31 December 2012

happy new year !

WOW ! pipi dia . chubby .

assalamualaikum :)
actually aku tak nak post pasal tahun baru pun ! aku nak post apa aku nak taip je . aku harap postpone la pergi PLKN. makin lewat pergi makin best bagi aku. haha , malas la pulak nak pergi. biarpun dah hampir siap berkemas.  peraturan yang ada dalam buku panduan , boleh bawa 1 beg pakaian and beg  beg galas. ummi pun pergi beli beg bagasi untuk aku , haha , macam perli aku pula. aku dah limit baju-baju nak bawa, tapi still full bag ! ha , apa-apa je la. yang aku tengah stress , aku dah makin gemuk !!!!! huh . baru perasan tadi bila pakai t-shirt . ya ALLAH , rasa nak nangis je tengok badan macam ni. tapi xgemuk lagi , OTW. tu la , lepas spm hari tu , dalam otak aku selalu cakap 'alah ! makan apa nak makan , tak yah control , PLKN ada' , biasalah cuti-cuti , tak da kerja selain suka masuk dapur. menyesal pun tak da guna pula . berut dah boroi ! haha . berat la . abang aku pun siap tinggal pesanan untuk ummi aku 'timbang dulu la sebelum pergi PLKN' . haha , ni sorang lagu duk perli aku. apa aku nak buat sekarang ?! aku taknak gemuk. gemuk itu sexy . tak nak tak nak ! haha . . jom diet . 


moga 2013 boleh topup perkara baik daripada 2012 yang kehabisan kredit :)

30 December 2012

dude cats of Mylo and Max


assalamualaikum .
lamanya tak update blog . haha , mila lagi lama tak update !
asyik duk buntu tu je la , sama la azfar and nur . 



super awesome my and max .

mylo termenung jauh macam mana nak tidur kalau orang kacau. haha

my and max , haha . hari last aku duk rumah maktam :)

my ! my . .

my and max , i snap pic both of you .

dua ekor kucing hak milik my aunty. comey sangat-sangat dengan bulu lebatnya ! actually kucing ni ada orang bagi untuk my aunty. because owner kucing nak berpindah ke oversea tapi flight untuk kucing ni RM2000 seekor (kalau tak silap) . haha , owner dia tinggalkan je dekat maktam aku. huhu , owner mana tak sayang kucing secantik ni. dah lah tak susah nak jaga , tak suka nak menikus ni . haha , tak suka or spesies obes yang malas. haha , jahat ! first time aku sampai rumah maktam aku baru ni , terkejut la tengok kucing ni and aku cakap " heh ! anak kambing . . " haha , besar sangat hingga aku label sebegitu . tapi yang mudah buat main max, my sombong sikit , action kata maktam. max selalu masuk bilik cousin aku yanng aku tidur. tapi 2 hari sebelum aku balik Qelate , aku kemas-kemas baju , my pulak selalu masuk bilik tu. sedih kali aku nak pergi ! or takut orang bawa dia . hari tu , paktam aku nak pergi kerja , chef atas kapal jarang balik la. so, packing barang-barang apa , max tak makan because feeling lebih orang nak bawak dia pergi. haha . . macam-macam ragam. nak cakap dengan kucing ni kena speaking because dia duk oversea lama dah . ayat yang paling famous duk ulang  " behave yourself " bila cakap ngen 2 ekor kucing ni. haha , macam tak ada ayat lain. rindu la dua ekor kucing ni. rindu-rindu-rindu .


video bonus , the latest by Matluthfi  :



ma'assalamah :)

28 December 2012

nok upload jugok

assalamualaikum :)
aku boring ni , takdo nok uat gapo , update belog la buat kali kedua untuk hari ni.
gambar budok senget jah .

teacher Nadirah yang nerd

cerahkan mata !

tembamnye aku ! kurus-kurus .

sibuk belake aku tu .

sibuk lagi , serabut doh aku


aku nok rehat mato , tidur , salam ~



*seriously aku tak edited gambar-gambar ni semua , thanks webcam yang memahami apa aku nak . hehe

panggil ngaji doh ?!



once upon a time , a called from 05******  , eh ? 05 ? no.sesat kut ? or nak cakap tahniah aku menang lteri ke apa ke , yang menipu tu. angkat je la .

dia and aku : hello 
dye : hello , assamualaikum
aku ( ingat ke cina dah ) : waalaikummussalam
dia : ni Fatin Nadirah yang hadir ke Education Fair di Mid Valley kan ?
aku : ya , saya Fatin .
dia : apa khabar sekarang ?
aku : sehat-sehat .
dia : ooo, masih ingat lagi ke pasal course education yang ditawarkan tu 
untuk intake January , macam mana , berminat ?
aku : tak boleh , saya dapat PLKN (dengan bangganya. . haha)
dia : oo , dapat panggilan pertama la ni ? (mesra sekali dan turut teruja)
aku : ya .
dia : tahniah la .
aku : ok , terima kasih .
dia : ok la kalau macam tu , boleh saya hubungi lagi lepas keluar keputusan SPM nanti ?
aku : boleh-boleh :)
dia : ok , terima kasih .
aku : okey , assalamualaikum .


memang pakcik yang call tu mesra ! time aku tengah isi borang hari tu , macam-macam kami bual , lama abang aku tunggu. haha . dia kata university dia dekat dengan Tambun Waterpark kat Perak dan dia kata lagi akulah orang first dalam adik-beradik aku akan duduk di Perak . haha , macam-macam pakcik ni. bila dia call tu ,ha ! terkejut jugak la. aku ni in holiday , takda masa nak fikir nak study. haih ! sombong bunyi . haha . tapi betul la , nak cuti dulu and nikmati PLKN . lepas result SPM, saya akan fikir balik . tapi sekarang ni pun tengah fikir nak ambil course apa lepas ni . sama ada 2 , Law Syariah or Education , TESL . law tu abah yang suggest untuk aku , dia tahu aku boleh tapi bila aku cari pasal law syariah ni , rumit jugak , kena belajar berdasarkan Al-Quran & Hadis , usul fiqh , legal text dan 2-3 perkara lagi yang dalam bahasa arab. kalau aku ambil course TESL pun , takkan mudah ? English not my language. ada susahnya jugak. 2 course ni ada kat university yang aku nak , iaitu UIAM . tapi ustazah aku cakap kalau nak belajar ugama , baik ambil kat Jordan ke Mesir ke . dan aku kata , kalau nak belajar English , baik pergi oversea . hehe . tapi aku perempuan , aku nak ambil yang bawah-bawah je dulu , lepas keluar result nanti , dapat result tinggi , aku nak apply di IPG je . jadi teacer je :) , tapi kalau PSI untuk course law tinggi macam mana ? aku istikharah dulu , susah tau nak buat pilihan ni , jadi lawyer pun bagus nak pertahankan hak kita dan buka mata masyararakat tentang hak kita yang kita tak tahu dan taknak ambil tahu . dan jadi teacher yang 2 in 1 pun bagus , 2 in 1 is jadi penda'ei  . apa-apa pun , istikharah dulu . jauh perjalanan ni kan?

*teringat kisah ada tetamu datang rumah aku , time tu aku duk sekolah , dan balik sekolah aku tengok ada gelas tetamu dan tanya umi , sapa datang rumah kan . ummi cakap ada orang datang masuk meminang aku. haha . saja je , rindu ummi , dah 3-4 hari dah duk KL tu . balik la , asyik duk makan makanan tunjuk je , xsenikmat air tangan ummi :)

27 December 2012

projek berjaya !

assalamualaikum
alhamdulillah dah hampir selesai urus hal PLKN yang aku akan pergi on 1 January 2013 . huh , ayat macam pergi tak nak balik (kata mila) haha , kalau boleh ! aku lah manusia yang paling excited nak pergi . hahaha(gelak setan) ingat lagi tie mula-mula tahu aku dapat pergi PLKN tengah tahun hari tu, kawan-kawan aku yang tak dapat bersyukur banyak-banyak dorang, aku ? hah . nak protes or bersyukur ? blur lagi. senget la rasa. sedangkan kem la tempat aku paling suka pergi , sekolah rendah dapat merasa dah, sekolah menengah , ni lah masanye. takkan mada nak buat kut kem lasak macam PLKN ni ?  guna senjata colt M16 ni. haha , poyo kan ?! tapi tu bukan projek yang aku nak cakap. yang aku nak cakap , aku telah buat 2 video dan telah upload at youtube . come look and see :







aku akan buat video hanya bila aku cari video , tapi tak menepati taste aku.
hope enjoy , video yang kedua dan ketiga . 

