islam bila bersatu di seluruh dunia. hal ini samalah untuk rakyat Palestin. berdoalah tanpa henti untuk mereka ~ 

9 November 2012

the day of SPM and break for a while

 assalamualaikum

main , main juga . namun aku tak lupa yang spm tak habis lagi

alhamdulillah four paper i had complete in a week . ada yang senang ada jugak yang susah , tapi alhamdulillah ALLAH always besides me , He give me strength and all is impossible with ALLAH in our work. haha , pengalaman hari first masuk dewan , alhamdulillah debar tu biasa-biasa je, debar macam exam sebelum-sebelum ni. bila duduk and jawab , fuh ! tak rasa macam exam besar la pulak , "perkara dunia memang kita tak rasa, sebab sikit pun tak ada nilai disisiNYA" aku cakap sendiri. tapi masing-masing wish good luck to me. i will do the best for everyone especially to my ummi and abah who was sacrifice everything . everyday aku cakap keat ummi "jangan berhenti doa" dalam seminggu aku exam , matematik la buat aku kecut-perut sekali , sebelum masuk dewan , dah macam ayam nak bertelur , debar sangat-sangat. and lepas keluar dewan jawab kertas 1, i cried. banyak aku 'senapang' soalan tu. nasib baik OMR. tapi alhamdulillah kertas 2 boleh jawab , senang la jugak. apa-apa pun semua dah lepas dan aku lega dah untuk subjek-subjek yang dah lepas. tinggal lagi 5 paper. dan nak boleh habis tu , lama seeh , 5/12 baru habis. memang untunglah budak spm tahun ni , banyak gap, abah aku pun cakap perkara sama. teringat lagi time mudir kebanggaan aku panggil aku and amalina suruh pergi jumpa dia , aku ingat apa la kan dia nak jumpa , rupa-rupanya nak bagi motivate.

mudir : gano nak pekse spm ?
aku : alhamdulillah , ada la sikit-sikit.
mudir : trial hari tu , enti dapat berapa ?
aku : 2 je . . ( and amalina pun cakap jugak )
mudir : arget enti untuk spm :
aku : 8A , insyaALLAH. . (dengan cepat sekali, amalina pun)
mudir : bagus la awak ada target and yakin nak yang tu , budak laki ustaz tanya , tak berani pok dia nak letak target . (haha , aku rasa aku main cakap je tu, nak cakap 9 kan , layakkah aku?)
smbung lagi mudir cakap : tahun ni banyak masa terluang dari satu subjek ke satu subjek , enti boleh sangat la nak capai target enti tu. kalu kita kiro , nisbah untuk satu subjek adalah untuk 3 hari. jadi banyak lagi masa untuk enti study. kalu tak pehe , boleh tanya cikgu lagi . jadi gitu la noe .
aku : ;) insyaALLAH

ha ! lebih kurang macam tu la time aku pergi jumpa mudir tu. cikgu-cikgu tahun ni memang caring la dekat anak murid-murid dorang , lagi-lagi budak spm . i'm talk the reality things. target mudir pun tinggi untuk kami. insyaALLAH capai target. apa-apapun , budak-budak spm duduk 'nikmati' cuti seminggu . lalala , doakan saya ye :)

21 October 2012

menghitung hari , menghitung debaran

hipotesis : makin hari makin dekat spm men"JELMA".

assalamualaikum :)
lama tak update blog. fuhh , fuhh ! berhabuk . haha. almaklumla sebulan jadi budak asrama and makin sibuk dengan bersiapan nak exam. dalam 2 minggu or 14 hari lagi nak exam . debaran tu memang tak boleh singkir la selalu je ada tapi aku yakin aku ada ALLAH untuk perjuangan ini. banyak lagi yang kena cover , tapi yang paling aku risau subjek PQS & PSI . subjek itu bagi aku yang paling penting , sebab itu subjek bonus untuk pelajar sekolah agama , lagipun aku nak ambil law syariah kena skor la A+ kan . haha , insyaALLAH. alhamdulillah jadual spm tahun ni banyak gap, terutama selepas seminggu exam gap 11 hari untuk subjek PSI. masih ada masa dekat situ untuk cover . moga-moga ALLAH permudahkan . last night, kobar-kobar orang kelate aku tengok bola , tapi aku ada tuisyen . first2 tu aku cakap taknak pergi tuisyen and umi just cakap " bola tu tak dop gapo-gapo la, tin . . kito hop pekso ni lagi penting" nada mendatar je umi buat . haha, umi ni fatin main-main je tak mahu pergi. akhirnya pergi ajala tuisyen walaupun 50-50 nak tengok bola tapi bola tu tak da apa la, itu perkara selepas perkara penting , only HARUS je bukan sunat nor wajib ,bagi aku la . pergi tuisyen tu , kelas aku la yang paling ramai , 7 orang ! yang kelas lain jadi kelas individu . and ada cikg tu boleh balik je because kelas cikgu tu tak ada pelajar. pergh ~ tahun sebelum-sebelum ni memang tuisyen aku ambil cuti bila Piala Malaysia kelantan  lawan , tapi boss tuisyen kata "nak ganti bila kelas? spm tak lama dah" so , cikgu yang ada kelas terutama spm terpaksa la berkorban . sampai rumah dalam kul 10.45 macam tu la . lega boleh tengok , lagi-lagi ada masa tambahan 30 minit. pergh memang puas hati la boleh tengok Red Warrior kawe menang . huhu , percaya atau tidak semalam 1st aku tengok kelantan main and last kut untuk tahun ni. haih , tuisyen punya pasal . haha . . korban-korban ! sopmo jugak kobar-kobar balik tuisyen cepat-cepat tapi asyik tak sempat je , sampai rumah mesti habis dah . haha . . akhirnya semalam dapat lepas semuanya . haha. . korban-korban punya pasal , korban lembu minggu depan ye ! hehe  . apa-apapun tak tenang hati ni nak beraya because kena korban buku-buku untuk perah di otak. doakan aku ye 


