30 April 2013

masuk kilang

assalamualaikum semua :)
dua tiga hari lepas , aku masuk kilang abah di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa . selama ni lalu je , yang masuk pun abah la , haha , dah namanya abah kerja kan ?! boleh pulak buat ayat macam ni . kilang yang dimiliki oleh abah and partners . aku , ummi and adik pergi masuk kilang untuk tampal sticker ,  mesin stickers tak ada . tempahan parti bebas . hah ! jangan duk ingat aku orang kuat parti bebas heh . hehe . tempahan , orang bayar , kita buat la . 2000 lebih jugak la ditempah . peluh-peluh buat kerja , tak ada kipas or air cond lagi . tapi kilang bersih sangat , kilang air minuman ni kan ?!

sungguh dio wat . hehe

pose sekali 'ummi , tepi sikit'

dalam terowong masa 

abah ! di tempat proses yang paling rumit , tempat isi air

aku suka susun botol , sebab mesin tarik botol tu , haha , suka tengok

budak sakit kepala , bukan headache . haha

2000 lebih disiapkan dalam sehari lebih
ummi dok bereti-bereti buat kijo

itu saja , balik-balik rumah sakit pinggang , sakit belakang .
tapi suka :)

ALLAH yang perdana di hati

assalamualaikum :)
lamanya tak update blog ni , fuh-fuh , debu . hehe
2 hari ni sibuk buat video baru :



tengok ye , moga bermanfaat .


*malas nak update panjang-panjang , wassalam :)

19 April 2013

Kiyomi

Assalamualaikum 

fuh-fuh ! edit blog lagi hari ni . hehe . tukar tema pulak ! dunia hari ini demam dengan GWIYOMI . kalau versi budak-budak memang comel , tapi alahai yang perasan budak pulak yang banyak di youtube . gedik la awak ! lagu Kiyomi ni pasal couple je , macam lagu-lagu lain , lagu cinta acam tu tapi penyampaian lagunya dengan gaya cute . hah ! ramai cute la tu yang post di youtube . kalau kita gwiyomi sangat , buat tayang untuk HUSBAND je la . free-free pulak dosa dapat satu dunia tengok . jealous suami kalau isteri cantik , cute , gwiyomi tu buat gaya lagu gwiyomi , seluruh dunia tengok , ingat suami je dapat tengok gaya speacial cute tu . alahai gwiyomi ~


comel , siap tambah main gitar lagi .
aku pun tak reti main gitar weh ^_^


adik dia comel ! suka bangat :D

translate GWIYOMI song


macam biasa , ada hadiah untuk awak :
anugerah KIYOMI yang paling sweet tanpa diabetes
aku yang iktiraf ! huhu

gi ngaji la !

17 April 2013

Fatih Seferagic

assalamualaikum .
kenalkan anda dengan hamba ALLAH ini ?
namanya Fatin Seferagic , dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995
point penting 1995 , sebaya la kita  ! aucak ~
kemudian beliau berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun .




apa kes la ye saya cerita pasal mamat ni .
handsome tu , masyaALLAH ! ada annur di wajahnya .
dia adalah seorang Hafiz , penghafal AL-Quran di Baltimore .
beliau berjaya menghafaz AL-Quran selama 7 tahun di
Islamic Society of Baltimore bawah bimbingan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid .
kemudian beliau berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa arab .
aiwah ! masyi-masyi .

dengarkan beliau mengalunkan ayat-ayat-NYA :
nak banyak lagi , cari di youtube ye !

