23 August 2012

raya 2012 :D



my family is my soul <3

*double-click untuk tumbesaran

assalamualaikum :)
raya macam mana korang semua ? kalau best , aku tumpang happy juga tapi kalau sebaliknya, kita berjiwa sama. entahlah kenapa tahun ni tak berapa best raya , tapi otak aku ni tak lepas untuk ingat pakwe tersayang dan debaran mengikat tali perkahwinan , haiceh ! aku nak kahwin dah , bulan 8 hari tu datang merisik , nak tak nak aku kena terima almaklumlah memang umur aku ni tak boleh tlak jodoh yang datang awal-awal ni , lagi pun aku suka kalau ada orang jaga aku time aku muda dan menjalani kehidupan yang baru. kahkahkahkahkah apa yang aku melebih ni? haha . . aku debar nak exam spm je la , yang aku bertunang itu aku trial spm dan yang aku nak kahwin adalah the real spm ! ya ALLAH , hanya Dia je yang tahu aku debar , tak tenang nak beraya . orang bagi duit raya pun aku malulah nak ambil , rasa nak bagi je balik tapi sapa nak tolak orang bagi duit raya kan ?! hehe , ambil je la dah lah mencecah rm100+ , rezeki weyh . aku hajat nak pergi shopping buku , buku motivasi , buku pemilik cintaku and mana-mana buku terbaik ! hehe. raya tahun ni pun banyak pergi makan gulai and uruskan wedding my cousin at pasir puteh . so , semua pakat jumpa time kenduri tu je bukan 1st raya macam selalu. apapun aku dah low bateri untuk menaip ni , sebelum habis baik aku off , aku malas ;D . bye

17 August 2012

happy aidilfitri to all muslim


assalamualaikum :)

alhamdulillah usai sudah sebulan berpuasa untuk tahun 1433 H ! moga-moga kita dapat syafaat pada bulan ramadhan karim ini , sesungguhnya rugi la kita kalau sedikit pun kita tidak merasa betapa indahnya hadiah ramadhan dari ALLAH. sebelum aku menjadi semakin sibu nak urus untuk sambut hari raya lusa , aku nak menyusun 10 jari mohon maaf untuk semua yang mengenali aku yang aku ada ter-ter buat salah sama ada jelas atau tidak sengaja . kira kita semua kosong-kosong la yek !

selamat hari raya aidilfitri <3



*taksabarnaksujudsyukurlepasbukapuasaesok,sebulanpenuhberpuasatanpaperluganti

14 August 2012

from ummi to her daughter

Tanggal 14 Ramadhan1406 'kakak' Nurul Aishah di pinjamNYA pada Ummi dan tanggal 16 Ramadhan 1433 'kakak' di kembalikan padaNYA..kembalinya yang di rindui..

'Kakak' adalah anugerah istimewa dariNYA utk Ummi & Abah..Alhamdulilah!!..'kakak' tak pernah melukai hati Ummi, walaupun kadang2 Ummi penat dgn kerenah 'kakak'..bila di marahi kakak akan tersenyum..bila kesakitan kakak juga akan tersenyum/ketawa....sudah lama Ummi tak melihat tangisan/airmata kakak..Subhanallah! Maafkan Ummi jika layanan Ummi tak sempurna untuk kakak. Ummi halalkan setiap titisan air susu yg mengalir di dalam diri kakak..

1 Syawal 1433 akan menjelang beberapa hari lg....Syawal tanpa kakak..Syawal tanpa suara/senyuman kakak...Syawal bersama kerinduan yg mengamit jiwa Ummi...

Kakak sudah kembali ke Syurga Idaman bersama hamba yg tak berdosa..kembalinya di rindui..semoga di bawanya kita bersama ketempat yg terbaik di Syurga..amin..

Al-Fatihah buat 'kakak' Nurul Aishah.......


dipetik dari status fb ummi :')



sekali lagi menitis air mata aku baca bait-bait ummi
semua orang meredhai pemergian kakak namun semua orang merindui kakak
tahun ni , aku boleh pergi solat raya
aku berharap sangat  boleh pergi because ini first time solat raya dalam hidup aku
bukan aku mencari alasan untuk malas , tapi aku tak da kesempatan
pagi-pagi raya aku kena suap makan minum kakak , kemas rumah sikit-sikit 
tapi yang penting aku kena suapkan dan tolong ummi uruskan kakak
jauh di sudut hati aku , aku nak sangat bergambar family sekali dengan kakak tahun ni
tema raya family tahun ni warna gold !
tapi semuanya mustahil . 

kakak , 
fatin rindu sangat kakak
tiap kali fatin rindu kakak hanya Dia je yang mendengar luahan hati yang sayu ni
fatin berharap kita jumpa lagi di sana .
walaupun sekarang suasana baru tanpa kakak 
takda seorang pun terkecuali tak ingat kakak
semuanya rindu kakak yang suka buat bising dengan telatah 'air liur' kakak
yang suka hatuk dahi kakak dengan tangan orang lain
walaupun kakak bukanlah yang sempurna pada fizikalnya,
namun tetap fatin bersyukur dapat luangkan masa dan duduk dengan kakak
pagi petang siang malam .
i really miss you

10 August 2012

perginya dia . . .


16 Ramadhan 1434H / 5 Ogos 2012
telah pergi selama-lamanya kakak the only one
yang telah banyak aku, umi , abah dan adik-beradik aku luangkan masa untuk menjaganya.
hanya ALLAH je yang tahu betapa sayangnya aku pada dia , bertahun-tahun aku suap makan dia takkan dengan mudahnya aku merelakan dia pergi. hampir tiap-tiap malam aku teringatkan arwah dalam bermain dengan air mata dan dalam masa sama aku berharap sangat ALLAH memberikan aku kekuatan , dan terutamanya pada umi and abah aku .
alhamdulillah suasana sunyi atas kesedihan pemergiaanya kembali sediakala , walaupun hati sentiasa rindu sangat pada arwah , tapi yang dah pergi tak boleh balik dah. 
dia tak ada dosa apapun di dunia ni , insyaALLAH confirm syurga . 

al-fatihah
to
my only one sister , Nurul Aishah bt Naim