2 May 2013

hanya selangkah saja lagi

assalamualaikum w.b.t :)

alhamdulillah tercapai jugak , sebelum masuk universiti ada ikatan :)
hanya selangkah lagi .
in sya ALLAH ;)

double klik untuk tumbesaran 

yey ! hanya selangkah saja lagi nak masuk universiti .
dalam cuti panjang sangat-sangat ni , aku tak buat persediaan masuk universiti pun .
haha ,  hebat tak ? biasa je . heee
ok , kali ni aku nak cakap matlamat seterusnya saya .
terlalu banyak universiti / kolej yang boleh dipilih dalam dunia ni .
kalau oversea tu memang tak payah cakap lah ,
ummi tak kasi pergi and kekurangan kewangan untuk menaja diri . heee
excited pulak rasa nak masuk universiti , kolej pun jadi la . 
mana-mana rezeki , besyukur seadanya .
tapi dah letak sasaran dah .

first sekali is Maktab Perguruan :
alhamdulillah tahun ni permohonan ke maktab dibuka semula untuk pelajar-pelajar spm yang hanya meletak syarat 3 cemerlang dan beberapa kredit dalam keputusan SPM . dan kategori pelajar cemerlang 9A keatas dalam permohonan lain . in sya ALLAH aku dapat nanti . semakan keputusan minggu depan . jurusan aku pilih dirahsiakan tapi 2-2 bidang yang aku pilih sama dengan Salma , harap dapat tempat sama . hehe , panjang pulak jodoh aku dengan dia . nanti dapat keputusan minggu depan , aku cakap lah .  antara sebab aku pilih maktab sebab lepas habis belajar confirm dapat kerja di mana-mana sekolah rendah kerajaan , haha , pilih  kerja mudah . aku perempuan bakal seorang isteri dan ibu , chewah ! aku nak spend masa lebih di rumah , mengajar budak-budak sekolah rendah cukuplah tu, lagipun husband aku pun kerja jugak nanti. kerja besar dan gaji besar pulak tu , cewwah ! haha , in sya ALLAH .  yang kedua , ustaz aku cakap dapat elaun sepanjang pengajian. huhu , malas terlibat dengan pinjaman PTPTN . 

second choice , UNISZA :
ha ! yang ni IPTA . so , kena tunggu UPU la , keputusan minggu ketiga bulan ni . kat UNISZA aku ambil course pengajian Syariah . aku semak kelayakan course apa yang aku boleh apply dengan result SPM aku hari tu , aku layak ambil course syariah so , aku apply la . in sya ALLAH aku sambung UNISZA andai tiada rezeki di maktab dan kalau ada rezeki dalam course syariah , diploma terus . tapi nak masuk UNISZA jugak sebenarnya kalau UNISZA boleh , dan maktab pun boleh . sebab UNISZA kan semestinya suasana alam UNIVERSITI yang sebenarnya , kalau maktab belum tentu lagi kut macam mana suasananya . kalau maktab dan UNISZA dapat , UNISZA yang aku pilih . atau istikharah jawapan menunggu :)

third choice , KUIS :
pilihan terakhir dan in sya ALLAH confirm boleh dah yang KUIS ni , dah dapat dah surat tawaran.  kena ambil asasi dulu la . asasi Pengajian Islam dan seterusnya diploma , Syariah & Perundangan Islam . boleh jupa Diba . hehe . tapi KUIS pilihan terakhir setelah tak ada rezeki di maktab or UNISZA

 kalau ikutkan hati ni , kalau aku nak ambil bidang Syariah , aku sambung di KIAS pun boleh jugak . bukan 'sebab' selain belajar ye ! jangan  salah anggap . heee . aku fikir pendek je , dekat dengan rumah , boleh balik every week. haha . tempat belajar dekat . hehe , tapi bila dah masuk alam universiti ni , aku nak belajar jauh-jauh la pulak . berdikari jaga diri . berdiri di kaki sendiri ! so , nak pergi belajar jauh-jauh la , sekurang-kurangnya Terengganu tu . sejauh-jauhnya , JORDAN ! haha . in sya ALLAH sampai Jordan , walaupun bukan pergi belajar . 

No comments:

Post a Comment