12 December 2013

bangkitlah , sedarlah wahai diri

assalamualaikum :)

wahai diri:

di saat-saat kita jatuh tersungkur , jadikan ALLAH tempat pertama sandaran kita .
nescaya Dia membuatkan kita bangkit dari kekecewaan dan kesedihan itu .
kerana ALLAH memberi kita kesedihan itu tanda Dia ingat pada kita
dan kita pun kenalah mengadu padaNYA kembali :)

for the first, thanks to kak mila yang banyak support saya, beri nasihat, menjadi motivator hidup saya. fatin ni memang suka memberi semangat pada mila, tapi kalau fatin dalam masalah gini, fatin rasa fatin paling lemah sekali dari semua orang yang fatin bagi semangat ! thanks a lot ukhhti. thanks tika bagi fatin peluk tika saat-saat fatin sedih sangat-sangat , fatin pun tak tahu masa tu fatin rasa down sangat sampai matahari atas kepala pun fatin tak endah , nak nangis jugak time too . haha . fatin terlalu kecewa sebab fatin tak sekuat yang dulu untuk menghadapi perkara yang sama pada situasi yang berbeza . bertahun-tahun ! 

moga diri ini terus tabah , melupakan hal lalu and act like usual :)
bangkit , ini kali lah ! heee

menyayangi seseorang tidak setanding disayangi Ya RAHMAN

assalamualaikum :)


Kenapa awak tak couple? kenapa saye tengok awak sombong dengan lelaki ? awk tak kawan dengan lelaki ehhh?ker sbb awak budak sekolah agama atau sebab awak hafal quran? sekarang zaman dah maju la orang dah tak kisah semua tuuu...

kenapa awak nk perempuan yg baik? kenapa awak tak pilih jer die , kerr sebab die dah pernah bagi hati dan badan die kt orang laen dengan mudah? kenapa kalau awak beli barang, awk pilih yg elok? kenapa tak pilih jerr yang low brand @ low standard? kenapa awak nak masuk syurga ker sbb neraka itu panas???

itu lah persoalan kepada persoalan yg diatas. kalau korang nk tahu kenapa fikirlah sendiri....Allah bagi akal untuk kite bukan saje-saje tp Dia nak kite pikir dan pilih ape yg terbaik untuk kita. sebenarnya kita yang merubah diri kita sendiri bukan kerana org lain.

INGAT WALAUPUN SEKUAT MANA SAYANGNYA KITA 
KEPADA ORANG LAIN 
BELUM TENTU LAGI ORANG ITU SAYANG KITA 
TAPI KALAU KITA SAYANG DAN KASIH KEPADA ALLAH 
SUDAH TENTU ALLAH SAYANG DAN KASIH KAT KITE

7 December 2013

ku jaga hati ini

assalamualaikum semua :)


Ya Allah kau berikan cinta dalam hati
Sebagai satu nikmat yang telah Kau Beri
Kusadari kasihMu Ilahi
Mewarnai jiwa ini dengan cinta suci

Hingga suatu saat Engkau mempertemukanku
Dengan satu bukti atas kuasaMu
Dan Kau hadirkan seorang pilihan
Ikhtiarku kuserahkan kepadaMu Tuhan

Kan kujaga hati ini dari segala dosa
Hingga sampai saat nanti ada ikatan suci
Doa untukmu selalu di sepanjang hidupku
Hingga suatu hari Tuhan menitipkan engkau kepadaku


semakin ku meminta , semakin aku diuji dengan dirimu . bukan aku mengeluh , tapi aku meluah . aku penat dengan semua ini . kafarah dosa aku kepadaMU ya ALLAH . ALLAH , banyaknya dosa ku . lupakan aku pada dia , Ya ALLAH . lupakan aku pada dia , Ya ALLAH . lupakan aku pada dia , Ya ALLAH . damaikan hatiku . 