subhanallah ALLAH telah menjadikan dia hafiz . teringin jugak nak jadi hafizah . lepas keluar dari Maahad Tahfiz Sains dulu , kurang dah menghafal. menghafal pun surah-surah tertentu je di MADA . cuti panjang ni pun , entah bila nak menghafal . memang best bila kita ingat ayat Al-Quran . bila orang baca , kita boleh ikut sama membaca di mulut saja . sungguh nikmat ALLAH kurniakan seseorang itu menjadi Hafiz / Hafizah . menjadi Hafiz / Hafizah itu juga bukan mudah kerna nikmat selepas itu amat berharga terutama di jannah , sebelum masuk Maahad Tahfiz dulu , my aunty selalu cakap 
"bertuah hafiz/hafizah ni , di akhirat nanti boleh pakaikan mahkota 
ko ummi-abah , boleh tarik adik-beradik masuk syurga"

Nabi S.A.W bersabda maksudnya:
" Sesiapa membaca AL-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat dengan sianaran mahkota itu akan melebihi sinaran matahari , sungguhpun matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. "
-hadis riwayat Ahmad & Abu Daud-

Sabda Rasulullah S.A.W lagi :
" Barangsiapa membaca Al-Quran dan mengamalkannya , menghalalkan yang halan & mengahramkan yang haram maka ALLAH masukkannya ke dalam syurga & dia boleh memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang telah masuk neraka "
-hadis riwayat Tarmizi-

jom ramai-ramai rebut peluang beramal ibadah kepadaNYA 

alolo cute nye , orang Kelate cakap "comel lotte budok ni"
in sya ALLAH masa depan saya bertemankan seorang Hafiz 
dan bakal mendidik hafiz/hafizah .





berajaib di cuti panjang

assalamualaikum :)

alhamdulillah setelah sekian lama resah tentang UPU , akhirnya dah selamat kemaskini setelah staff UPU bagi peluang saya kemaskini UPU , setengah jam lagi nak tutup permohonan masa tu . alhamdulillah sempat juga , ALLAH dengar permintaan saya , sebak , nak nangis dah pagi tu bila tahu hari tu hari terakhir kemaskini UPU tapi tak ada baki kemaskini . aku cuma nak baiki course je , aku buat pilihan pertama bank tapi ummi and abah aku cakap bank ni banyak benda tak okey . so , tukar course LAW at UIAM . aku dah cakap kat ummi , peluang aku masuk UIA amat tipis . ummi cakap "tak po, maye ajat la hok tu" . nak sangat rasa suasana UIA , ustazah Fatimah saya pun selalu berkunjung ke sana , in sya ALLAH dapat pergi . lain-lain course adalah pengajian Islam . dari 8 pilihan 4-5 adalah course LAW Syariah . info asasi Law di Uitm boleh baca di sini . in sya ALLAH boleh la salah satu . tapi tak tahu jugak nak ambil course Law or Education . abah dan abang aku support aku ambil Law . ummi , abah jugak dan aku support ambil education . be a Ustazah Fatin :) , hehe . 

hah ! panjang pula cerita pasal UPU ,
kerana terlalu LEGA boleh kemaskini juga akhirnya .
sempena cuti panjang aku ni , sebenarnya saya nak belajar memasak dengan ummi
tapi hampeh ^_^
tabiat lama masih belenggu dalam diri .
dapur dan barang-barang masakan tidak tertarik ,
bila dipaksa oleh ummi , dapat juga hasil .

taraaaa :
Lamb Chop Black Pepper
sedap weh *_*

Fruity Baulu .
hah ! jangan ditanya kenapa lebar bebeno je baulu saya ?
resepi : Ummi     
decoration : saya ! haha bangga sebutir .


makanan-makanan di atas dihasilkan dengan menggunakan 
Pemanggang Ajaib :
memang ajaib la weh .
masak ayam , daging , memang lembut .
memasak hanya menggunakan sedikit minyak je .
makanan tak berminyak kan baik untuk kesihatan :D
nak dapatkan kat mana benda ni  atau nak tahu makluat lanjut?!
inform my cousin di sini 

kesian terima kasih :)

16 April 2013

rindu tempat menuntut ilmu ;)