song sempena Piala Malaysia 2012

23 September 2012

Kau Tercipta Untuk Ku :)

assalamualaikum :)
lama dah aku tak update blog, rindu sangat. tapi i buzy ! buzy dengan macam-macam terutama study yang hanya tinggal sebulan lebih je lagi nak SPM . debar , kalut ! otak pun tak keruan je sekarang. okey, staright to the point. aku tak nak jiwang-jiwang. tapi aku nak kogsi video forum ustazah Fatimah Syarha. kalau korang nak tahu, aku jatuh hati dengan kata-kata atau cara ustazah Fatimah Syarha ni. first aku kenal dia melalui buku Pemilik Cintaku setelah ALLAH & Rasulullah. korang pergi la cari buku ni, even buku ni lebih kepada golongan kahwin, tapi ustazah mulakan penulisan dia untuk remaja yang suka hatinya berbunga tentang c-i-n-t-a ! tak rugi pun baca. bila ustzah ni muncul , mesti dia cakap pasal cinta islamik. confirm cair. aku suka cara dia dakwah .

dengarkan , hayati dan buat lah secara perlahan-lahan :

( part 1 )

( part 2 )

( part 3 )

( part 4 )

( part 5 )

( part 6 )

( Part 7 )

( part 8 )

( part 9 )

( part 10 )

( part 11 )

hah ! ambil lah . ada 11 part. aku pun baru tengok 4 setengah . tak sempat . benda ni tengok untuk makanan jiwa je. 

" nak suami soleh , kita kena cuba jadi solehah dari sekarang "


*esok saya masuk asrama =)


14 September 2012

berubah itu susah , tapi dengan kekuatan yang ada . . .

yes you right drcinta .

assalamualaikum :)

hi

hello

bonjour

annyeonghaseyo .

lama sudah aku tidak mengupdate blog ini. asyik tak ada modal je , so sunyi la seketika . cakap pasal mujahadah ni , tahu ke apa maksud mujahadah ini ? mujahadah is . . . berubah , berhijrah , berjuang untuk mencari keredhaanNYA . sesiapa nak berubah ini memang susah , ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental , bukan mudah nak peroleh cintaNYA , kerana DIA yang TERHEBAT yang menciptakan c-i-n-t-a . mestilah cara nak dapat pun jalan terhebat. honestly, aku teringin sangat nak berubah terutama dalam pemakaian aku terutama tudung aku . aku teringin nak istiqamah dengan baju kurung or jubah . aku teringin nak istiqamah dalam buat kebaikan , aku ingin istiqamah mencari redhaNYA . tapi . . . aku perlukan seseorang bimbing aku semua ni. walaupun aku sudah hampir 5 tahun di sekolah agama, namun aku tetap perlu pembimbing untuk aku berubah. sebelum aku langkah keluar dari sekolah aku, aku nak merasai apa hasil aku menuntut ilmu agama, yang ustaz-ustazah selalu nasihatkan. aku tak nak sia-siakan semua yang aku dapat . sekarang dekat sekolah aku HOT ISU tentang couple budak-budak form 4, alah memang tiap-tiap tahun budak-budak form 3 or form 4 je HOT ISU tentang couple. sama la masa aku form 4 =) , time ustazah aisyah masuk kelas time subjek PQS , ustazah pun bagi la tazkirah , ustazah tu guru tingkatan 4, dia suruh aku aku and classmates aku bagi nasihat kepada adik-adik form 4 tu , nasihat secara berlemah lembut. tapi aku jauh sekali nak buat semua tu , bukan nak judge apa , tapi budak-budak of course fikir "alah. kak fatin pun macam tu dulu" hanya aku mampu , membenci perbuatan mereka je . dorang ni selalu je lepak kat anjung depan sekolah aku untuk usha budak-budak laki , aku tahu lari je bila dorang usha. RIMAS ! sambung yang ustzah aisyah tadi , ustazah pun teruskan lah bagi nasihat kepada aku dan classmates aku , topik yang dia ketengahkan topik couple and soal pakaian bila langkah ke luar sekolah . dulu , mula-mula ustzah mengajar pernah dah sentuh soal pakaian a.k.a tudung labuh , ustzah seolah-olah anggap yang semua dah lekat dengan tudung labuh . tapi , aku tahu ustazah pun usha FB aku. alhamdulillah pasal couple , aku dah boleh avoid. tapi pasal pakaian insyaALLAH aku akan berubah . tapi aku perlukan pembimbing untuk lakukan semua ini , . . . ya ALLAH berikanlah aku kekuatan . . .


*i got only 2A ,3B+ and else BROKEN . . . alhamdulillah masih ada a  :')


1 September 2012

kem spm & stam

assalamualaikum =)

sihat ke ? puasa 6 dah habis ? kalau tak habis , cuba-cuba habiskan erk . kalau tak start , boleh start sekarang dengan masa berbaki iaitu setengah bulan lagi ada . rugi la kalau tak ambil kesempatan ni. cepat-cepat puasa yerk ! hari selasa hari selepas menyambut raya di sekolah aku , aku , budak spm dan stam pergi kem selama 2 hari , hari rabu balik . best sangat kem ni coz ambil aktiviti ni pada hari sekolah , cikgu buzy di sekolah , so , motivator tetap mada , PokNik yang handle :) , nka pergi mandi or jalan at beach anytime boleh . asalkan kerja yang ida bagi on time siap ! terbaik kan ? and budak laki-perempuan berdiskusi macam buat kerja satu kuliah .


all of us !
memang suka kalau budak form 6 & form 5 dikumpul dalam satu masa
coz ia gempak ! hehe

study group aku .
i'm the leader , leader tak bertauliah .

all of candidates spm mada 2012

siapkan ! malam ni kena hantar .
satu hari satu buku boleh siap dalam kem ni !

we are the winner !
*winner apa aku tak tahu la .

 nasyid Sumayyah 

 candidates STAM .

game !

PokNIK :D

tenangnye duduk sini , taknak balik !

budak-budak lepas stress 

ops ! terupload sudah . haha , think positive .

2 hari di kem , terasa lama and sekejap je . lame because kena hadap buku sejarah sehari and psi sehari . sekejap because tak puas round pantai ! hehe . apa-apa pun POk NIK pesan suruh study-study-study , dua bulan je lagi. kalau boleh nota di tangan 24 jam . hehe . tidur only 4 jam sehari , jangan masuk campur urusan yang tak penting likes blogging . hehe . moga-moga semangat ini berterusan hingga spm :D , bye , continue study ~

raya @ mada'12

assalamualaikum !
raya mada kali sambut ala kadar je , xde awie kut jadi macam ni
haha , tak da kaitan la :D
tapi jujur la tak best mana pun
tapi yang menbuatkan best is
ayu saira datang mada !
hui , lagi best time cam ni kalau ada Azfar n Mila .
kalau ada  C(=

 1st , mohon maaf zahir & batin la :)

makan biasa-biasa je , yang special nugget , chic ball 
tu pun aku yang bawa :D
erk ! tu model makanan tak berbayar 

Zati & Tikah the famous , hehe

 makan sate memang seksa nak cucuk !
tapi banyak lemak yang membuatkan aku suka sate .
kalaulah boleh makan sate mila . . . hehe

cakkk ' a ! koya malu kakah ni .

senyum la orang amek gambar kito

at dewan spm ! sabotaj .
(?) kerusi tu khas untuk si dia , aku n ayu tak bermadu la :P
*idea ayu la , pandai-pandai je dia sekarang erk .


time suka-suka ngen ayu ,
aku tertanya la
-> bila sep kito nok jupok ? rindu sangat nok galok .
tapi orang TM meme susah sikit nok jupok
lepas SPM deh demo :D

