8 May 2013

Malaysia ku kini

assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selesai sudah dengan PRU13 dan negara akan dimerintah oleh BN sekali lagi . kita saksikan 'persembahan' mereka sekali lagi . begitu banyak tipu muslihat PRU13 baru-baru ini . fakta bukan auta , pembangkang begitu banyak penyokongnya dari BN tapi sayang BN jugak yang memerintah lagi negara ini . selepas PRU13 rakyat di negara ini seolah-olah 'berkabung' , sedih dengan keputusan PRU13 yang pembelot , amanah diberi kepada SPR pun tak boleh pakai , entah apa la disuapnya .

Sekarang , kita akan menikmati kos sara hidup yang tinggi bila BN memerintah . aku sangat kesal sekali dengan yang kena 'suap' dengan BN undi meraih undi , RM500 diberi beserta angkat sumpah & surat untuk mengundi mereka . boleh dikatakan majoriti mereka adalah melayu . tanpa kita sedari , melayu di negara ini mudah sangat terpedaya , bila diberi BR1M 2x , pakat-pakat pangkah mereka ! sedangkan dekat-dekat dengan mengundi baru nak bagi , selama 5 tahun , apa yang kita kecapi ?! hanya menjadi kuli bayar minyak naik dan barang-barang keperluan lain naik . tanpa kita sedari juga , kaum cina majoriti mengundi pembangkang , mereka mudah 'celik' dengan permainan kerajaan kita pada hari ini , tapi malangnya melayu yang berasal di negara ini sungguh 'celik' makan permainan mereka . air liur terleleh-leleh tengok Rosmah shopping  barang berpuluh ribu , berjuta dengan duit negara , masih sokong lagi ?! sedangkan kita , royalti negeri Kelantan tidak diberi , kos sara hidup makin naik , bayar tol , cukai jalan , pendidikan , bil elektrik , barang keperluan naik . dengan RM 500 yang disuap masa mengundi dan BR1M RM1000 akan diberi lagi , gunalah untuk 5 tahun BN merintah ni . Rm 1500 untuk hidup 5 tahun , bayar la barang-barang yang naik tu ,  sokong sangat kan ?! ahli-ahli SPR yang subahat memenangkan BN pun sama la , majoriti melayu yang 'celik' makan permainan BN . pemimpn sedang bermewah , kos sara hidup kita meningkat , hutang negara juga meningkat . nikmatilah ~

Sedangkan apa yang akan pembangkang lakukan kita tak tengok lagi , tak bagi peluang . apa yang mereka nampak dan cakap , "contohnya kelantan negeri miskin , ada pembangunan sepanjang pas memerintah ?! setakat sikit-sikit tu ada lah , air tak ada . . . (bla..bla..bla)" hmm , nak tengok Pas memerintah , tengok Kelantan . tipu la Kelantan tiada pembangunan . kalau tiada pembangunan , mengapa masih ada lagi pelancong warga asing datang ke sini ?! Pas atau pembangkang , aku ingin sesekali merasai mereka memerintah negara ini , mereka akan menjalankan hukum hudud yang mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini , bukan menghukum orang yang tidak bersalah macam ISA tu , tanpa siasatan ! seterusnya , tol akan dihapuskan . Pinjaman PTPTN beribu-beribu jadi biasiswa . harga minyak turun . negeri yang jumpa minyak dapat royalti . royalti Kelantan RM 12 billion tidak bagi lagi tu ! dikatakan oleh penyokong kerajaan hari ini kepada penyokong pembangkang "jangan diberi datuk seri BR1M kepada mereka , mereka ni tak reti berterima kasih " rezeki rakyat ALLAH yang bagi , bukan Be END !

so , rakyat MALAYSIA ,
selamat membayar hutang PTPTN
selamat membayar saman AES
selamat membayar tol
selamat menikmati kenaikan harga minyak & barangan
selamat menikmati keborosan Rosmah
dan macam -macam lagi selamat yang TAK selamat ~


selamatkan MALAYSIA weh , PRU14 to be continued ~
aku gi ngundi nanti PRU14

No comments:

Post a Comment