29 May 2012

mukhayyam khariji 2012

assalamualaikum

i'm back ! hehe

alhamdulillah dalam pukul 2 p.m tadi sampai rumah. lepas solat zohor, terus tidur sampai asar ! waduh , penat seeh. tapi best , tak seperti yang aku jangkakan. sebab tingkatan 4,5,6 ikut program motivasi dari Akademi Azam dari Poknik yang sepupu mudir tu. itu yang bestnyew ! tapi yang ruginya, aku tak bawa kamera je. actually memang la diharamkan bawa kamera, tapi aku fikir ada kakak2 fesi, mesti ada yang sporting. asyik fikir yang berpanjangan, tak bawa la kamera tu. so, takda la gambar-gambar kenangan yang sweet kat sana . tapi ada lagu tema dalam program ni . . lagunya Aku Ingin Mencintai-MU ! first dengar dah fall in love. program ni campur dengan budak lelaki . kalau ada presentation, presen depan umum semua pelajar lelaki & perempuan la. 2 kali kena presen untuk tugas yang diberi , 2 kali tu la budak group aku suruh aku pergi presen, alhamdulillah straight je tutur percakapan tu even mula-mula nak pergi , ketar ! bila start presen, semuanya hilang rasa ketar tu . kiranya aku ni lulus la ye presen kat Universiti nanti . kah-kah-kah. insyaAllah. so , kali ni aku nak share la sikit apa yang aku dapat dalam program ni. orang kata sharing is caring . hehe

" orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa ... mereka tahu kenapa mereka gagal "

sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ni, kita jangan perbesarkan perkara kecil yang boleh menjejaskan tumpuan kita pada pelajaran . kita kena fikir, masa ni la, masa kita umur belasan ni la kita nak gembirakan hati ibu bapa kita dengan rezult yang terbest . contohnya Nik Madihah , spm rezult terbest dan boleh dapat sebuah rumah yang selesa untuk keluarganya. kita janganlah mengeluh dengan apa yang kita ada, bersyukurlah seadanya.dalam dunia study ni , ada transit dan juga destinasi . contoh transit adalah sekolah kita sekarang. bila kita berada di transit, kita jangan sibuk fikir halangan atau masalah sebab itu adalah bersifat sementara , masalah dekat sekolah tu bersifat sementara je ! dan destinasi adalah kemuncak segalanya , iaitu Universiti .

dalam program ni jugak , ada menyediakan check-point , ala-ala explorace tu ! tapi aku malas nak cerita pasal ni . yang pasti check-point  Hijrah > 3K > Sebati > Ukhwah , yang satu lagi aku tak ingat la yang check-point ketiga . game ni bukan sekadar game tapi ada isi tersirat di sebaliknya.

3 perkara confirm tak dapat A dalam subjek :
- tak suka subjek tu 
- tak suka cikgu yang mengajar kita
- cikgu tak suka kita

dalam program ni juga, aku and the geng yang lain buat budaya baru. . . kiranya berhijrah la ni, budaya lama>budaya baru ! budaya baru yang ditekankan dari sudut ibadah, dalam kelas , antara senior junior , asrama dan antara guru & pelajar .

agreement dengan program ni :
  • siapkan kerja rumah
  • baca buku/study 2 jam sehari
  • bersihkann/kemaskan bilik tidur
  • solat 5 waktu @ berjemaah
  • tidur sebelum pukul 12 malam
pantang larang sehingga exam spm :
  • televisyen - 1jam/sehari
  • internet/fb/game - 30 minit sehari
  • handphone - 9p.m-11p.m don't touch
  • outing/ derak-derak - 2jam/seminggu
agreement aku tu bermula atau dikuatkuasakan esok ! okeylah setakat ni je la, dah azan maghrib . ada banyak lagi kalau nak kongsi. nanti kalau ada masa aku pergi poast one-by-one . bereh deh , kemah keming. 

20 May 2012

bulan 5 baru tahu format BA , parah la

wink-wink *
siapa cakap dia tak power ?
haha , terbaik la gaya permainan dia semalam
and of course la kelantan juara piala FA 

