6 April 2013

sebarkan cinta-MU

assalamualaikum w.b.t 
sudahkah anda menyebarkan cintaNYA buat semua di sekeliling anda ?
kalau ya , bagus . kalau tidak , pastikan kewajipan diri terjaga ye .
hari ni hari sebarkan cinta-MU .
haha ! dah terkena tu . hari ni saya nak jadi promoter . haha , promoter tak berbayar . promoter novel je . novel ikon saya , Ustazah Fatimah Syarha . alhamdulillah saya dah memiliki 3 karya beliau . hebat semua bos! jangan cakap rugi beli karya beliau . kerana beliau membawa kita menuju redhaNYA dan bertambah cinta saya padaNYA . banyak ilmu yang dimasukkan dalam karya beliau . 

my first book .
mula-mula baca buku ni kat asrama , kak Mariyyah punya .
aku baca sikit-sikit je , terus nak pergi beli .
" nak beli ! nak beli " 
haha , macam budak je masa tu .
buku ni bukan novel , dia ada la kisah-kisah sikit , tips macam tu lah . buku ni teristimewa untuk Pengantin Baru . tapi Ustazah dah tulis untuk semua . yang point penting , aku sebagai remaja . dalam novel ni menasihati kita supaya kita jangan mudah mengalah melawan dengan cinta yang sering teruji di saat kita remaja , jiwa yang mahukan disayangi dan menyayangi .

cintailah ALLAH
nescaya cinta pasangan yang soleh turut kau miliki .


Tautan Hati .
tapi saya tidak memilikinya , cuma pinjam je ni :(
jadi lah !
banyak konflik dalam novel ni . sedih ! sob-sob .
kebanyakannya tentang persahabatan .
seorang perempuan yang cuba menyeru kawan-kawannya kepada kebaikan dan menuju cinta-NYA. beliau juga ada berhujah dengan gadis Kristian . last sekali , gadis Kristian tu masuk Islam .



2nd book .
Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
tak ingat dah macam mana aku nak novel ni . yang pasti bukan pergi kedai , jumpa and beli . bukan macam tu . aku susah sekali nak buat macam tu . lambat aku pilih novel ! novel ni ditulis oleh Ustazah Fatimah and her husband Dr.Farhan Hadi . Ustazah tulis tajuk Cinta High Class and her husband Cintaku kerana Agamamu . ye ! 2 in 1 ni . 2 tajuk dalam satu novel . menceritakan kita bagaimana nak dapatkan Cinta High Class , cinta bukan sebarang cinta tau ?! malas hurai banyak , pergi beli la ye . RM22.00 je .


novel ke-3 !
aku tengah baca sekarang . tebal + tak ada masa + malas sikit-sikit .
nama lagi novel tauhid . banyak sangat ilmu .
mengisahkan seorang tukang kebun sebuah kolej, Ibu Dhiya' 
yang berjinak dengan semua golongan kolej untuk menggapa cinta-NYA .
sambil-sambil baca kisah beliau , kita akan mendapat ilmu yang diselitkan , kisah Rasulullah s.a.w . info fekah , kisah sahabat . and many more . contohnya ~

tak nampak ?! 
ha ! saya menyeru anda pergi beli ye !
sekarang saya tengah baca part poligami :)


novel ni saya kepingin bangat !
novel ni , novel lama dah jadi tak ada stok dah .
PLKN hari tu aku jumpa novel tu , tapi ramai beratur .
malas la nak beratur tu , lagi-lagi saya lambat bila membaca
nak berjiwa sentimental gitu .
sayang sangat , aku rindukan mawar berduri .


setakat tu saja promoter bekerja hari ni . ingat lagi nasihat ustaz Padang Kacong , bukan ustaz Syah . tai ustaz dalam kalangan pelatih . kalau kita nak baca novel , baca AL-Quran tu , novel jugak tu . ayah dia bagi nasihat dekat dia . ok,baca Al-Quran tu memang tak boleh tinggal dah . tapi apa salahnya baca novel ilmiah ?! pandai-pandailah pilih novel yang boleh bertambah dekat denganNYA .

2 comments:

  1. mcm menarik jgak..nti kalau pg bookstore blh la try usha..=)

    ReplyDelete
  2. memang menarik , xrugi beli . hehe

    ReplyDelete