Dimulakan dengan Assalamualaikum w.b.t :)


aku boring , bosan , kepuasan , kegilaan bosan melanda , tok tahu nok uat gapo , kematian idea nok beraktiviti gapo , puah , puah , puah , puah , puah !!!!! haha , tok lepas jugak jugak puah .

bukan nak politik ni !
hah ! bangga mudir kita tu .
anaknya Tok Guru , anak sulung ,Nik Omar bin Nik Abdul Aziz . ustaz yang tegas dan tetap dengan prinsipnya . kalau ustaz kata A , A la . jangan nak berbincang lagi . ustaz akan keluar dengan beribu hujah beliau , dan beliau menang ! hah ! kecewa eden , eden kaloh bahas dengan dio . respect la hidup dia !
rindu nok dengar ustaz mengajar mabadi'  yang guna buku Ma Za Yakni . . . . (Apa ertinya saya menganut Islam) mengajar sikit-sikit , ulang-ulang topik sama , exam confirm dapat mumtaz . aku suka cara dia mengajar , walaupun tidur dalam buku ^_^ . ujian lisan , cakap tak sampai 5 minit , dah mumtaz ! haha . senangnya . selalu je berangan nak ramai cikgu macam tu . haha , straight mumtaz sopmo la .
masa pergi ambil result , nak jumpa mudir , mudir pergi Yaman . ustaz buat perjanjian dengan tempat belajar kat Yaman . mada-Yaman ! haha . 2 tahun lepas mada-Ar-Raniry , Indonesia . so , nak pergi Yaman , aku boleh inform kat sekolah , freeeee je la pergi sana :D  tahun ni dengar-dengar 3-5 orang akan hantar ke sana .untung memang untung , tapi ummi saya tak kasi pergi oversea :(
sedih , memang sedih . tapi ummi toksey bui nok buak gano ?!

re-upload !
teacher Arniza and ustazah Aisyah , 2-2 sporting .
seriusly , rindu nak dengar ustzah-ustazah mengajar . ustazah Aisyah macam-macam cara mengajar nak suruh anak didik beliau pandai , faham agama and PQS dapat A untuk SPM . aku je la yang selalu kena . suka-suka cara beliau . walaupun memaksa ! sehinggakan ada satu minggu tu , beliau suruh baca 2 buku PQS , tingkatan 4 & 5 sekali dengan hafal hadis & ayat Al-Quran . mak aih ! aku buat steady aku la , hafal yang aku minat + senang je . nasib baik tak ditanya . jarang-jarang tu kena denda jugak . hehe .

rindu saem-saem weh !
9 puteri-girlfriend aku dalam kelas , buat kecoh pun 9 puteri ni lah . 
cari pasal pun 1-2 orang dalam kelas ni lah . 
tapi erat sangat-sangat ukhuwah yang terbina .
because ada kelas luas , tapi pelajarnya sedikit :)
anak emas sekolah sekejap bila disandang jawatan calon spm 2012
rindu nak pakai baju yang sering kutuk , baju askar jah warna . haha
rindu jugak nak pakai tudung labuh .
time tinggal sekolah macam ni baru nak hargai ^_^

bola jaring .
bestnya jadi C as Center main bola jaring .
boleh kurus kalau aku terus main , C boleh berlari seluruh court netball kecuali kawasan D .
and tahun 2012 , rumah merah , Umar AL-Khattab yang menang .
takbir !!!! ALLAHUAKBAR
rindu jugak nak bertakbir , apa-apa acara tidak kira lelaki or perempuan semua semangat bertakbir
tapi lelaki lagi semangat , lagi-lagi lepas tazkirah Tok Guru lepas maghrib !
masyaALLAH hebat sungguh didikan di sini . alhamdulillah .
rindu sangat-sangat seeh !

