12 April 2013

muslimah ! mudahnya dirimu masuk syurga

assalamualaikum w.b.t untuk semua :)


betapa sayangnya ALLAH pada wanitaNYA .
tak susah nak masuk syurga !

syarat-syaratnya ialah :

1) Mendirikan sembahyang 5 waktu :
percaya atau tidak betapa ramai jugak wanita kita yang sering tinggal solat walaupun dapat cuti setiap minggu. itulah kerja syaitan + nafsu yang dah berjaya buat kerja ! no wonder la asyik nak melalak je time azan . jangan la tinggal solat duhai si perindu syurga ! ALLAH dah aturkan yang terbaik buat kita . Dia sediakan solat 5 waktu supaya kita always 'keep in touch' with Him. bukan 5 waktu tu , kena kerjakan secara serentak , setakat 2 rakaat , 4 rakaat , 3 rakaat je . tapi kalau musafir boleh la jamakkan ! tapi kalau tak musafir jangan nak jamak ye , itu ikutan Syiah ! nauzubillah kita terpengaruh dengan mereka . betapa besarnya dosa manusia yang tinggal solat ni , boleh nampak muka tu keruh tanpa wudhu' & sujud padaNYA. solat tu kena awal waktu , jangan lengah-lengahkan . kalau kita nak hantar cinta kita pada seseorang , takkan nak makan masa yang panjang nak sampaikan cinta tu ?! lebih-lebih lagi untuk Dia . solatlah dengan tenang , jangan solat tergesa-gesa ! rugi tau cepat-cepat nak lari dari ketenangan dalam solat . bila sujud , lamakan sujud dan waktu sujudlah kita dekat denganNYA , mintalah apa kita nak , in sya ALLAH makbul .

2) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan :
bila tiba di bulan puasa , asyik fikir nak enjoy raya je , seolah-olah kta ni nak menghalau cepat-cepat Ramadhan tu . sedangkan masa inilah ALLAH melipat gandakan pahala amalan yang kita kerjakan , kalau duniawi , kita kerja dapat bonus ! ibadah puasa ibadah paling mendekatkan diri kita kepadaNYA , puasa dengan sabar , tahan nafsu ! boleh jugak buat diet . badan kita boleh bekerja tanpa masuk je , buangnya tidak ! hehe

3) Menjaga kehormatan diri :
menjaga kehormatan diri , samalah menjaga maruah diri . jaga aurat kita dengan lelaki ajnabi . jika senang diberi , di situ bolehlah nampak how much kehormatan diri kita . orang perempuan yang High Class akan menjaga diri mereka buat lelaki mereka yang High Class jugak .

Rasulullah S.a.w bersabda :
" Malu & Iman saling berpasangan .
Bila salah satunya hilang , maka yang lain turut hilang "
-HR Hakim dalam Kitab al-Mustadrak-

look ! malu dan iman itu berpasangan . kalau perasaan malu tu ada , alhamdulillah , kita masih pandai menjaga diri lagi . dengan perasaan malu , kita malu nak baut maksiat kerana malu dengan ALLAH dan malu pada masyarakat . kalau tak ada perasaan malu , macam-macam post di sana-sini terutama isu gambar yang HOT tanpa kira menutup aurat atau tidak . kalau kita ada iman , in sya ALLAH , malu itu ada bersama kita :)

4) Taat suami :
ha ! masuk bab suami , saya tak expert bab suami ni . budak underaged lagi ! hehe . kalau kita masih di bawah wali kita , taatlah pada kedua ibu-bapa kita . tapi bila dah diijab kabul , suami adalah perdana . ibubapa automatik jadi list bawah suami . kena taat selagi tidak bertentangan dengan agama . masak-masak untuk dia . urus pakaian dia . rumahtangga kena harmoni . didik anak-anak dia . layan dengan lemah-lembut . ha ! jangan poligami . haha . harap dapat yang beriman mantap plus sporting , sporting tapi tegas dalam beragama :)


itulah syarat nak masuk jannah ! tak susah . kalau orang lelaki banyak yang kena jawab , betapa besarnya mereka memingkul tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH . 
mari sama doa agar kita semua dapat masuk syurga dengan mudahnya .
syurga begitu merindui hambaNYA yang soleh-solehah  :)

2 comments: