8 June 2013

ingat sebelum terkena

assalamualaikum w.b.t

baca , fahami dan praktikkan apa ustaz pesan :)

alhamdulillah diberi kesempatan untuk blogging , hehe , memang ada banyak masa terluang untuk blogging memandangkan aku tidak masuk lagi IPT , tapi aku koma idea nak tulis apa .

   Back to our topic ! ramai sekarang suka post gambar dalam FB , kalau yang bertutup litup , indahnya melihatnya , kalau yang terdedah ? nafsu lah yang paling membuaikan dan iman lah pula yang menderita . hari-hari buka FB ada saja gambar yang auratnya terdedah . semakin hari , semakin bertambah koleksi gambar . OPS lupa , bertambah jugalah dosa-dosa kita . ada juga yang private gambar EKSKLUSIF beliau , tapi sayang BF/balak/gewe/mr right yang tak halal lagi dan belum tentu akan jadi halal buat beliau , dapat tengok gambar tersebut . konon-kononnya mr.right la kan , mr.right yang paling right untuk tunjukkan gambar eksklusif tersebut.

   Aku bagi nasihat tu bukan nak perli atau nak sakitkan hati mana-mana pihak , jauh sekali nak copkan diri ini 'perfect' setelah sekeping pun tak ada gambar aku dalam fb , tapi aku mengingatkan kaum hawa kerana aku sayang akan kaum sejantina dengan aku . baru-baru ni aku ada jumpa satu page di laman FB , lucah tak usah dicakap . bukan lucah tunjuk gambar b*g*l , tapi penuh dengan gambar perempuan , gambar perempuan yang tidak bertudung , berbaju ketat yang menampakkan susuk badan , gambar pose yang menggoda , gambar pose yang lidah jelir , dan tak lupa juga ada yang bertudung , tapi tidak sempurna juga turut dijadikan model buat likers page itu . hanya gambar perempuan melayu saja . ops ! terlepas satu klu . aku terus tengok page itu hampir seluruhnya , dalam otak terfikir "nak tengok kut-kut ada yang kita kenal jadi model tak berbayar" . sangkaan aku tepat ! ada seorang gadis yang aku kenal , Ya ALLAH sedihnya aku tengok , menjadi paparan yang tidak berbayar(kalau berbayar pun mesti tak sanggup) sebab di bawah gambar tu hanya ayat dirangsang oleh nafsu diri yang diluah oleh lelaki di ruangan komen-komen , astaghfirullahallazim , sedih sangat ! koleksi gambar-gambar tersebut ada yang admin cari , dan ada yang mecej untuk admin page itu post pada wall itu . aku tak rasa ada perempuan yang post kepada admin page itu post gambar mereka di wall tersebut . ada yang teraniaya , termasuklah orang yang aku kenal tu . aku yakin , dia tidak tahu pun ada yang curi gambar dia tu . gambar-gambar itu adalah untuk lelaki yang tidak boleh kawal nafsu .

   Jadi , wahai kaum sejantinaku , tak salah nak upload gambar di FB tapi biarlah yang mengikut syariat , tap sebaik-baiknya tak usah terus uploadnya kerana zaman serba  canggih ni , edit pun boleh jadi ! yang ada gambar di FB yang tidak menutup aurat tu , mohon delete lah atau kalau berat , mulakan dengan private . kita tidak tahu ada orang yang mencuri gambar kita , dan dijadikan free show ! sedangkan kalau kita kahwin nanti , kita akan dibayar/dihadiahkan dengan maskahwin/mahar , takkan la untuk orang awam kita bagi free pulak ?! fikir lah baik-baik . bukan di FB saja , malah semua laman sosial kita kena berhati-hati . aku tegur bukan nak sibukkan diri dengan gambar-gambar yang mendapat like banyak atau komen yang buat hati berbunga , tapi aku sayang kaum hawa sejantina dengan aku , aku cuma ingin memberi peringatan sebelum diri terkena . tak semestinya friends kita di FB tu baik semua , kalau baik sekalipun , kalau ada dendam di hati apa-apa pun boleh jadi . jom ubah !

No comments:

Post a Comment