and the most i miss my geng .
geng paling nakal , paling suka buat hal , paling banyak drama , paling banyak kena masuk bilik Sir Aidi yang handsome tu , paling banyak kena ban dengan cikgu and classmates , paling cool dengan semua orang (tak kira orang benci ke tak , kawan je semua) , paling famous ! haha
setelah semua geng terpisah , dan aku je yang tersisa still kat sekolah sama
aku buat hal jugak , tapi cikgu panggil dan bagi nasihat dan LAST WARNING 
entah kali keberapa last warning nya , haha .
tapi tu lah , ALLAH melindungi aku , alhamdulillah ^_^
setelah itu , aku tekad dalam diri aku , nak belajar sungguh-sungguh !
nak tebus balik nama geng aku , nak sucikan lagi nama geng aku yang suci .
akhirnya , ALLAH mendengar permintaan aku
dan aku memang betul-betul dah berubah .
dapat juga aku duduk carta no.2 tertinggi dalam result SPM di sekolah .
Alhamdulillah ^_^
walaupun result tak seberapa , kira ok la bila dengar cikgu cakap :
" tahniah ! ok la ni " 
alhamdulillah dengan segala nikmatNYA .


sekarang ! saya rindu segala-galanya tentang MADA .
dekat sana la saya ditemukan cintaNYA dengan didikan ustaz-ustazah-cikgu
i'm proud with them :) 
rindu sangat-sangat . bila boleh sampai sana lagi ?!

14 April 2013

Program BSKN :)

Dimulakan dengan Assalamualaikum w.b.t :)




Apa itu BSKN ? BSKN is Briged Sukarelawan Khidmat Negara . Ok la boleh join program ni . at least boleh jalan-jalan daripada terperap kat rumah , tak dapat duit . kira ok la dapat duit pergi sana even tak seberapa kan ?! hehe . lagipun boleh jumpa budak-budak kem , komando dan cikgu ! komando kata nak buat majlis juga kat Kem Padang Kacong nanti bulan 10 macam tu la , and akan ambil semua budak-budak kem dai setiap tempat. in sya ALLAH jadi . hehe , teringin nak pergi kem pulak ! hehe . kat program tu, tak ada aktiviti mana pun , just persembahan + sukaneka je . penat weh ! balik-balik , pening sangat . sikit sudah la tulis . ma'assalam .



*geram weh tak boleh kemaskini UPU , aku nak tukar course weh !!!!!! 

12 April 2013

muslimah ! mudahnya dirimu masuk syurga

assalamualaikum w.b.t untuk semua :)


betapa sayangnya ALLAH pada wanitaNYA .
tak susah nak masuk syurga !

syarat-syaratnya ialah :

1) Mendirikan sembahyang 5 waktu :
percaya atau tidak betapa ramai jugak wanita kita yang sering tinggal solat walaupun dapat cuti setiap minggu. itulah kerja syaitan + nafsu yang dah berjaya buat kerja ! no wonder la asyik nak melalak je time azan . jangan la tinggal solat duhai si perindu syurga ! ALLAH dah aturkan yang terbaik buat kita . Dia sediakan solat 5 waktu supaya kita always 'keep in touch' with Him. bukan 5 waktu tu , kena kerjakan secara serentak , setakat 2 rakaat , 4 rakaat , 3 rakaat je . tapi kalau musafir boleh la jamakkan ! tapi kalau tak musafir jangan nak jamak ye , itu ikutan Syiah ! nauzubillah kita terpengaruh dengan mereka . betapa besarnya dosa manusia yang tinggal solat ni , boleh nampak muka tu keruh tanpa wudhu' & sujud padaNYA. solat tu kena awal waktu , jangan lengah-lengahkan . kalau kita nak hantar cinta kita pada seseorang , takkan nak makan masa yang panjang nak sampaikan cinta tu ?! lebih-lebih lagi untuk Dia . solatlah dengan tenang , jangan solat tergesa-gesa ! rugi tau cepat-cepat nak lari dari ketenangan dalam solat . bila sujud , lamakan sujud dan waktu sujudlah kita dekat denganNYA , mintalah apa kita nak , in sya ALLAH makbul .

2) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan :
bila tiba di bulan puasa , asyik fikir nak enjoy raya je , seolah-olah kta ni nak menghalau cepat-cepat Ramadhan tu . sedangkan masa inilah ALLAH melipat gandakan pahala amalan yang kita kerjakan , kalau duniawi , kita kerja dapat bonus ! ibadah puasa ibadah paling mendekatkan diri kita kepadaNYA , puasa dengan sabar , tahan nafsu ! boleh jugak buat diet . badan kita boleh bekerja tanpa masuk je , buangnya tidak ! hehe

3) Menjaga kehormatan diri :
menjaga kehormatan diri , samalah menjaga maruah diri . jaga aurat kita dengan lelaki ajnabi . jika senang diberi , di situ bolehlah nampak how much kehormatan diri kita . orang perempuan yang High Class akan menjaga diri mereka buat lelaki mereka yang High Class jugak .

Rasulullah S.a.w bersabda :
" Malu & Iman saling berpasangan .
Bila salah satunya hilang , maka yang lain turut hilang "
-HR Hakim dalam Kitab al-Mustadrak-

look ! malu dan iman itu berpasangan . kalau perasaan malu tu ada , alhamdulillah , kita masih pandai menjaga diri lagi . dengan perasaan malu , kita malu nak baut maksiat kerana malu dengan ALLAH dan malu pada masyarakat . kalau tak ada perasaan malu , macam-macam post di sana-sini terutama isu gambar yang HOT tanpa kira menutup aurat atau tidak . kalau kita ada iman , in sya ALLAH , malu itu ada bersama kita :)

4) Taat suami :
ha ! masuk bab suami , saya tak expert bab suami ni . budak underaged lagi ! hehe . kalau kita masih di bawah wali kita , taatlah pada kedua ibu-bapa kita . tapi bila dah diijab kabul , suami adalah perdana . ibubapa automatik jadi list bawah suami . kena taat selagi tidak bertentangan dengan agama . masak-masak untuk dia . urus pakaian dia . rumahtangga kena harmoni . didik anak-anak dia . layan dengan lemah-lembut . ha ! jangan poligami . haha . harap dapat yang beriman mantap plus sporting , sporting tapi tegas dalam beragama :)


itulah syarat nak masuk jannah ! tak susah . kalau orang lelaki banyak yang kena jawab , betapa besarnya mereka memingkul tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH . 
mari sama doa agar kita semua dapat masuk syurga dengan mudahnya .
syurga begitu merindui hambaNYA yang soleh-solehah  :)

9 April 2013

sweetnya ALLAH kat kita :')

 muhasabah diri :')

mengalir air mata saya bila tengok video ni , betapa selama ni kita jarang sekali bersyukur kepada-NYA . betapa banyaknya nikmat yang diberikan olehNYA dalam kehidupan kita , ibubapa , wang-ringgit , barang-barang yang kita nak . semuanya Dia yang bagi melalui perantaraan ibubapa kita . kita sering meminta , jarang sekali ingat pada Pemberi . kita sering mahu dengan segera apa yang diimpikan , tapi jarang sekali ingin cepat menunaikan tanggungjawab kita kepadaNYA .


bersyukurlah duhai hamba-NYA 


7 April 2013

jadilah seindah mawar berduri

assalamualaikum w.b.t
hari ni aku nak berceloteh tentang mawar yang mekar di dunia ini .
sungguh indah dijadikan wanita ni kan ?
ALLAh lebih utamakan kita , ALLAh lebih sayangkan wanitaNYA .
kerana itu Dia menyeru kita menutup aurat .
kenapa perlu kata ALLAH menghukum kita ?
sedangkan ALLAH ingin jaga kita . 