25 December 2012

merajuk tak terpujuk

ololo , merajuk la tu ?
habis limit merajuk , datang la kat saya ye
nak tambahkan gula dalam hubungan kita :)

assalamualaikum
sihat ke saudari or saudara di sana yag tengah mengusha di sini ? hari ni aku tak nak cakap banyak cuma nak  mengomen pasal merajuk. hu ! aku cuup tak suka nak hadapi orang merajuk ni. emo sangat kan. aku memang tak suka pujuk orang yang merajuk ni , selalunya aku akan biarkan orang yang merajuk tu tenang dengan sendiri dia je. memang bertuah la orang yang aku pujuk tu. haha . dalam hidup aku pun , aku susah nak merajuk , tapi paling banyak aku merajuk adalah dengan ummi aku. ummi aku suka sangat buat benda yang akan buat aku merajuk. hai ! sabar je la. bila merajuk dengan ummi , tak makan la aku becuase sibukkan dengan tidur. haha . pelik ! orang cakap or realitinya orang perempuan la ramai suka merajuk. katanya hati perempuan ni lembut , mudah tersentuh . ye ke ? eh ! mengada-ngada betul la orang yang merajuk ni. satu kerja pulak orang nak memujuk dia. sekecil-kcil perkara yang merajuk boleh jadi besar tau. menyusahkan jadinya. aku suka ketawakan orang yang mudah merajuk ni. lucu ! kebanyakannya suka merajuk dengan perkara kecil , contoh : si dia tak reply mecej , setengah jam ke setengah hari dah tak balas , si dia balas , merajuk pula tak balas la bla bla . hubungan retak ! alhamdulillah ALLAH sayang dia dari couple dengan si dia tu. haha , meleret pulak contoh aku ni kan ?! dan untuk pengetahuan , kebanyakan laki bukan suka sebenarnya nak pujuk si merajuk ni. kena main emosi pula. "awak sorry la . . . saya bla bla bla" . macam tu jugak aku tak suka layan orang yang merajuk. buang masa aku je. and for your information, orang laki pun ada juga yang merajuk. manusia ni semuanya hati lembut actually , cuma ego je yang meninggi. tak boleh halang la. so , merajuk la erk ! jangan panggil aku pujuk .

23 December 2012

tittle of ustazah


assalamualaikum :)
memandangkan aku sekolah agama dan pakai tudung labuh , aku selalu dapat title of ustazah bila pakai tudung labuh yang tertutup , sejuk mata memandang ! walaupun tak pakai tudung labuh , dalam kalangan sepupu dan mak saudara aku still bagi gelaran USTAZAH untuk aku. apa-apa hal tentang agama saja je nak buat persoalan dengan aku. haih ! aku memang tak suka orang bagi gelaran ustazah pada aku , sebab aku jauh lebih tak sempurna likes a ustazah. aku bukan nak cakap ustazah tu perfect , tapi menjadi seorang ustazah tu banyak ilmu di dada dan akan selalu beramal , istiqamah seterusnya menyebarkannya. aku memang suka kalau orang mendoakan aku jadi ustazah , kira doa la kan bila orang panggil aku ustazah . amin . aku nak jadi jiwa ustazah , ustazah ni memang suka bercerta tentang umat-umat tedahulu , isu-isu semasa umat ISLAM dan senang dikatakan boleh buka hati-hati orang untuk lebih mendekati cinta-NYA. contoh terbaik ustzah yang aku pernah kenal , Ustazah Hasmah . bila dia start bercerita , aku selalu terpukau dengan cerita dia. tidak ada sedikit pun sia-sia dari apa yang dia cerita . aku ni ibarat orang yang kosong tak tahu apa-apa kalau dia tak cerita semua tu . hebat kan ilmu dia . rindu pula ummi PSI aku tu . aku ni jauh sekali jahil nak dipanggil dengan ustazah , kalau orang ibaratkan ilmu yang kita ada di hanya dua titik dari air laut , aku ni belum tentu setitik tu ada . sekadar yang aku belajar and aku baca hanya sekelumit je yang aku miliki . tapi alhamdulillah aku ni terpilih dalam berjuta-berbilion pelajar untuk ke sekolah agama , mak saudara aku pernah cakap masa aku nak cari sekolah untuk tingkatan 1 , aku masa tu masam muka dengan ummi aku , aku tak nak masuk sekolah agama , dia cakap "tak semua orang terpilih masuk sekolah agama , hanya orang-orang yang terpilih je ALLAH bagi , bersyukur la kita yang terpilih ni , boleh bawa keluarga ke Syurga" . ustazah Hasmah pun cakap macam tu . alhamdulillah , kalau aku duduk sekolah biasa , tak mungkin aku rasa nikmatnya hidup cara Islam ni. tapi kita ni terpilih untuk ke sekolah agama bukan untuk tarbiyyah diri sendiri saja , tapi untuk umat Islam jugak . mashaALLAH besarnya perjuangan kita ni kan ? tapi kita terpilih kerana ALLAH tahu kemampuan kita , kita layak . so , kita tak boleh putuskan hubungan kita dengan ALLAH , ALLAH always besides you if you always helps our religion . insyaALLAH kita lah muslimah solehah yang akan berganding dengan si soleh yang melahirkan insan soleh-solehah . insyaALLAH . 