30 November 2013

reunion on meeting IMAD

assalamualaikum all :)
cerita ni cerita lepas , lepas yang lama jauh dah .
baru berkesempatan nak bercerita about this story ^_^
IMAD iaitu Alumni Maahad Darul Anuar baru ditubuhkan pada tahun ni .
entah kenapa la baru ditubuhkan ^_^
so , saya salah seorang pelajar penting dipanggil untuk meeting penubuhan IMAD ni , lantik jawatankuasa dan rancang aktiviti seterusnya :)


hasil pelantikan jawatankuasa :

PENGERUSI
Us. Ahmad Zikri b. Mohamed Ashari

TIMBALAN PENGERUSI I
Us. Mohd Danial b. Kamal

TIMBALAN PENGERUSI II
Siti Salma bt. Mohd Razali

SETIAUSAHA
** [temporary] Nik Mohd Fakhriy b. Ab. Wahab

BENDAHARI
Maisarah bt. Che Hamzah

UNIT R&D
Wan Mas Syamila bt. Wan Zaharudin [Ketua]

UNIT KEBAJIKAN
Fatin Nadirah bt. Naim [Ketua]

UNIT DANA
Nur Azfar bt. Abdul Aziz [Ketua]

UNIT PENYELARASAN
Yusairah bt. Zulkifli [Ketua]


ini bukan alumni untuk pelajar muslimat saja , tapi oleh kerana barisan muslimin tak datang , so , jawatan ini diketuai oleh barisan muslimat untuk sementara waktu . nanti mesyuarat akan datang , akan dilantik semula . lelaki kan kena berkepimpinan :D 

jamuan lepas meeting :




lepas mesyuarat , masa untuk round sekolah ! 

lepas melawat adik kak mariyyah yang ke-12 yang baru lahir






and the most speacial , i met them . MADANA ! 
memang melompat-lompat sukanya bila tahu ayu and azfar boleh join sama , so , ada peluang lah aku and mila dapat jumpa dorang ! susah kot nak jumpa dorang . time macam ni la ambil kesempatan .
tapi , ayu , mila and azfar terasa pulak bila aku lebih rapat dengan salma dalam meeting too ! sorry la semua , bukan niat fatin nak menjauh dari korang masa tu , bila lama sangat fatin berkawan dengan salma , fatin pun jadi serius on time , sorry kalau terasa ^_^

sempat snap sekali kita berempat ! i love u all so much .
dah 4 tahun kita kawan , so sweet <3

banyak dorang posing bertiga >.<


lepas pegi mada , kite hangout kat KBMALL tapi ayu tak join , ikut ayah dia balik ! asyik duk throwback stroy lama . haha , pastu gelak-gelak-gelak .
gonna miss you all again >.< :) :)

*kalau ada rahsia lama yang tak terluah , mai lah cito ko ambo . hehe . lawok !

riang ceria 'bekwoh' abe :)

assalamualaikum :)
minggu lepas , on 24 November 2013 pertama kalinya kenduri abang aku .
huhu . banyak happening , letih , suka sangat . hee


on 23th Nov 2013 @ Kak Sya house , we call "hantar menantu" heee





on 24th Nov 2013 @ our house , we call "menyambut menantu" . huuu

sekadar pelamin yang berharga RM3000++ tanpa sesen pun dibayar .
cuma barang pinjam , sponsor , dan beli sikit-sikit .
sekadar bergambar :)

groom and bride of the year :)

sebenarnya dia kak ipar saya , kak sya @ Syarihan




 potong , belah , kerat kek !

cuzzy muzzy

dayang sari ! macam comel je , macam comel je >.<

 they are my brothers :)

omi . . obah !



ok ! i'm next , after 3 years ok >.<

30 October 2013

a best relationship with ALLAH

Assalamualaikum .

tak payah komen , saya tahu kekasih saya maha super-duper terbaik !

