28 June 2013

kehidupan baru di KIAS

Assalamualaikum


 dalam kelas AL-Quran :)

alhamdulillah sudah 2 minggu saya ( cey , cey saya ) telah berjaya menjadi mahasiswa di Kolej Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra atau singkatannya KIAS . alhamdulillah lagi saya mampu bertahan setakat minggu ini walaupun pada hari pertama ada perasaan kesal , kecewa sangat pergi ke sana . budak baru di tempat baru la katakan , mestilah ada perasaan lain sikit . lagi-lagi kalau nak bandingkan asrama dengan rumah . wahwahwah everyone love their house and of course they comfortable at their house than other place . tak usah la tanya pasal asrama , soalan sensitif ! hehe . hari-hari nak pergi ke kolej , jauhlah perjalanan . kira-kira setengah KM jugak la . letih ! pernah puasa , last-last tak dapat tahan jauh berjalan , aku berbuka puasa . otak aku dah masuk angin masa tu , asyik berdenyut , tambah pulak masa sahur tu makan ala kadar je . macam mana la kan bulan puasa ni ?! in sya ALLAH kuatkan diri . moga dengan pengorbanan ini ada hikmahnya yang hebat dari Kekasihku . alhamdulillah , belajar kat sini ok . walaupun sebelum ni aku agak tidak suka kalau belajar bahasa arab , alhamdulillah kali ni aku dapat terima dengan baik belajar dalam bahasa arab . dan semuanya okey bab belajar , cuma aku tak aktif lagi dalam kelas , masih dalam 'suai kan keadaan' hehe . in sya ALLAH lepas ni aktif . dapat markah nanti aktif dalam kelas ! hew hew . sebagai budak mahasiswi , makan kena tanggung , tak ada dah makcik kantin nak masak dan kau bayar bulan-bulan . hehe , bayar hari-hari ada ! kan dah besar , kan dah kata 'saya okey , saya dah besar' ?! , so berdikarilah guna duit perbelanjaan . nak diceritakan lagi , minggu lepas ummi bagi duit kat aku RM100 . RM40 aku beli buku . balik rumah hari khamis , aku buat balik RM9 . dan selebihnya aku belanja makan , what ? RM51 for a week meal ?! haha . aku pun pelik jugak . dahsyatnya aku belanja . ops lupa , RM6 untuk upah jahit tudung , so RM 45 la aku belanja makan untuk seminggu . halamak ! bankrupt la ummi macam ni . mula-mula tak biasa dengan duit memang macam ni , kan kena tanggung sendiri makan ?! harap lepas ni aku berjimat la . belajarlah berdikari , berjimat , bersabar , dan jangan mudah kecewa , dan yang paling penting jangan terputus di tengah jalan dalam menghabiskan pelajaran . in sya ALLAH ALLAH always with us :)

at majlis Hari Untukmu Syria :)




16 June 2013

takdirku di sana

Assalamualaikum 


alhamdulillah , syukur pada-MU Ya ALLAH :)

segala persoalan berbulan-bulan kini terjawab . memang sedih bila semak rayuan UPU , tetap tak berjaya sedih sangat sampai keluar air mata ni  . bukan rezeki aku lagi . minggu lepas ye-ye aja pihak UM call aku , tanya nak masuk tak UM ?! kata aku ni duduk dalam senarai shortlist la . last-last habuk pun tarak la . tapi siapa aku nak melawan takdir kan ?! aku tawakal sudah , dah solat hajat & istikharah pun . in sya ALLAH dalam masa terdekat aku akan daftar ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS) . ramai geng kat sana , geng sekolah lama . yey ! sekali lagi kita akan berkumpul ye budak-budak mada . tempat ni pun tak jauh dengan rumah aku , tiap-tiap minggu boleh balik . ha ! satu bonus ter . kat sana nanti ada penambahan la sikit dari sekolah lama aku , iaitu only jubah ke kuliah . hehe kalau lewat , boleh terus pakai je jubah , jubah la senang plus menutup aurat but bukan yang fit ikut susuk badan , new style . ditambah pula diwajibkan pakai sarung lengan  .walaupun satu kegembiraan namun masih bersedih dengan UPU . pujuklah hati ! hehe . 


pesanan diri sendiri ,
good luck , di mana-mana belajar pun kena bersungguh-sungguh .
target 1st sem , 3 pointer above :)

8 June 2013

ingat sebelum terkena

assalamualaikum w.b.t

baca , fahami dan praktikkan apa ustaz pesan :)

alhamdulillah diberi kesempatan untuk blogging , hehe , memang ada banyak masa terluang untuk blogging memandangkan aku tidak masuk lagi IPT , tapi aku koma idea nak tulis apa .