23 August 2012

raya 2012 :D



my family is my soul <3

*double-click untuk tumbesaran

assalamualaikum :)
raya macam mana korang semua ? kalau best , aku tumpang happy juga tapi kalau sebaliknya, kita berjiwa sama. entahlah kenapa tahun ni tak berapa best raya , tapi otak aku ni tak lepas untuk ingat pakwe tersayang dan debaran mengikat tali perkahwinan , haiceh ! aku nak kahwin dah , bulan 8 hari tu datang merisik , nak tak nak aku kena terima almaklumlah memang umur aku ni tak boleh tlak jodoh yang datang awal-awal ni , lagi pun aku suka kalau ada orang jaga aku time aku muda dan menjalani kehidupan yang baru. kahkahkahkahkah apa yang aku melebih ni? haha . . aku debar nak exam spm je la , yang aku bertunang itu aku trial spm dan yang aku nak kahwin adalah the real spm ! ya ALLAH , hanya Dia je yang tahu aku debar , tak tenang nak beraya . orang bagi duit raya pun aku malulah nak ambil , rasa nak bagi je balik tapi sapa nak tolak orang bagi duit raya kan ?! hehe , ambil je la dah lah mencecah rm100+ , rezeki weyh . aku hajat nak pergi shopping buku , buku motivasi , buku pemilik cintaku and mana-mana buku terbaik ! hehe. raya tahun ni pun banyak pergi makan gulai and uruskan wedding my cousin at pasir puteh . so , semua pakat jumpa time kenduri tu je bukan 1st raya macam selalu. apapun aku dah low bateri untuk menaip ni , sebelum habis baik aku off , aku malas ;D . bye

17 August 2012

happy aidilfitri to all muslim


assalamualaikum :)

alhamdulillah usai sudah sebulan berpuasa untuk tahun 1433 H ! moga-moga kita dapat syafaat pada bulan ramadhan karim ini , sesungguhnya rugi la kita kalau sedikit pun kita tidak merasa betapa indahnya hadiah ramadhan dari ALLAH. sebelum aku menjadi semakin sibu nak urus untuk sambut hari raya lusa , aku nak menyusun 10 jari mohon maaf untuk semua yang mengenali aku yang aku ada ter-ter buat salah sama ada jelas atau tidak sengaja . kira kita semua kosong-kosong la yek !

selamat hari raya aidilfitri <3



*taksabarnaksujudsyukurlepasbukapuasaesok,sebulanpenuhberpuasatanpaperluganti

14 August 2012

from ummi to her daughter

Tanggal 14 Ramadhan1406 'kakak' Nurul Aishah di pinjamNYA pada Ummi dan tanggal 16 Ramadhan 1433 'kakak' di kembalikan padaNYA..kembalinya yang di rindui..

'Kakak' adalah anugerah istimewa dariNYA utk Ummi & Abah..Alhamdulilah!!..'kakak' tak pernah melukai hati Ummi, walaupun kadang2 Ummi penat dgn kerenah 'kakak'..bila di marahi kakak akan tersenyum..bila kesakitan kakak juga akan tersenyum/ketawa....sudah lama Ummi tak melihat tangisan/airmata kakak..Subhanallah! Maafkan Ummi jika layanan Ummi tak sempurna untuk kakak. Ummi halalkan setiap titisan air susu yg mengalir di dalam diri kakak..

1 Syawal 1433 akan menjelang beberapa hari lg....Syawal tanpa kakak..Syawal tanpa suara/senyuman kakak...Syawal bersama kerinduan yg mengamit jiwa Ummi...

Kakak sudah kembali ke Syurga Idaman bersama hamba yg tak berdosa..kembalinya di rindui..semoga di bawanya kita bersama ketempat yg terbaik di Syurga..amin..

Al-Fatihah buat 'kakak' Nurul Aishah.......


dipetik dari status fb ummi :')



sekali lagi menitis air mata aku baca bait-bait ummi
semua orang meredhai pemergian kakak namun semua orang merindui kakak
tahun ni , aku boleh pergi solat raya
aku berharap sangat  boleh pergi because ini first time solat raya dalam hidup aku
bukan aku mencari alasan untuk malas , tapi aku tak da kesempatan
pagi-pagi raya aku kena suap makan minum kakak , kemas rumah sikit-sikit 
tapi yang penting aku kena suapkan dan tolong ummi uruskan kakak
jauh di sudut hati aku , aku nak sangat bergambar family sekali dengan kakak tahun ni
tema raya family tahun ni warna gold !
tapi semuanya mustahil . 

kakak , 
fatin rindu sangat kakak
tiap kali fatin rindu kakak hanya Dia je yang mendengar luahan hati yang sayu ni
fatin berharap kita jumpa lagi di sana .
walaupun sekarang suasana baru tanpa kakak 
takda seorang pun terkecuali tak ingat kakak
semuanya rindu kakak yang suka buat bising dengan telatah 'air liur' kakak
yang suka hatuk dahi kakak dengan tangan orang lain
walaupun kakak bukanlah yang sempurna pada fizikalnya,
namun tetap fatin bersyukur dapat luangkan masa dan duduk dengan kakak
pagi petang siang malam .
i really miss you