apa khabar semua ? how are you ? 
'ustazah' harap semua sihat macam ustazah la ye ! haha . sihat berisi
(ustazah la sangat , xse eh jadi ustazah , tak layak)

alhamdulillah kita sihat fizikal , mental kita pada hari ini .
tapi rohani kita sihatkah ?
hati kita bersihkah dari kuman-kuman serta virus-virus dosa ?
jiwa kita tenang kah ?
ada rasa macam tak sedap hati kah ?
rasa serabut kah di minda kita ? tapi tak tahu serabut pasal apa ?
dan banyak lagi soalan "kah?kah?kah?" pulak aku kena buat .

tahukah kita persoalan-persoalan di atas hanya boleh dijawab 
dengan satu jawapan je , iaitu
"dosa kitalah yang membuatkan kita kusut , serabut dan 
terhijab kita dari rahmat ALLAH"

rahmat ALLAH ialah kasih sayang ALLAH .
umpama orang yang mandi peluh , mestilah busuk kan ? ada ke orang nak pergi peluk orang tu ? haha . satu dalam beribu kot . macam tu ALLAH pada hambaNYA, kalau kita buat dosa, semuanya terhijab(terhalang) . contoh yang paling mudah, apabila kita sedang menuntut ilmu tapi dalam masa sama kita juga sering melakukan maksiat, kita pun stress "kenapa la aku baca banyak kali , tapi tak masuk dalam kepala aku ? tak ingat-ingat ? lagipun ustaz dah ulang banyak kali dah topik ni" . itulah kesannya dari dosa kita . terhalang dari rahmatNYA . tapi ALLAH Maha Pengampun dosa hamba-hambaNYA , Dia menerima taubat hambaNYA . sekali kita ingat Dia , beribu-ribu kali Dia ingat kita . sekali kita sayang Dia beribu-ribu kali Dia sayang kita . bukti ? macam-macam nikmat yang kita kecapi hari ini . 

 rahmat dari nikmat ?! 
mempunyai televisyen itu nikmat tapi mempunyai televisyen untuk menonton slot-slot agama dan ilmuwan itu rahmat . 
mempunyai kereta itu nikmat, mempunyai kereta yang membawa kita ke masjid itu rahmat . 
mempunyai cinta itu nikmat , mempunyai cinta yang membawa kita lebih dekat dengan ALLAH itu rahmat .
agak-agak berapa peratus rahmat yang kita peroleh dari nikmat 
yang dikurniakan ALLAH kepada kita ?!

mempunyai rahmatNYA kitalah orang yang paling bahagia kerana kita menikmati rahmat ALLAH iaitu kasih sayang ALLAH sambil menikmati nikmat yang diberikan . dapat 2 in 1 dalam satu masa ! untungnya . mari kita muhasabah . tanpa rahmatNYA hidup kita hanya bahagia dengan nikmatNYA bukan rahmatNYA yang membawa kita ke syurga .

uruskan hati dengan istighfar . jangan lupa zikrullah :)

28 October 2013

Sajak Aminah Qutb

Assalamualaikum


Sekiranya ,
kita cinta kepada manusia ,
tak semestinya manusia cinta kepada kita ,
Tapi sekiranya ,
kita cinta kepada ALLAH ,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya .
Sekiranya ,
kita cinta kepada manusia ,
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai .
Tapi sekiranya ,
kita cinta kepada ALLAH ,
kita akan turut mencintai orang
yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga .
Ya ALLAH ,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka ,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMU
dan campakkanlah ke dalam hatinya 
cinta kepadaku adalah keranaMU
Namun ,
andainya dia bukannlah jodoh
yang ditetapkan olehMU kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar aku pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku .

* Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal
Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya .

16 October 2013

Tanpa ALLAH , tak sekuat hari ini

Assalamualaikum

first of all , Selamat Hari Raya Aidiladha .

uruskan hati dengan istighfar :)
hati tenang , hidup senang !

tiba-tiba , ada sesuatu yang membisikkan aku semalam
" 2 AidilAdha !"
terus bukak diari lama yang kebetulan nak buang dah ,
" ya ! 2 Aidiladha . cukup 4 tahun kita ber'jihad' . "

"waa , lama tu 4 tahun" katanya .

cepatnya masa berlalu . aku tak rasa pun 4 tahun dah . 4 tahun tu rasa sama ! cuma , turun naik je :) ada yang kata kat aku , respect la , tabik la ! aku tak sekuat ni nak lawan kalau ALLAH tak bagi kekuatan dekat aku . maka , aku jadi kuat kerana ALLAH . pinjaman dariNya , harap Dia balas dengan 'bonus' besar . aminnn .


diri awak , hak ALLAH
hati awak , hak ALLAH
iman awak , hak ALLAH jua
aku minta terus dari Pemilikmu , bukan dirimu :P

moga kita terus dilindungi , doa saya tidak putus >.<



*kontrak single sepanjang 3 tahun diploma syariah . dah termaktub !

11 October 2013

Memohon kepada ALLAH sangat-sangat

assalamualaikum 


Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada Empunya Diri. Bila empunya diri Menolak, Siapa yang Kecewa? Namun jika pohon terus pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin DAPAT dia, Atau mungkin dapat yang LEBIH BAIK darinya.
copy&paste#


sejak kebelakangan ni ,aku tak senang duduk dengan gossip gila melanda diri . moga ALLAH melindungi aku , aku taknak ada kaitan , nanti rosak sebuah persahabatan >.< . aku layan kau atas dasar pertolongan , tapi orang sekeliling aku lain arah pulak faham .



layan ! ~
tak dinafikan , hati susah nak padam 'orang lama' , 62 #

10 October 2013

this is Maahad Darul Anuar

assalamualaikum

awal minggu ni, saya telah dijemput oleh MADA dan hari ni saya telah menghadiri majlis AKMA , majlis kecemerlangan pelajar gitu ! dalam hati excited betul nak pergi ni , yela , kita rindu sangat sekolah kita , rindu nak bergurau dengan cikgu-cikgu , ustazah-ustazah , ustaz-ustaz, teacher-teacher , sir-sir semua , rindu nak 'ngenak' kawan kita , rindu nak makan bersama . tapi bila dah sampai di mada , rasa lain sangat dari dulu , cikgu , ustazah , ustaz dan sir ramai yang baru , aku jadi kelu ! huhu . rasa macam kosong je jiwa . yang bangga heret ummi teman aku pergi majlis ni pun , aku rasa jadi menyesal sebab ummi kena tunggu lama . ummi faham perasaan aku :( 

new book , HEBATNYA RASULULLAH  :)


trademart baru mudir saya ,
this is Maahad Darul Anuar ,
huna ka Maahad Darul Anuar !

someone said :
amboi amek anugerah kecemerlangan macam nak amik 
anugerah pelakon terbaik
haha . salah ke aku pakai baju biru di tempat hijau ?! >.<


*insyaALLAH dalam tahun ni, mudir nak buat alumni @ reunion , IMAD ! pelajar dari mada swasta kot . saya suka , saya suka .

8 October 2013

akhirnya semesta 1 dengan 62

assalamualaikum
alhamdulillah hari ini hari terakhir exam sem 1 dan
mendapat no.meja no.special aku 62 :)
hihi . suka dengan penuh makna !
maka dengan itu aku isytiharkan ,
ambo cuti 3 minggu lebih , tapi xsampai sebulan kot !

geng SYADID pada minggu last , tapi bukan hari last .

pekena kad metrik ! kito jah kuning . ore lain xpaka









bye-bye sem 1 , doa jangan berhenti
moga dapat pointer 3 lebih and tak repeat sem !
moga jumpa lagi ^_^

13 September 2013

bersahabatlah kerana ALLAH :)

Assalamualaikum w.b.t 
buat bakal penghuni syurga pada hari jumaat barakah ini .
Alhamdulillah saya dikurnirkan cuti selama 4 hari , hari hujung minggu , hari konvokesyen kolej dan hari Malaysia . dalam menikmati cuti pun , assignment tetap ada . menikmatilah , menyelam sambil minum air . wah-wah , enak gitu kan ?! hehe

topik hari ni tentang sabahat :)