disebutkan lagi kisah lucu :
lepas solat maghrib , semua kumpul kat ruang tamu untuk tengok dan tolong my aunty gubah bunga untuk wedding sepupu aku .
my aunty : tin tema warna gapo untuk nikah ni ?
aku : ha ? (masih blur, shock tau)
my aunty : kawin dengan ___ tu la , nak warna gapo ?
aku : haha , dia kawin doh la 
my aunty : gak takpo , ustazah ni redho jah hidup dia , nak lawan kan takut derhaka pula
aku : hahaha (buat don't know)

sakit diperkenakan . aku tak nak ambil bekas orang , tapi aku nak je bermadu , dengan syarat aku yang pertama . hehe , tapi berdasarkan apa yang aku baca , actually monogami(1 isteri) adalah sunnah , buktinya Nabi Muhammad S.A.W , Nabi kita yang kita rindui tu tak pernah madukan Siti Khadijah R.A . tapi poligami atas dasar menjaga wanita dan dakwah Islam . poligami juga sunnah juga . dan untuk pengetahuan anda, poligami tidak boleh menyebabkan isteri pertama disakiti hati dan perasaan. jika isteri pertama sakit hati kerana suami melakukan poligami, cukup alasan bagi suami untuk tidak boleh melakukan poligami. itu Islam yang ajarkan kepada umatnya berdasarkan peristiwa Ali dan Fatimah .


bila nak try istiqamah pakai tudung labuh ni ?
lepas ni tak da sekolah dah , only kau dengan moto hidup kau .

21 December 2012

education fair , IPTS only !

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

*mini books and pamplets about every university/college and course*

semalam punya semalam dalam pukul 7.30 p.m selamat tiba ke Kota Bharu . home sweet home ! hehe . seminggu lebih duduk kat rumah my aunty. 2-3 hari lepas duduk rumah , my cousin bawa aku pergi Alamanda Putrajaya. jalan-jalan je and tengok wayang ! makan sepupu aku bayar , aku berlagak tak da duit. haha , jahat kan ? lastly , dye la belanja makan pizza. letih jalan ke sana ke mari dalam Alamanda tu. lepas tu , 2-3 hari sebelum balik abang aku bawa aku pergi Mid Valley . actually time ni nak jumpa Nur , tapi aku pergi pagi lagi tapi Nur petang baru boleh jumpa . aku round 1 hall kat Education Fair dalam 1-2 jam macam tu , berlambak-lambak kertas aku dapat , bila dikumpul jadilah 1 bag goodies. haha , dahsyat betul yang memberi tu kan. time dekat education fair tu , banyak kali soalan ni terjah kat aku :

" what course would you like to continue after this ? "

ha ? haha . lawak la jugak yang first kakak tu kena ngen aku , because aku tak pernah fikir dengan serius course apa yang aku akan ambil lepas ni , in university. cuma sekali-sekala berangan tu ada la nak jadi teacher or lecturer. and aku teringat keinginan abah aku suruh aku ambil course Syariah Law , so aku just jawab :

" education , TESL or LAW "