   Back to our topic ! ramai sekarang suka post gambar dalam FB , kalau yang bertutup litup , indahnya melihatnya , kalau yang terdedah ? nafsu lah yang paling membuaikan dan iman lah pula yang menderita . hari-hari buka FB ada saja gambar yang auratnya terdedah . semakin hari , semakin bertambah koleksi gambar . OPS lupa , bertambah jugalah dosa-dosa kita . ada juga yang private gambar EKSKLUSIF beliau , tapi sayang BF/balak/gewe/mr right yang tak halal lagi dan belum tentu akan jadi halal buat beliau , dapat tengok gambar tersebut . konon-kononnya mr.right la kan , mr.right yang paling right untuk tunjukkan gambar eksklusif tersebut.

   Aku bagi nasihat tu bukan nak perli atau nak sakitkan hati mana-mana pihak , jauh sekali nak copkan diri ini 'perfect' setelah sekeping pun tak ada gambar aku dalam fb , tapi aku mengingatkan kaum hawa kerana aku sayang akan kaum sejantina dengan aku . baru-baru ni aku ada jumpa satu page di laman FB , lucah tak usah dicakap . bukan lucah tunjuk gambar b*g*l , tapi penuh dengan gambar perempuan , gambar perempuan yang tidak bertudung , berbaju ketat yang menampakkan susuk badan , gambar pose yang menggoda , gambar pose yang lidah jelir , dan tak lupa juga ada yang bertudung , tapi tidak sempurna juga turut dijadikan model buat likers page itu . hanya gambar perempuan melayu saja . ops ! terlepas satu klu . aku terus tengok page itu hampir seluruhnya , dalam otak terfikir "nak tengok kut-kut ada yang kita kenal jadi model tak berbayar" . sangkaan aku tepat ! ada seorang gadis yang aku kenal , Ya ALLAH sedihnya aku tengok , menjadi paparan yang tidak berbayar(kalau berbayar pun mesti tak sanggup) sebab di bawah gambar tu hanya ayat dirangsang oleh nafsu diri yang diluah oleh lelaki di ruangan komen-komen , astaghfirullahallazim , sedih sangat ! koleksi gambar-gambar tersebut ada yang admin cari , dan ada yang mecej untuk admin page itu post pada wall itu . aku tak rasa ada perempuan yang post kepada admin page itu post gambar mereka di wall tersebut . ada yang teraniaya , termasuklah orang yang aku kenal tu . aku yakin , dia tidak tahu pun ada yang curi gambar dia tu . gambar-gambar itu adalah untuk lelaki yang tidak boleh kawal nafsu .

   Jadi , wahai kaum sejantinaku , tak salah nak upload gambar di FB tapi biarlah yang mengikut syariat , tap sebaik-baiknya tak usah terus uploadnya kerana zaman serba  canggih ni , edit pun boleh jadi ! yang ada gambar di FB yang tidak menutup aurat tu , mohon delete lah atau kalau berat , mulakan dengan private . kita tidak tahu ada orang yang mencuri gambar kita , dan dijadikan free show ! sedangkan kalau kita kahwin nanti , kita akan dibayar/dihadiahkan dengan maskahwin/mahar , takkan la untuk orang awam kita bagi free pulak ?! fikir lah baik-baik . bukan di FB saja , malah semua laman sosial kita kena berhati-hati . aku tegur bukan nak sibukkan diri dengan gambar-gambar yang mendapat like banyak atau komen yang buat hati berbunga , tapi aku sayang kaum hawa sejantina dengan aku , aku cuma ingin memberi peringatan sebelum diri terkena . tak semestinya friends kita di FB tu baik semua , kalau baik sekalipun , kalau ada dendam di hati apa-apa pun boleh jadi . jom ubah !