dalam AL-Quran , surat cinta khusus yang diberikan kepada muslimah iaitu surat cinta surah An-Nisa' . khas untuk wanitaNYA . sayangkan tu Dia pada kita ?! kerana itu Dia menyeru kita menutup aurat . kenapa perlu kata ALLAH menghukum kita ? "alah ! panas lah pakai tudung ." kalau diikutkan nafsu kita semua tak puas , neraka lagi panas dik/kak . sedangkan ALLAH ingin jaga kita dengan perintahNYA menutup aurat . wanita diciptakan dengan seindah kejadian , cantik + comel gitu , subhanallah . dan kecantikan itu hanya untuk ditunjuk kepada yang halal especially Cik Abang a.k.a suami la . tapi kalau petang-petang dah buat show dikhalayak ramai dengan terdedah sana-sini tubuh badan kita , apa yang suprise lagi dan hadiah cantik untuk Cik Abang ?! mesti kebuntuan idea jugak nak buat suprise apa ya . walaupun kita nak tunjuk seksi kita depan yang tersayang likes boyfie , itu pun tak boleh , berdosa jugak . kita ada ikatan 'couple' sekalipun , ada lafaz nikah ke ?! tak ada kan lafaz yang boleh menghalalkan dia melihat aurat kita . couple tu pun haram , lagi la pulak nak menunjuk body pada si dia . lagi la ! kalau kita ni mudah saja 'memberi' pada si dia , habislah kita . sekalipun lelaki atau si dia tu baik , dia juga bernafsu dan ada saja iblis membisik kepadanya untuk merosakkan kita atau mendekati jalan zina yang iblis aturkan , bila dah berzina ibls itu lari , kita juga yang sengsara . kalau nak kata si dia tu baik , takkan berzina punya ! habis cerita pasal ustaz ditangkap khalwat tu macam mana ?! nafsu dan iblis tak kenal siapa pun mangsanya . oleh itu jadilah wanita yang 'sombong' untuk lelaki ajnabi dalam hidup kita , biar dikatakan 'sombong' tapi Dia Maha Mengetahui. sombong bertempat apa salahnya ?! daripada menjadi si 'mesra alam' yang dikenali dengan perangai 'low price' yang mudah disentuh oleh mana-mana lelaki . jadilah yang High CLASS ~



" jadilah sekuntum bunga mawar yang indah dipagarkan duri .
jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah
tapi sayang tidak berduri .
apabila tiada duri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi 
keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya dikhianati .
lantas tercemarlah keindahan & murahlah nilainya .
duri mawar itulah diibaratkan dengan perbatasan aurat ,akhlak & al-haya'
jadilah seindah mawar berduri
kelak akan mengundang kekaguman di hati yang sang kumbang
hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya "
- Ustazah Fatimah -


guide me :)

6 April 2013

sebarkan cinta-MU

assalamualaikum w.b.t 
sudahkah anda menyebarkan cintaNYA buat semua di sekeliling anda ?
kalau ya , bagus . kalau tidak , pastikan kewajipan diri terjaga ye .
hari ni hari sebarkan cinta-MU .
haha ! dah terkena tu . hari ni saya nak jadi promoter . haha , promoter tak berbayar . promoter novel je . novel ikon saya , Ustazah Fatimah Syarha . alhamdulillah saya dah memiliki 3 karya beliau . hebat semua bos! jangan cakap rugi beli karya beliau . kerana beliau membawa kita menuju redhaNYA dan bertambah cinta saya padaNYA . banyak ilmu yang dimasukkan dalam karya beliau . 

my first book .
mula-mula baca buku ni kat asrama , kak Mariyyah punya .
aku baca sikit-sikit je , terus nak pergi beli .
" nak beli ! nak beli " 
haha , macam budak je masa tu .
buku ni bukan novel , dia ada la kisah-kisah sikit , tips macam tu lah . buku ni teristimewa untuk Pengantin Baru . tapi Ustazah dah tulis untuk semua . yang point penting , aku sebagai remaja . dalam novel ni menasihati kita supaya kita jangan mudah mengalah melawan dengan cinta yang sering teruji di saat kita remaja , jiwa yang mahukan disayangi dan menyayangi .

cintailah ALLAH
nescaya cinta pasangan yang soleh turut kau miliki .


