16 November 2012

peace for Palestin

mujahideen Palestine , bangga ada daddy macam ni .

assalamualaikum =)
saya ada 3 hari je lagi sebelum continue back spm , subjek seterusnya Pendidikan Syariah Islamiah. subjek ni penting sangat bagi aku, boleh ambil undang-undang syariah at universiti. insyaALLAH. pause sekejap pasal SPM . 2-3 hari kebelakangan ni, ramai pula yang post pasal Palestin di facebook. , semua sedar sekarang Palestin perlukan kekuatan dan kebebasan . saudara kita di Palestin semakin 'kritikal' bergolak dengan Yahudi laknatullah. masyaALLAH . bukan mudah juga nak jatuhkan 'anjing-anjing' licik bodoh ni. merampas hak orang . tapi semua ni mustahil dengan izinNYA dan kita haruslah memberi kekuatan kepada mereka. melalui apa ? of course doa. kan doa itu senjata mukmin. doakan mereka .

Khalil Ismail al-Haya , Ketua Whip HAMAS berkata :

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad "

- kami telah dipilih oleh ALLAH untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta, anak-anak kami untuk menentang musuh ALLAH dan memperrtahan Masjid Al-Aqsa

- kami juga dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa.kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci bagi mereka

- kami dipilih oleh ALLAH untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

- selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

- mengapa ? hanya kerana kami mengucapkan kalimah LAAILAAHAILLAH dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami

- kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid

- kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang

- namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda(umat Islam kita)

- jikalau kami gugur syahid, dan anda terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan

- kami akan tuntut daripada ALLAH atas kealpaan anda semua

- kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua

(dipetik dari buku Pemilik Cintaku setelah ALLAH & Rasulullah , karya Fatimah Syarha)

sebagai umat Islam yang hebat, kita kena bersatu. macam umat Islam kita menkencang habis-habisan filem yang menhina Nabi Muhammad S.A.W bulan lepas , peristiwa itu menarik ribuan orang bukan Islam memeluk Islam. kenapa ? kerana melihat betapa hebatnya umat Islam bila bersatu di seluruh dunia. hal ini samalah untuk rakyat Palestin. berdoalah tanpa henti untuk mereka ~ 

No comments:

Post a Comment