2-3 booth juga yang aku lalu , dia suruh masuk and isi borang ! masuk and isi je la. dapat ye , tak dapat nasib baik , tak payah la keluar duit because IPTS . huhu . macam-macam course ada dekat sini , kulinari, law, education, pilot , music , designer and etc. hmm majoriti yang aku lalu kat booth kulinari kebanyakannye cina , nak tau kenapa? sebabnya course ni guna bahasa mandarin and english. kalau aku ada course yang senang macam ni guna bahasa melayu pun aku nak join . tu la kerajaan kita , bahasa kita bahasa kedua bahasa mat saleh tu no.1 . kata bahasa melayu bahasa kebangsaan . mana statement tu ? haih . isu lain pula. ye la memang la bagus nak powerkan English , aku pun suka apa English , tapi kita ni dah lahir di Malaysia guna la bahasa Malaysia. kan bahasa kita bahasa lingua-franca dalam perdagangan pada zama sejarah dulu. tak bangga ke semua orang nak belajar bahasa kita because BM ni senang nak belajar. BM ni top 5 la bahasa paling mudah nak belajar in this world. hui ! panjang lebar pula bersyarah . lepas aku pergi educatin fair , abang aku ajak pergi lepas makan fruity ice cream , tak da apa kat MId Valley , katanya. sedangkan aku nak usha-usha dulu. ok! ikut driver je. kebetulan dah masuk waktu Zohor time tu , so abang au bawa aku, mekna and my cousin to Masjid Negara . first time sampai. haha . ramai juga la buat lawatan , orang cina , orang indon yang bising je dalam masjid. tak tau adap ke ? jauh la tempat wudhuk . bayangkan 30 minit jugak nak jalan-jalan cari tempat wuduk and masuk masjid nak solat. hui ! sekali seumur hidup. huhu . lepas tu , sambil tunggu abang aku solat , aku , adik aku and my cousin pergi jalan-jalan sekeliling masjid . lawat kubur tokoh-tokoh dalam sejarah apa. lepas usai solat . ingat nak balik dah , hai ! pergi kLCC pulak , dah la parking jauh abang aku tu, aku pulak pakai high heel . huih ! longlai kaki aku . dalam kLcc , pergi jalan sini , jalan sana , naik sini , naik sana , tau cari apa ? cari tempat nak makan . full la semua tempat makan. lastly , pizza hut. tekak aku loya la makan pizza . boring dah ngen cheesenye. lagipun kat KB ada pizza hut.  tapi dah tak ada pilihan , duduk la makan. lepas makan round lagi , round je . and lastly balik rumah . huhu , penat-penat . sekarang duduk rumah ! apa-apa pun seminggu lebih lagi aku akan pergi PLKN Padang Kacong , Marang Terengganu . excited rasa jiwa ni . ok , tata . . 



11 December 2012

sep kito jange pecoh , sumayyah

assalamualaikum :)

srikandi Sumayyah .

" bergegas lah kawan untuk sambut masa depan
tetap berpegang tangan
dan saling berpelukan
berikan senyuman
untuk sebuah perpisahan
kenanglah sahabat
kita untuk selamanya "
- lirik kita selamanya : Bondan Prakoso & Fade2Black -

bila kau pergi jauh, ingatlah aku
bila ku disampingmu , peluk tubuhku
bila kau rindu aku , panggil namaku
kudatang menemuimu
- pelengkap hidupku -

fatin sayang semuanya
kenangan dengan mada selama 4 tahun .
semua ustaz-ustazah yang menjadi murobbi saya hingga datang cintaNYA
semua sahabat-sahabat saya yang comel-comel and baik .

sorry for all my mistakes , and i had been forgave you all . i will love you all forever .
 terus-teruslah bagi nasihat and tegurlah fatin bila fatin buat silap walaupun kita berpisah. 

berpisah jasad tak bermakna berpisah hati :)

6 December 2012

m-e-r-d-e-k-a plus SHOCK

mood : senang hati , non-gelisah !

assalamualaikum :)
alhamdulillah tamatlah SPM. hanya ALLAh je yang tahu betapa leganya hati ni, tapi tak sehappy mana sebab result belum tahu lagi. in sha ALLAH ada best rewardNYA . amin3. straight A. sedihlah lepas ni tak pergi sekolah dah , naik taraf sikit jadi orang dewasa , university la pulak. bajet ! haha .


Penempatan Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 10/2013

KUMPULAN
:
PUSAT BERKUMPUL
:
KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) KAMPUS CAWANGAN KOTA BHARU (BERSEBELAHAN PASARAYA TESCO) 
NEGERI PUSAT BERKUMPUL
:
KELANTAN 
TARIKH LAPOR
:
03-JAN-2013 
MASA LAPOR
:
9:30 PAGI 
NAMA KEM
:
KEM PLKN PADANG KACONG, MARANG 



menatang ni buat aku sakit hati je. aku nak dalam kelantan je , dia bawak aku pergi MARANG , Ganu. kalau boleh jumpa Zizan aku on la pulak. haha. apa-apa je la. tengah fikir nak pergi or tak. malas betul jauh2. tapi aku fikir , masuk bulan 1 , and mesti result keluar awal bulan 3 tahun depan . tak lama pun tu, pening *_*