12 July 2016

Step by step EzaFatin goals : rezeki permulaan

assalamualaikum :)

alhamdulllah thsumma alhamdulillah.

lama sungguh tak update blog kan ? tiup sikit habuk. sedut balik semangat menulis. kalau dulu-dulu mula-mula dalam blogging boleh semangat, macam mana sekarang tak semacam tu kan ? hehe

kali ni fatin nak nyatakan EzaFatin goals yang mana dua nama dalam satu semangat. insyaALLAH tak lama lagi, Fatin dengan kawan baik,Eza, nak buat bisnes kecil-kecil dulu dengan modal kecil-kecil. nak jual tudung. lama dah plan, masa semester last, semester 6 haritu. tapi modal fatin tak ada time tu, so Eza go on sorang je sementara Fatin cari lah jugak inside come dari dropship sana-sini. dapat lah jugak seciput pun, dan yang paling penting Umi penyumbang pemimjan pertama. hahaha *tak lepas umi jugak last kan.

awal puasa haritu bajet je nak cukupkan modal nak buat bisnes tudung sekali. takde pun modal, tapi Fatin percayakan keajaiban ALLAH murahkan rezeki di bulan puasa, dan yakin ALLAH kabulkan doa bulan puasa Fatin. hari-haru duk mintak murahkan rezeki, semangat, permudahkan jalan-jalannya dan lain-lain. nak mula tu selepas raya, selepas habis kenduri Eza. oh ya ! Eza dah kahwin, kahwin dengan marka dia lah. alhamdulillah selamat semuanya dah. kenduri belah Solihin nanti di Pasir Hor Fatin akan pergi. InsyaALLAH.bila sekarang dah "lepas raya", alhamdulillah modal cukup dah kira-kiranya. mintak umi topupkan sikit ! haha. asalnya Fatin nak kerja sangat, nak kumpul modal, tapi abah tak bagi kerja, katanya duduk rumah dulu bulan puasa, abah bagi gaji. haha. bila dah modal, baru boleh jalan kan.

alhamdulillah, Fatin jadi dropship tudung MujaShop. rezeki bulan puasa sangat masyuk. 16 helai tudung terjual atas dropship Fatin Nadirah. hehe. biarlah orang cakap tak seberapa, tapi bagi dropship beginner macam Fatin ni dah sangat bersyukur dah dapat capai achivement tu. Eza dah buat bisnes tudung bucu bulat dia, dia pun apa kurang hebatnya. asyik sold out dan direquest je tanpa henti. hehe

bila nak mula ni, kena fikir sampai habis. takut pun ye jugak, sebab Fatin taknak separuh jalan. buat sampai betul-betul jadi ok ! insyaALLAH. jadi awal-awal fikir lah jugak, kena pandai jahit jugak ni. so, apply giatmara bahagian dressmaking(Fatin nak jual jubah, baju kurung, baju-baju dan lain-lain, jadi amik lah bahagian ni). lama dah isi form online nya, tapi takdak jawapan sampai harini. sedangkan yang dinyatakan kemasukannya bulan 7 ni jugak. alamatnya takda lah ! abah plak suruh Fatin buat resume sebab nak suruh kawan abah adjust Fatin masuk kerja tempat dia (masa dengar tuh, tak lah nak bersungguh sangat, sampaikan abah tanya "bakpo? xse kijo ko?" haha). sambil berhari raya, sambil fikir nak buat apa lah lepas ni. giatmara pun tak jawab, kena jugak ada plan lain. bosan dah duduk rumah ! akhirnya semalam, kawan Fatin, mak dia tengah cari pembantu jahit untuk butik dia. cepat-cepat cakap nak. Alhamdulillah, syukur ya amat, dapat jugak. walaupun basic jahit pun takda ni. mak dia cakap belajar je dari bawah dulu. sambil belajar, sambil kerja. MasyaALLAH, hebat sungguh rezeki ALLAH tu. kita mintak yang kecik, alih-alih dapat yang melipat ganda. masa duk whatsapp tu tengah malam dah, dalam pukul 11 lebih baru sampai dari Bangi (mintak kerja pun boleh ye tengah-tengah malam), masa tu nak je suruh umi bangun, cakap Fatin dapat kerja. keutamaan Fatin bila dapat ni, adalah belajar menjahit, kerja ke gaji ke tu kira bonus.

sebab tu Fatin cakap keajaiban doa bulan puasa. takkan semua nak dalam puasa kan? ALLAH bagi sekali, manfaatnya berpanjangan. kita merancang, ALLAH tentukan. dan perancangan ALLAH adalah terbaik buat kita.

Fatin dan Eza akan mulakan dengan tudung dulu. nak tahu tudung macammana ? stay tune ok. yang pasti menutup aurat keutamaan utama. lepas tuh kita try jubah ke apa ke bila modal dah banyak. insyaALLAH. doakan Fatin dan Eza ye :)

No comments:

Post a Comment