assalamualaikum :)
aku taknak cakap banyak pasal bola because aku tak terasa puas tengok semalam, semalam adalah 1st time aku tengok bola dalam tahun ni disebabkn TUISYEN ! haha , nak salahkan tusiyen la ni? whatever admire. esok aku exam, kertas matematik . itu yang ada masa nak update ni. haha , buat latihan matematik ni enjoy habis la, itu yang tingkatan 5 saja ! okey, dah 2 kali kut aku dah pergi kelas tusiyen bahasa arab(bukan dipanggil bahasa arab tinggi lagi tahun ni) kiranya baru start kelas tuisyen la ni, dekat sekolah la tuisyen ni dan ustza yang mengajar ustaz MML! and mana-mana cikgu baru yang baru nak masuk mengajar of course la akan cakap tentang format exam , and ustaz ni pun cakap la yang tahun ni mula dengan format baru , yang terjemah bahasa arab ke bahasa melayu dan bahasa melayu ke bahasa arab dah takda dan diganti dengan buat karangan pendek . yang kata-kata hikmah tu kena buat 3 point ! ustaz yang ajar aku dalam kelas tak pernah nak bagitahu . sampai ustaz tuisyen tu cakap sepatutnya dah kena tahu, bulan 5 dah ni ! hmm nasib baik wal alhamdulillah dapat join tuisyen , tahu jugak format terkini dan aku akan ambil tusien individu nanti. aku tak rasa cukup dengan tuisyen sekali seminggu dan belajar dalam kelas yang aku tak faham dengan ustaz tu ajar . doakan aku deprmudahkan segalanya. kalau aku tahu aku boleh ambil calon persendirian dari awal, dah lama aku drop BA ni >,<

11 May 2012

top 3 music this week

assalamualaikum :)
ahaks ! sejak bila la kan aku buat carta ni , hai ! sejak sekarang la , sejak tak tahu nak update apa .

1st ranking:

haha , terbaik la zivilia !

2nd ranking:
by NajwaLatiff .
" i'm sorry but i love you
  i'm sorry if i miss you
even if i can't have you
you know i'll always be there 4 u "
ganah lirik dia (ada maksud tu)

3rd ranking :
aku ubah lirik dengan :
 " sudah...cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
daripada hati gelisah
lebih baik aku pergi study "
terbaik dari ladang . huhu


doa sikit :
YA ALLAH ,
kurniakanlah FatiNadirah si penulis blog ni ketenangan sebelum , semasa dan selepas peperiksaan, permudahkanlah dia study dan masuk dalam hati dan minda dia apa yang dia study hingga ke dewan periksa,permudahkanlah dia jawab periksa sepanjang tempoh peperiksaan berjalan ! kau permudahkanlah segala urusan yang sulit itu padanya . Kau berikanlah dia result yang baik selepas peperiksaan . 
amin . . .



terima kasih doakan saya :)

8 May 2012

ais boleh melemahkan badan

assalamualaikum , keep smile when you are here :)


awal and scha !
sweet la sep yo .  comey + hensem

okey, takmow caap pasal dorang la , just hiasan ! kali ni saya menaip tentang air batu or dikenali sebagai ais. sapa suka minum air berais ? angkat hidung . . haha , jangan buat hal depan aku, tergelak cabut hidung kau. sapa tak suka kan minum minuman berias lagi-lagi kalau cuaca panas kan?! wow ! memang pauw la . tapi kan hakikatnya ais ni boleh melemahkan badan kita. first aku tahu dari sir aku , so aku try la stop kejap minum ais , memang betul la bila tak minum minuman berais ni badan jadi segar, mudah bangun pagi, badan tak tertarik nak tidur, study jadi syok tanpa malas or lesu senang kata hati senang la , bahagia je ~ haha , tapi jarang-jarang tu tak kisah sangat nak minum , tapi kalau malam tu jangan la minum sebab pagi esoknya kita akan jadi lesu nak bangun and bila bangun tolong jangan lafaz perkataan "hmmm, malasnya nak pergi sekolah. . ." automatik badan kita yang lemah tu akan jadi lagi lemah . jangan lafazkan , tapi cakapla perkataan positif " yeh,nak pergi sekolah !!!" haha , ni terlebih bahagia rasanya ^_^ , alaaa fikir la sendiri perkara/perkataan positif , haha. konklusinya , jangan ambil minuman berais bagi seseorang yang rasa dia tu berbadan lesu atau lebih keras dikenali pemalas sebab ini adalah satu jalan keluar dari kemalasas yang berpunca dari air batu yang membuatkan badan jadi lemah. satu lagi, bagi yang nak menghafal tu, kena kurangkan ambil susu pekat sebab susu pekat tu boleh melambatkan otak kita nak ingat semula apa yang kita hafal sebelum ni . 


bonus untuk anda yang menjenguk blog ni ;
tanpa kita sedari , kita sebenarnya meminta apa yang berlaku dalam hidup kita .