Tautan Hati .
tapi saya tidak memilikinya , cuma pinjam je ni :(
jadi lah !
banyak konflik dalam novel ni . sedih ! sob-sob .
kebanyakannya tentang persahabatan .
seorang perempuan yang cuba menyeru kawan-kawannya kepada kebaikan dan menuju cinta-NYA. beliau juga ada berhujah dengan gadis Kristian . last sekali , gadis Kristian tu masuk Islam .



2nd book .
Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
tak ingat dah macam mana aku nak novel ni . yang pasti bukan pergi kedai , jumpa and beli . bukan macam tu . aku susah sekali nak buat macam tu . lambat aku pilih novel ! novel ni ditulis oleh Ustazah Fatimah and her husband Dr.Farhan Hadi . Ustazah tulis tajuk Cinta High Class and her husband Cintaku kerana Agamamu . ye ! 2 in 1 ni . 2 tajuk dalam satu novel . menceritakan kita bagaimana nak dapatkan Cinta High Class , cinta bukan sebarang cinta tau ?! malas hurai banyak , pergi beli la ye . RM22.00 je .


novel ke-3 !
aku tengah baca sekarang . tebal + tak ada masa + malas sikit-sikit .
nama lagi novel tauhid . banyak sangat ilmu .
mengisahkan seorang tukang kebun sebuah kolej, Ibu Dhiya' 
yang berjinak dengan semua golongan kolej untuk menggapa cinta-NYA .
sambil-sambil baca kisah beliau , kita akan mendapat ilmu yang diselitkan , kisah Rasulullah s.a.w . info fekah , kisah sahabat . and many more . contohnya ~

tak nampak ?! 
ha ! saya menyeru anda pergi beli ye !
sekarang saya tengah baca part poligami :)


novel ni saya kepingin bangat !
novel ni , novel lama dah jadi tak ada stok dah .
PLKN hari tu aku jumpa novel tu , tapi ramai beratur .
malas la nak beratur tu , lagi-lagi saya lambat bila membaca
nak berjiwa sentimental gitu .
sayang sangat , aku rindukan mawar berduri .


setakat tu saja promoter bekerja hari ni . ingat lagi nasihat ustaz Padang Kacong , bukan ustaz Syah . tai ustaz dalam kalangan pelatih . kalau kita nak baca novel , baca AL-Quran tu , novel jugak tu . ayah dia bagi nasihat dekat dia . ok,baca Al-Quran tu memang tak boleh tinggal dah . tapi apa salahnya baca novel ilmiah ?! pandai-pandailah pilih novel yang boleh bertambah dekat denganNYA .

5 April 2013

kubur masing-masing , yang sibuk hal orang tu apa hal ?!

assalamualaikum w.b.t 



" seseorang hamba-NYA yang berjantina PEREMPUAN
memang diciptakan cantik dengan berTUDUNG  "

ini status saya di FB sekarang . niat saya hanya satu , nak tegur kawan baik saya . saya pernah jalani hidup dengannya . bukan sekadar kawan FB . saya tak mampu nak bertegur directly ! tak kuat . yang mampu hanyalah menjadi pemerhati jauh dan mendoakan padaNYA yang dekat dengan saya .