Alhamdulillah kita dikurniakan sahabat , dan sering melafazkan 
" aku saye mung !"
(saya sayang awak)
" i love you friend !"
"ana uhibbu sohabi !"
" ana sayang enti/enta kerana ALLAH "

alhamdulillah ALLAH kurniakan lagi rasa kasih itu , sayang itu kepada hati kita untuk menyanyangi sahabat kita . sayang sahabat ye ?! tapi sayangnya kita tidak sayang diri kita pada dalam berkomunikasi dan melayani sahabat kita .

pernah atau tidak kita merasakan orang tidak suka kita ? semestinya pernah kan ?! kalau tak pernah tu ada something wrong la -_- . jom kita check apa masalahnya kita pada sahabat kita .

Komunikasi dengan sahabat :
SALAHnya apabila kita suka cakap lepas , selama mana pun kita berkawan dengan kawan kita, kawan kita tetap ada perasaan, bukannya makin lama kita berkawan dengan kawan kita tu , makin dia kebal dengan kita. walaupun terdapat kawan kita yang KEBAL , mungkin mereka kebal dalam memendam perasaan dan mungkin suatu hari nanti akan adanya gunung berapi yang meletus . hehe , jangan pula masa tu baru sedar , kerana masa itu mungkin orang yang kebal itu telah tinggalkan kita . conton cakap lepas adalah , apabila kawan kita buat salah , walaupun salah dia pada diri dia sendiri , kita akan cakap "padan muka !" , atau "itukan tindakan bodoh namanya" atau apa-apa la yang seangkatan dengannya . bukan ke kasar cakap macam tu ?! kalau kawan kita tu dalam stress lagilah mereka tertekan . so , jangan lah kita menjadi sabahat yang mulutnya berBISA dalam bercakap . semua orang ada perasaan :)

Melayani sahabat :
SALAHnya apabila kita sering mementingkan diri sendiri kita apabila berdepan dengan sahabat kita. contoh situasinya , apabila kita ada masalah ,kita nak sangat kawan kita dengar tapi sayangnya apabila dia ada masalah banyak pulak alasan kita untuk dengar masalah dia . jangan begitu ye ! suatu hari nanti akan berbalik pada kita . tak kira lah dalam apa jua cara balasannya . 

Jangan lupa pada sahabat .

Bantulah sahabat kita ketika mereka dalam kesusahan .

Nasihat sahabat secara berlembut jangan perlinya .

Jangan menipu sahabat kita , jujurlah walaupun perit >.<

jom , baiki diri kita dalam bersahabat . jangan hanya mengatakan kita sayang sahabat kita kerana ALLAH tapi sayangnya perangai kita dalam bersahabat jauh dari apa yang ALLAH suruh . moga ikatan kita dengan sahabat kita diredhai oleh ALLAH dan kekal selamanya .

salam sayang buat sahabatku :)

10 September 2013

Majlis pertunangan di Kedah

Assalamualaikum
lamanya tak update blog . hapak ! debu ~_~

minggu lepas , rombongan keluarga aku pergi meminang di Kedah . untuk abang aku yang kedua , Hakim . tapi sayangnya , aku tak ikut serta sebab aku ada Kem Hafazan Al-Quran anjuran kolej aku , terpaksa pergi kot bila ada syarat WAJIB ! padahal tak wajib pun -_- . walaupun sedikit terkilan tapi tak apa , tak rugi pun aku pergi kem hafaz tu :). Alhamdulillah sekarang abang aku pegang status "bertunang" . hehe . tumpang gembira . tunangnya masih belajar di Universiti Alexandria di Mesir dalam jurusan sains pergigian ,  dentist gitu ! 2 tahun lagi kot habis belajar . bila kahwin ? itu urusan mereka .

