31 March 2013

PLKN : malam kebudayaan

assalamualaikum :)
malam kebudayaan bertemakan pakaian 60-an .
tok ikut tema ambo , kalau nak ikutkan 60-an , free hair la boh !
kalau pakai tudung pun , pakai cara tak cukup kain :P
pakai ikut selesa , asal tak ada fitnah and plus-plus dosa sudah .
ada pulak yang melayang tudung labuh , sayang  tak tetap dengan prinsip .





Lahad Datu show


roll call pukul 12 lebih , sakit hati , sakit mata saya .

tarian twist ;)

tarian cina , aku tak record ! so , tak ada lah ;)


maka berakhirlah kontrak ambe ngen PLKN . nak tambah kontrak , jadilah Jurulatih kat sana . bimbing ke jalan YANG BETUL ! tadi on the way balik dari Pasir Puteh terserempak dengan bas PLKN nak pergi Terengganu la kot , uwaaaaaa ! rindu Padang Kacong .

PLKN : majlis penutup

assalamualaikum :)
esok masuk bulan 4 , then bulan 5 then bulan 6 , then masuk U .
haha , tak ada kaitan . matlamat saya hari ni nak upload semua habis sebab esok masuk bulan 4 , kontrak saya dengan PLKN sampai bulan 3 je . so kena habiskan cerita PLKN hari ni jugak . haha . banyak cerita kan ! ha ! ni la dinamakan snap pic beratus-ratus dengan khidmat cyber-shot saya . tq camera :)



pembarisan tamat latihan :)
saya tak join pembarisan ini , demam time ni . dek kerana wirajaya ! sakit kepala + tak ada suara + batuk-batuk , nak balik dah , sakit jugak menimpa diri ini . tak apa , terima sebagai penghapus dosa . tapi orang tengah feeling berpisah , saya tak ada perasaan :D

berdriri agak lama , kalau masuk pengsan aku time ni .

check barisan oleh Major Rosli , Komando Kem

aucak ! hari last makana terhidang , just duduk and tunggu makan saja

my sweetheart :)

IM4U show 

dikir barat , hebat boh !

dorang-dorang je + Yee tomboy

Hantu kayu geng ! haha

cikgu hotsetah ! cikgu Anas cute .
"ko jangan main-main dengan aku WIRA"

nak ambil handset !
kawasan kelas , rindu weh nak masuk kelas 'tadika' .


tunggu turn , snap gambar sebaris















video Dikir Barat , aku yang upload :)
 abang aku tengok video ni , dan dia kata 
" ganah jugok sep dyo"
bangga weh jadi budak Padang Kacong ni :)

30 March 2013

stop searching for a PRINCE

assalamualaikum :)
hari ni nak cerita something gitu . special la jugak !
speacial in my heart , auw !

let's zoom this photo . apa yang bertambah ?!
kenangan di PLKN :)

teringat dengan ustaz Nik Rahim semasa belajar feqah bab perkahwinan , 
mahar a.k.a mas kahwin . 
ustaz : fatin , awok nok brapo mas kahwin awok ?
aku : 50000 jah ustaz
ustaz : ALLAH ! fatin . . ore kato kucing janggut pun awok tok nikoh lagi
aku : haha

kalau kelas feqah , atau kelas mana-mana cakap pasal kahwin mesti tuju kepada aku dulu . alahai muka saya muka kahwin muda ke ?! kalau jodoh awal , in sya ALLAH  ^_^


moga ALLAH sentiasa pelihara hati ni dari cinta noda !



* seriously , aku tak pandai nak baca apa orang nak dan macam mana nak jaga hati orang . i'm always tried to be the best . but i'm failed ! orang asyik terasa dengan aku . sorry untuk semua :'|

29 March 2013

plkn : pertandingan kawad

assalamualaikum kepada yang membaca tu .
ha ! awak lah :)
kali ini nak sambung cerita pasal PLKN lagi , pasal pertandingan kawad . aku tak join kawad , kaki aku tak sesuai . hehe . lagipun aku tension dengan cikgu and partner sebelah . aku , hah ! cerita lama la . jadi aku cuma jadi penonton di luar padang kawad la sambil-sambil ambil gambar , cakap pasal ambil gambar ni , actually tak boleh bawa kamera tapi aku seludup jugak (macam biasa) , nak hampir tamat latihan , cikgu-cikgu tak layan dah . lantak lah korang !

time latihan :

dengar arahan Ain ye anak buah ! hehe

rehat , Bella tu tak join kwad jugak

poze pulak budak-budak ni .







pertandingan kawad :

 senapang time !

penat lah dalam pukul 9-11 pagi pertandingan kawad

poze sebaris !

wira alpha :)

video kawad wirawati :

kawad wira ALPHA :

wirawati Alpha dapat tempat ke-4 dari 4 ! sebenarnya Ain tertinggal  hukuman . jadi markah dipotong . ada kompeni lain cakap , sebenarnya markah Alpha lagi tinggi dari markah kompeni dorang kalau tak tertinggal 2 hukuman tu . tapi tu la , nak kata tak ada rezeki . redha la semua . wira Alpha dapat tempat ke-2 . kira ok la la tu . tapi yang HOT isu sampai sekarang lagu kompeni wirawati Alpha , lagu riak jugak kan ?! haha . asyik kena kutuk je dalam group . tapi redha je la ~