4 May 2012

a young billionaire

assalamualaikum
wit-wit seminggu lagi nak exam for PPT ! haha. . debar-debar tapi takleh tunjuk debar ni tak study pula nanti . . hehe , alang-alang dah tak boleh bukak fb ni aku terfikir la nak 'khatam' citer yang aku tunggu bulan 12 tahun lepas , kali ni baru boleh tengok ! huish . cerita ni bukan sebarang cerita , cerita motivasi yang boleh menaikkan semangat orang ! 


 sedikit-sebanyak ceritanya :
hero , TOP ! otak dia asyik nak berbisnes je even time tu tahun last dia duk kat sekolah dan kalau tak lulus tak boleh nak masuk universiti. 2 orang kakak dye dah berjaya dah and sekarang ada duk kat China . ayah dia pun  bisnesman jugak ! mula-mula dia jual alat-alat perang game online , dapat la berpuluh-puluh ribu bath sekali dapat sampai boleh beli kereta beb ! pergi sekolah , apa lagi budak-budak sekolah usha la wei , yang tak tahannnye boleh pulak dia parking kereta kat pengetua punya parking , memang famous la ! dekat bilik dia pulak, ada 5 buah pc yang dia punya saja. haha . lepas tu, one day tu pihak game online tu tahu la yang dia bukak akaun game online semata-mata nak bebisnes , so, kena block la akaun dia . pastu dia ni kan hantu game, dia pergi la kat sebuah kedai jual playstation and dia beli la playsataion tu, sambil-sambil tu orang kedai tu promote la DVD player yang murah giler la . balik-balik rumah , dia pun terfikir nak jual DVD player tu, dia pun pergi balik kedai tu and beli 50 unit DVD player , buat balik rumah, apa lagi mak bapak dia macam biasa la bebel kat dia , and dia pun buat show kat mak ayah dia , time buat show too , DVD player tu rosak rupanya! marah giler la dia, dia g kedai tu nak jual balik , tapi orang mana nak ambil balik kalau dah jual tu? haha . kesian . TAPI dia tak berputus asa , dia pegi kat satu pameran tu, salah satu yang dia tertarik mesin chestnut and orang tu cakap kalau dia beli, dia la orang pertama yang ada mesin tu kat Thailand. pergh~ apa lagi, dia beli la mesin tu . mula-mula dia buat tak jadi, pastu dia pun pergi la kat pasar-pasar tempat orang buat kacang tu and dia tanya serba-sedikit cara buat kacang, dia balik buat , tak jadi jugak ! dia pergi pulak pasar, and dia blejar lagi lagi lagi and lagi sampai betul-betul sedap kacang tu. and mula-mula bukak takda sambutan , dia macam frust la jugak, pastu dia fikir-fikir dia tukar tempat jualan dia, dia pndha duk pintu masuk mall . one day tu , dia ada kuliah , and Paman a.k.a pakcik dye kut call dia cakap la yang ramai sangat pelanggan ni, Paman tak sempat nak buat sorang-sorang . dia pun cakap kat saem dia suh rakam je kuliah tu, banyak kali la dia ponteng semata-mata nak majukan bisnes dia . dia pergi tolong Paman and dia cakap nak bukak cawangan lagi sedangkan tu 1st day dia boleh tarik ramai orang . haha . and sampai satu tahap tu, orang supermarket tu cakap la yang dia buat kotor atap syiling mall tu sebab asap chestnut tu la, dia pun cakap , takpe-takpe dia boleh cat ! dia cat la hingga tengah malam , mak dia mari teman , and mari la seorang bodyguard cakap yang time tu kena tutup dah , dia pun bagi 'suap duit' kat bodyguard tu and bodyguard tu cakap kat mak dia "tolong ajar anak awak erti kejujuran and tnggungjawab". . marah giler la dia cakap kat mak dia macam tu ! and dekat parking kereta time nak balik tu, mak dia cakap yang dia kena ikut mak ayah dia balik China , sebab ayah dia dah bankrup , rumah kena sita, kedai bisnes kena sita , hutang 40juta bath!  dia pun makin mengmuk la sebab mak ayah dia tak bincang pun dengan dia . dia tak ikut balik sana , dia duduk dengan Paman kat Thailand tu . even dia dah cat kat atap syiling mall tu , orang suermarket tetap suruh dia tutup kedai chestnut dia ! kecewa giler la dia time ni .time dia baru lepas makan, girlfriend dia pun datang kat dia and marah-marah dia sebab dia dah lama tak anggkat call dia , tak layan dia la sedangkan dia time tu sibuk ngen kedai kacang dia tu . even girlfriend dia marah , dia peluk girlfriend dia and dia nangis dalam pelukan girlfiend dia . . . * panjang lagi ceritanya . kalau nak tahu tengok la sendiri , yang pasti dia dapat langsai 40juta bath hutang ayah dia and dia jadi jutawan ketika berumur 26 tahun and ketika tu girlfriend dia dah takde ngen die, girlfriend dye ada orang lain.

Jangan patah semangat walauapapun terjadi,
jika kita menyerah,semuanya akan hilang!
- TOP -