barang-barang hantaran

 majlis beradab . hehe

carrot cheesscake . yum2

ring of engagement

belove cousin bersama adik .
betapa excitednya nak jumpa cousin aku sorang ni , sebulan sebelum majlis lagi asyik duk cakap "tak sabar nak jumpa mu" , tapi minggu last dapat tahu aku tak boleh pergi , aku tak cakap pun kat dia aku tak boleh pergi sebab aku takut dia pujuk aku suruh pergi . dia pun merajuk . alala ~ bulan 11 ni pulak jumpa yek !

geng aunty and cousin veteran . hehe

bride to be :)


moga kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak-cucu-cicit-ciciut !
aminnn

25 August 2013

Jangan cakap kita lemah .

assalamualaikum

*nasihat dari kawan baik 


sehebat mana pun kita diuji , kita jangan putus asa denganNYA . janganlah putus asa ! kerana ALLAH menduga kita dengan kemampuan kita , dugaan itu tanda kasih Dia pada kita , bukan tanda Dia membenci kita . tanpa kita sedari , apabila kita diuji , kita semakin rapat dengan ALLAH . kerana apa ? kerana apabila kita diujilah , kita akan meminta dariNYA untuk menguatkan diri kita . semakin lama kita diuji , semakin eratlah kita dengan ALLAH , kerana kita tidak akan berhenti memohon kekuatan dari ALLAH . 
subhanallah , hebatNYA perancangan ALLAH . 


kuatkan diri :)

16 August 2013

Qunut Nazilah , doa buat umat Islam .

assalamualaiku



Ya ALLAH 
kami letakkan Kamu di batang-batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya ALLAH hancurkan kumpulan mereka
Ya ALLAH pecahkan pakatan mereka
Ya ALLAH leburkan pendirian mereka
Ya ALLAH musnahkan langkah mereka
cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka
Ya ALLAH yang maha memaksa 
Ya ALLAH yang maha perkasa
Ya ALLAH yang maha membalas
Ya ALLAH yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera ahzab
kalahkan mereka ! kalahkan mereka ! kalahkan mereka !
menangkanlah keatas kami .

doakan Palestin,Syria, Mesir & lain-lain tanpa henti !
bersyukurlah dengan apa ada di negara kita, kita belum di uji seperti mereka, bayangkan negara kita diuji sebegitu hebat, mampukah kita?! kita di sini boleh berdoa dengan aman buat mereka, mereka di sana berdoa dalam ketakutan kerana bom kehulu dan kehilir di atas kepala , peluru kesana dan kemari di depan mata. kita ? kita masih aman dalam berinternet , masih aman menikmati nikmatNYA . janganlah kita lupa , mereka berjuang kerana aqidah mereka dengan menegakkan kalimah LAAILAAHAILLALLAH iaitu kalimah aqidah kita juga. mereka saudara kita ! saudara seIslam dengan kita . mereka datuk kita, nenek kita, bapa kita , ibu kita, abang kita, kakak kita dan adik-adik kita. hari-hari mereka bermandian darah , menatap kematian keluarga mereka . kita hanya menjadi penonton ? kelak ALLAH akan persoalkan kita. apa tanggungjawab kita untuk bantu saudara kita ? kita bantu apa ? ? ?

bayangkan . . . kawan seperjuangan kita tiada di sisi kita , satu per satu .


doakan mereka ye !

11 August 2013

raya 2013

assalamualaikum .
auwm ! lama tak update blog . habukkah ?!
memang lama dah tak balik kampung . tu habuk tu . hehe
datang kampung dah raya , so . . ini raya aku 

tema hijau ! multigreen . pening aku tengok . comey tahun lepas lagi :P

2nd day of raya .

 bekwoh sekawoh ! aku photographer time ni .


siblings !

the bride of the day

ergh ! nak jugak .

"tin, amik gamba aku jale"-mekna

my dp now !


yeh ! ini langkahku .
lamo took paka wedges aku ni , rindu . time g pata paka wedges ?
aku pun pening jale atah pasir . hehe .


btw ,

SeLaMat HaRi RaYa
MaAf ZahiR & bAtiN dari FaTiN , kira 0-0 la ye !