28 March 2013

PLKN : wirajaya !

peace !
assalamualaikumwarahmartullahiwabarakatuh to all :)
kali ni saya nak sambung berceloteh tentang PLKN lagi , tapi pasal wirajaya pulak iaitu perkhemahan untuk mengaplikasi apa yang belajar tentang cara-cara balutan luka , rawat pesakit ketika dalam hutan , CPR bagai (actually ada nama khas untuk semua ni , aku lupa dah) . lepas tu cara-cara nak hidup dalam hutan , cara memasak , mendirikan khemah and anything else ! first of all , mula-mula nak buat kat luar kem likes pantai or air terjun tapi keadaan cuaca tak mengizinkan . so , hari 1st wirajaya cikgu-cikgu bawa keluar kem , jalan kaki ye ! perjalanan jauh gila ke tapak perkhemahan . longlai semua pelatih ! dapat tengok tahi lembu yang fresh-fresh , sungai , jalan yang berbatu & perpasir , tengok highway , lori-lori lalu kat sana . haha , macam budak yang dipenjara & boleh tengok dunia luar je budak-budak bila tengok highway. KJ pula naik basikal kesayangan dia je. 5-7 kilometer berjalan sambil pikul pac perkhemahan . last-last sekali masuk kem balik dan berkhemah di tapak kembara halangan ! haaaaah! macam orang gila dah aku nak marah , tertipu hidup-hidup . lepas tu duduk berehat sekejap , bahagi kumpulan khemah & bina khemah . petang tu aku join game penyelamat mangsa di dalam hutan (bukan hutan , tapi semak-samun di kebun getah yang busuk) kena guna kompas untuk ke tempat mangsa . jumpa mangsa yang patah kaki (berlakon) wira-wirawati di bawah 1 kompeni la dalam game menyelamat ni. aku ingat sorang je mangsa , bolehlah wira je usung,  tup-tup , sorang wira , sorang wirawati . lepas balut kaki mangsa yang patah tu , kena usung pulak ! dari hutan tu ke kem . letih lah . nasib baik main santai-santai je . tapi sampai kat kem , orang medic buat penilaian tentang cara balutan tu , markah kompeni! kat tapak kem tu , wira boleh usha wirawati . lepas tu buat la satu tempat ambil wudhu and basuh-basuh periuk apa , tertutup tapi macam main mayang kulit la malam-malam , ada je ayat budak laki yang gila-gila . lepas tu khemah pulak menghadap ke dorang , dorang cakap boleh nampak satu-satu buat apa dalam khemah . malam tu , game mecari kelapa emas . aku tak join time ni sebab aku dah join game petang tu . game malam tu lagi best kot , kena pergi ke satu tempat yang gelap ni , jumpa dengan nenek kebayang yang terbongkak , puteri apa entah n sorang lelaki tua (semua JL yang berlakon tu) dan kena ikut segala permintaan mereka untuk dapatkan kelapa emas tu . kena kahwin la , kena cari air 100plus la . macam-macam la dia nak . time duk main game ni , aku tidur dalam khemah . baru pukul 9 or 10 malam macam tu la , air embun sejuk gila ! naseb baik pakai full loreng . tu pun sejuk lagi-lagi la . macam nak demam aku aku terketar dalam khemah tu . tidur dalam kesejukan , malam tu buat unggun api setiap kompeni, mengeliling unggun api & buat aktiviti apa nak buat . aku tak join la sebab aku dah tidur+pening gila ! bangun pagi , dorang citer la yang wira habis lagu nyanyi , lagi hijau , khidmat negara , menari bagai . dahlah pakai boxer . pagi-pagi lagi masak maggi + air teh masak dengan periuk yang diberi . lepas tu , pergi tandas , tandas dekat dekat lawatan keluarga & bersebelahan dengan asrama . aku pun senyap-senyap masuk dorm , nak bukak locker nak ambil kamera , kunci locker dalam baju loreng ! haha . pergi masuk khemah ambil kunci locker and masuk dorm secara senyap-senyap lagi . berjaya ambil kamera ! haha . kalau kantoi pun , dah sedia alasan :D

opie bulat ! hehe . rindu nak ngenak dyo

kemas-kemas nak balik dah !

opie lagi n fatin ?! hehe
tunggu JL bagi arahan 

gelap doh sep kito !

cerah muka , sebab menghadap matahari . haha 


tunggu KJ anggil pulok .

time KJ berucap bawah pokok !

okey ! tersangat lah excited semua nak balik ke dorm lepas wirajaya tu . aku dah tak ada suara masa ni . akibat hari sebelumnya yang siang hari panas terik , malamnya sejuk sangat . sayo meme sensitif sikit bab gini ! lepas kumpul di bawah pokok , dengar taklimat KJ , pastu blah . hari tu jugak , kena hantar pac ke logistik . tersangatlah penat hari itu . aku pun penat jugak ni . esok tajuk lain pulak erk :)