sabda Rasulullah S.A.W :
" Barangsiapa yang tidak mengambil berat hal umat Islam maka mereka bukanlah daripada kalangannya "

dalam hidup kita kalau kita ada tegur orang berdasarkan hukum agama , mesti ada je ayat mereka "alah! kubur masing-masing , tak sibuk kubur aku kan ?!" ALLAH tersentak rasa . ada jugak yang aku tegur , terus pergi kat orang lain , "nak bla-bla-bla , payah kalau ada orang cakap ni !" ALLAH . aku buat tak dengar je. susah tau nak tegur orang ni . ada ja ayat yang super-power menikan hati . lagi-lagi aku ni perempuan , dan kalau aku keluar hujah , aku nak aku menang ! kalau pihak yang berdepan dengan aku tu jenis yang macam aku ?! takke jadi hal lain ?! merajuk pulak . tapi tak semua hal dan tak semua orang aku nak pertahankan hujah aku , jarang-jarang tension atas diri kita jugak . mengalah lebih baik , contohnya Umi , kalau Umi marah jangan menyampuk ! dia menang jugak , and kita bertambah dosa pulak . haha . tempat paling mencabar pernah aku pergi ialah PLKN .  kita tak boleh salah dorang apa yang dorang buat salah , tegurlah dengan cara yang baik . biasanya orang akan ikut kalau kita tegur dengan cara baik tanpa memerli mereka . dan kita yang mendapat nasihat or teguran tu , jangan tengok orang yang memberi nasihat atau teguran tapi tengoklah pada nasihat mereka . mereka tegur kita , kita buat , kita dapat kebaikan . aku anggap PLKN tu tempat pertama ALLAH nak uji aku , dan aku telah jalaninya sebelum aku masuk IPT yang lebih open dengan segala-galanya . in sya ALLAH boleh jaga diri :)


*aku menulis atas ilmu , bukan atas aku ni seorang perfect , sikit pun aku tak perfect 

3 April 2013

Mr Bie and his parody

assalamualaikum 
i come back ! alahai bosan sungguh jadi
pengutip buah anggur di belakang rumah aku ! haha pengganggur la .
so kerja saya cuma melancong dalam internet dalam sehari-harian .
memang buang masa pun ! dah cari kerja tapi full . 
hah ! benci kalau pergi minta kerja , kata full . aku pergi dengan muka tebal tau ?!
ingat senang ke perempuan nak pergi minta-minta kerja ni ?!
banyak malu maa ^_^
sekali je aku pergi hari tu , then taknak dah pergi mintak kerja .
tapi Yong ajak aku pergi kerja dekat sekolah aku ?!
in sya ALLAH ada and aku pergi ye !
nak ambil lesen , umi tak kasi , tak bagi kepercayaan pun kat aku . alahai mami .

hah ! letih membebel . sekarang aku nak kongsi dengan semua tentang Mr Bie and his parody . dia suka buat parody lagu-lagu cinta-cintun ke lagu yang Islamik gitu . suka sangat tengok ayat-ayat die buat tu , and suara beliau pun not bad , boleh enjoy ~













for Lahad Datu :)




video bonus !
not from Mr.Bie .
just the way you are , muslimah ~



that's all for today i want to post :)

1 April 2013

dapat berapa A ? nak sambung course apa ?

assalamualaikum and good evening :)

tengok video terbaru my icon dulu :

kata-kata motivasi yang baik dari MatLuthfi !
yang cemerlang , kurang cemerlang , tidak cemerlang , sama saja .

soalan tanya dapat berapa A dan nak sambung course apa memang famous bila kita dapat result SPM . letih nak menjawab . course tu asyik berubah je tiap kali orang tanya ! aku pun tak tahu nak course apa . bila abah , umi , abang aku also Azfar  support aku ambil course law syariah , aku jadi berminat la . aku jugak isi kemasukan ke Institus Pendidikan Guru . berminat jugak ! kena istikarah la dulu . banyak-banyak aku isi university kebanyakannya nak English B+ , aku ni tak sampai target English aku , susah la . tapi yakinlah ALLAH akan bagi saya masuk university . in sya ALLAH ada rezeki . takut eh nak jadi mahasiswa ni >.<


my aunty kata :
"fatin ni ada orang support belakang dye ! tu ya boleh 5A tu , mesti Ustaz %*& ni ?!"

apa-apa jela , kekasih perdana saya adalah DIA :)
no others .



*ambo nulih sikit-sikit jah male ni . malas !