25 February 2012

ya Allah kuatkan aku :')

dipetik dari : Elia:Short&sweet

Al-Sayid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata:
"Tetaplah engkau untuk sentiasa reda dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak.
Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah al-Haq.Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada NYA, jangan pula kamu menjauhkan diri daripada NYA serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain NYA.Kerana semuanya itu akan menambahkan lagi ujian dan cubaan terhadap dirimu.

Oleh itu,hendaknya engkau tenang berada di hadapan NYA.Lihatlah apa yang dilakukan NYA terhadap kamu dan untuk kamu, maka berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu.Jika kamu bersama NYA dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti DIA akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan NYA."

[Wasiat & Nasihat Kerohanian Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]
 

ma'assalam :) 

No comments:

Post a Comment